You are currently viewing Anak Speech Delay Dibuli

Anak Speech Delay Dibuli

Speech delay, atau juga dikenali sebagai alalia, merupakan gangguan komunikasi yang menyebabkan seseorang kanak-kanak sukar untuk bercakap atau menghasilkan bunyi. Jadi hari ini, Cik Min ingin kongsikan pengalaman seorang bapa dalam membesarkan anak lelakinya yang mempunyai masalah speech delay.

Menghantar Anak ke Taska | Anak Speech Delay

Anak Speech Delay

Ketika anaknya berusia 4 tahun, beliau telah menghantar anaknya ke sebuah taska berhampiran rumah. Namun, anaknya mulai menunjukkan gaya-gaya tidak mahu ke taska, dan menangis setiap kali beliau menghantar anaknya ke sana. Akhirnya, selepas seminggu dua, beliau dan isteri bercadang untuk memberhentikan anaknya daripada taska tersebut.

Sempat bertanya kepada anak pemilik taska itu, dan jawapan yang diberikan sangat mengejutkan. Menurut kanak-kanak itu, guru di taska tersebut mengejek anaknya dengan menyatakan anaknya tidak boleh bercakap dan bersifat hyper.

Jadi, beliau dan isteri bercadang untuk menghantar ke taska lain yang jauh sedikit dari rumahnya. Lebih mengejutkan lagi, anaknya yang speech delay itu telah menunjukkan perubahan ketara, iaitu sudah boleh bercakap sedikit! Ditambah pula, anaknya berasa teruja untuk ke taska tersebut.

Oleh itu, pasangan suami isteri ini bertanya kepada pengetua taska tersebut, bagaimana anaknya boleh mengalami perubahan ketara ini? Jawapan yang diberikan ialah, anaknya telah diajar oleh seorang guru muda yang sering berkomunikasi dengannya tanpa rasa jemu.

Oh, begitu rupanya caranya untuk membantu anak yang mengalami speech delay. Baru Cik Min tahu… Okay sambung semula! Hihi

Sejak anaknya sudah pandai bercakap, setiap kali lalu di taska yang berhampiran rumahnya itu, anaknya pasti meluahkan perasaan bahawa dia dibuli, dimarahi, dan pernah dikurung di dalam bilik semasa belajar di situ. Perasaan takut dan terkejut masih membelenggu diri anaknya itu.

Anak Hyperactive Dianggap Sebagai Autism?

Anak Speech Delay

Pasangan suami isteri ini sedar bahawa anak mereka mengalami masalah speech delay kerana, apabila mereka mengajarnya bercakap, tetapi anak tersebut agak lambat pick up dan sebutannya juga pelat. Namun, pasangan ini tidak berasa jemu untuk mengajar anak itu!

Berkaitan isu hyperactive, beliau pernah bawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak, seperti yang disarankan oleh guru sekolahnya, semasa anaknya berusia 6 tahun. Namun, doktor itu hanya mencadangkan, agar mereka melayan anak tersebut seperti biasa.

Tambahnya lagi, kita dulu juga mempunyai simptom autism. Ada yang buas tak ingat dunia, ada yang suka pusing tayar, ada yang sangat memilih dalam pemakanan, dan sebagainya. Namun, disebabkan kita tidak pernah dibezakan, akhirnya semua menjadi manusia biasa (normal).

Kini, anak speech delay itu sudah petah berkata-kata dan boleh bercakap dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dia juga makan lebih banyak daripada biasa, walaupun dulu dia hanya gemar makan nasi tanpa lauk. Kerajinan yang ditunjukkan juga mengagumkan pasangan ini! Setiap kali pulang dari sekolah, anaknya pasti akan membantu menyiram pokok dan membuang sampah. Surah al-Mulk, Yassin, dan al-Kahf juga sudah dihafal… Walaupun, anaknya tidaklah bijak dalam akademik, namun kerajinan yang ditunjukkan oleh anak ini sudah menggembirakan pasangan ini!

Oleh itu, janganlah membezakan anak-anak anda, dan jangan sesekali membandingkan mereka. Tidak kisahlah jika anak anda speech delay, autism dan sebagainya. Setiap anak itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana.

Sumber: Shaari Anuar

•••

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply