+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Bahaya Guna Walker Untuk Bayi
A baby is learning to walk

Bahaya Guna Walker Untuk Bayi

Bahaya Guna Walker Untuk Bayi

Seringkali terdengar kata orang yang bahaya guna walker untuk bayi, namun apakah sebabnya? Di sini, Cik Luna bagi pihak Lunatots akan mengupas dengan lebih lanjut untuk pedoman kita semua. Bukan sahaja khas untuk ibu bapa, malah untuk sesiapa sahaja yang hidupnya dikelilingi oleh anak-anak Syurga ini.

Pengenalan: Baby Walker

Baby walker, atau nama lainnya child walker, infant walker ataupun go kart direka dengan rekaannya membolehkan tapak kaki bayi menyentuh lantai sebelum ia belum berjalan lagi. Dan ianya dilengkapi dengan roda untuk mobiliti.
baby walker direka untuk kaki menyentuh lantai

Sepert yang dapat dilihat, design baby walker mempunyai sebuah kerangka (frame) dan dipasangkan harness sebagai tempat untuk bayi melabuhkan punggungnya. Ia membolehkan bayi yang tidak pandai berdiri dapat merasa pengalaman berdiri atau berjalan.
Di Eropah, sejarah penciptaannya telah direkodkan sekitar abad ke 14 hingga abad ke 15 di dalam pelbagai medium seni. Pada abad ke 16, Ferrarius di dalam jurnal perubatannya mengesyorkan baby walker sebagai medium latihan untuk bayi belajar berjalan. Pada abad berikutnya, baby walker mula disanjung sebagai simbol bagi menunjukkan kemahiran menguasai sesuatu kepakaran melalui aktiviti yang diulang berkali-kali. (Sumber: www.oldainteresting.com)

babywalkers tahun 1928
Baby walkers tahun 1928. (Sumber dari oldandinterenting.com)

 

Apabila semakin moden, baby walker kayu mula berubah wajah dan bahan binaannya; dari kayu dan besi kepada plastik. Semenjak itu, permintaan terhadap baby walker semakin bertambah kerana kos binaan yang optimum dan memudahkan para ibu bapa melakukan kerja-kerja seharian (memasak, membasuh baju dsb.), sehinggalah kesan-kesan sampingannya mula kelihatan.

vintage baby walker tahun 1905. Sumber: Shorpy.com
Baby walker vintage tahun 1905.
(Sumber: Shorpy.com)

Bahaya Guna Walker Untuk Bayi

1# Dari Segi Perkembangan Bayi

Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut bagaimana walker membataskan perkembangan bayi, lebih baik jika difahami terlebih dahulu bagaimana bayi belajar bergerak daripada fasa merangkak, duduk, berdiri dan akhirnya berjalan.
Ramai pakar bersetuju bahawa bayi akan mula menunjukkan minat untuk bebas bergerak dan ‘berekspedisi’ di sekelilingnya. Segala anggota badannya mula dikerah dan bergerak dengan lebih aktif dengan cuba untuk berpusing dan mengiring.

Baby cuba mengiring
Tak ada baby manusia nak tunjuk contoh, baby panda pun jadila. Yang penting, sama-sama comel cuba meniarap hahaha (Sumber: thumbs.gfycat.com)

 

Pergerakan-pergerakan daripada anggota-anggota badan tadi bukan sahaja dapat membantu perkembangan fizikal si kecil, malah juga mendatangkan kebaikan kepada perkembangan mentalnya. Menurut Dr Rusyainie Ramli menerusi penulisan beliau di Medical Mythbusters Malaysia,

“Apabila bayi berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya dengan pergerakannya sendiri, contoh barang permainan, dia sebenarnya telah mencapai satu matlamat di dalam proses tumbesaran fizikal dan mentalnya. Selepas merangkak, bayi akan meneruskan proses tersebut dengan berdiri, melangkah sambil berpaut dan akhirnya berjalan”

 

Dari segi sudut pandangan seorang Pakar Fisioterapi pula (dipetik di laman Facebook beliau bertajuk “Penggunaan Baby Walker”),

“Merangkak ni bukan saja menguatkan otot, facilitate joint sense dan membentuk posture malah ia merangsang saraf anak. Ia juga promote coordination left and right serta cross directional. So penting kan merangkak? Ada research yg kata kalau baby merangkak dlm 6 bulan at least adalah yang terbaik…”

Puan Sharfiza Binti Abdul Aziz, Pakar Fisioterapi (perkembangan bayi dan kanak-kanak)

 

Jadi, bagaimana pengenalan si kecil kepada baby walker boleh mendatangkan memudaratkan dari segi perkembangan tadi?
Bayi akan melangkau turutan meniarap, duduk, merangkak dan berdiri sebelum mula berjalan. Bayi juga cenderung untuk meletakkan jari kakinya yang kecil itu di dalam keadaan tidak normal seperti bayi lain yang mahu berdiri dan berjalan. Hasilnya, pelbagai masalah timbul seperti:

  • Motor control yang lambat berkembang (kesannya di masa hadapan postur badan menjadi kurang ideal, berjalan dengan berjengket jari kaki hadapan (tip toe) dan sebagainya)

    toewalking corrective method
    Rawatan untuk tip toe walking dengan serial casting di dunia Barat (gambar sebagai ilustrasi)

 

“Bila kita letak anak dalam walker, dia akan gunakan reflex ini dgn banyak and akan kurangkan penggunaan otot hadapan. So, dia belajar hanya menggunakan otot belakang. Hal ini akan menyebabkan postur berdiri tak cantik. Dan juga menyebabkan budak berjalan tiptoe sbb dia guna hamstring lebih dari quadriceps”

Puan Sharfiza Binti Abdul Aziz, Pakar Fisioterapi (perkembangan bayi dan kanak-kanak)

  • Melambatkan perkembangan mental bayi apabila melangkau tertib perkembangan bayi kerana bayi tidak mendapat cukup pendedahan yang membantu perkembangan kognitifnya.

”Infants learn by exploring objects in their environment. They drop things, then go after them by reaching, rolling on the floor or crawling. But while a baby in a walker could motor over to things, she can’t get to the things she wants to obtain. If she drops something, she can’t pick it up. And if babies use a walker after they start to crawl, it deprives them of the ability to freely explore their environment, and this can adversely affect cognitive development.”

Dr Siegel in “Baby Walkers May Slow Infants’ Development.” Source: nytimes.com

 

2# Dari Segi Keselamatan

Rasanya, dah banyak dilaporkan kemalangan-kemalangan yang melibatkan bayi kecil dengan penggunaan baby walker. Cik Luna akan kupas kemudian, tapi sebelum itu Cik Luna ingin berkongsi sebuah video viral pada bulan Januari tahun ini melibatkan isu ini.

AMARAN: VIDEO MENGANDUNGI VISUAL GRAFIK YANG MUNGKIN AKAN MENGGANGGU ANDA (Namun jangan risau, tiada kecederaan yang telah dilaporkan terjadi)

Menurut sebuah artikel berita, bayi berusia sembilan bulan keluar ‘berjalan-jalan’ daripada sebuah kedai makan milik ibu bapanya ketika mereka sibuk melayan pelanggan. Kerana terlalu leka, bayi tersebut terus berjalan dengan walkernya ke arah tangga bergerak (escalator) dan jatuh kehadapan.

Mujur pada waktu itu, kejadian tersebut disedari oleh seorang askar bernama Wang Zihao yang kebetulan sedang menuruni escalator yang sama di bawah. Sejurus terdengar seperti benda jatuh bergolek di belakangnya, beliau melangkau 2-3 anak tangga menyambut kedua-dua walker dan bayi malang tersebut.

mr bean senyum
Lebih kurang begini reaksi Cik Luna sambil terfikir “Wow abang sado sempat sambut! Untung baby ni hahahahaha” (Namun, syukur tiada apa-apa yang serius dilaporkan)

 

Tiada kecederaan yang dilaporkan terjadi. Namun, ini adalah contoh yang tepat bagaimana bahaya guna walker untuk bayi. Dan bayi tersebut masih bernasib baik. Sedangkan terlalu banyak laporan kecederaan yang dilaporkan saban tahun di seantero dunia (Ya. Bukan di Malaysia sahaja).

Statistik yang dijalankan di Amerika melaporkan lebih dari 230 ribu kanak-kanak dibawah usia 15 bulan dikejarkan ke wad kecemasan sekitar tahun 1990 hingga tahun 2014. Jenis-jenis kecederaan yang dilaporkan merangkumi kecederaan kepala dan leher disebabkan faktor utama; jatuh tangga. Dalam 10 kanak-kanak, 4 orang akan menderita dengan tengkorak yang retak.

Di Malaysia, tiada statistik yang rasmi yang dapat Cik Luna cari. Namun, jatuh dari baby walker merupakan penyumbang utama kecederaan bayi di Malaysia yang juga tersenarai di bawah tajuk “Keselamatan Kanak-Kanak; Jatuh” laman MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Anda boleh merujuk laman web ini untuk rawatan kecemasan (first aid) sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain MyHealth, Medical Mythbusters Malaysia (MMM) turut menyenaraikan kecederaan-kecederaan membabitkan penggunaan baby walker di kalangan bayi. Antaranya adalah;

  • Kecederaan kepala,
  • Kepatahan tulang,
  • Kepatahan gigi,
  • Melecur,
  • Tersepit jari di tempat-tempat ‘baby-walker’ berselisih,
  • Keracunan,
  • Kematian

Persoalannya, mengapa?

Gambar sebagai hiasan sahaja. Sumber dari Tenor
Laju tanpa kawalan. Baby ni belum belajar nak parking 3-point, tu yang reverse terbabas hahahaha (gurau je)
(Sumber gambar: Tenor)

Ringkasan penting dari ulasan doktor dari laman web MMM;

  • Kelajuan bayi di dalam baby walker ialah 3 kaki per saat. 75% daripada ibubapa tidak sempat menghalang kecederaan sebelum ia berlaku semasa bayi di dalam baby walker.

  • Bayi yang berada di dalam baby walker mampu menggunakannya untuk melonjakkan dirinya untuk mencapai benda yang panas atau berat yang diletakkan di tempat yang lebih tinggi yang sepatutnya tidak kecapaian dengan kemampuan bayi pada usia itu

Ataupun, tengok link video yang Cik Luna telah kepilkan tadi. Dan anda boleh nilai sendiri.

Solusi: Bahaya Guna Walker Untuk Bayi

Banyak negara luar menetapkan syarat rekaan baby walker yang ketat untuk tujuan komersial. Contohnya, di Australia, standard mandatori baby walker termasuklah dari segi aspek rekabentuk, cara ia dibina, prestasi and memenuhi standard untuk labelling yang telah ditetapkan di bawah kod “Consumer Protection Notice No.1 of 2013” (klik di sini untuk bacaan lanjut)

Setakat ini, Kanada adalah satu-satunya negara rasmi yang mengharamkan penggunaan baby walker semenjak April tahun 2004. (Bacaan lanjut di sini)

Tapi yang pasti, kesedaran tentang bahaya guna walker untuk bayi meliputi seluruh dunia. Di Amerika, saban hari ada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa isu terbabit supaya diharamkan penjualan dan penggunaannya bertahun-tahun lamanya.

Baby walker pada asalnya digunakan untuk memudahkan ibu bapa melakukan kerja lain sambil anak ‘berlatih berjalan’. Jika baby walker merbahaya, jadi apakah solusinya?

Antara alternatif yang wujud adalah:

1# Baby play pen

baby play pen
Baby play pen yang simple

 

Sesetengah ibu bapa akan meletakkan juga tikar ‘play mat’ untuk alas. Terdapat pelbagai rekabentuk menarik terdapat di pasaran. Cara pasangnya juga agak mudah. Pagar play pen biasanya direka kukuh untuk bayi yang sudah mula duduk atau belajar berdiri untuk berpaut dengan kuat. Pergerakan bayi juga lebih terkawal kerana ia hanya akan bergerak di dalam ‘pagar’.

Namun, dengan meletakkan ‘pagar’ di sekeliling tidak semestinya bermakna ibu bapa boleh lepas tangan dan mata daripada si kecil ini. Sediakan payung sebelum hujan ya. Sambil-sambil masak, lipat baju, sapu rumah ke, mata tu tengok-tengok juga si kecil dalam play pen. Kalau dia tegur, ‘tegur’ lah ia balik 😊.

 

2# Baby crib, baby cot atau bassinet

Bersaiz kecil, sesuai untuk bayi yang baru lahir kerana ruangnya agak sempit. Selalunya dihiasi dengan mainan berwarna-warni untuk menggalakkan bayi kecil cuba menggapainya semasa meniarap. Secara tidak langsung, pergerakan tersebut menggalakkan bayi untuk meniarap.
Rekaannya juga diletakkan agak tinggi, sesuai untuk ibu bapa mencapai tanpa perlu terlalu merendahkan badan mereka. Ada yang beroda, supaya ianya mudah alih. Letakkan di tempat yang kita boleh nampak di dapur sambil kacau lauk gulai di dapur tu 😊.

3# High chair

high chair
Selalunya diletakkan berdekatan dengan tempat makan (dining area). Alah, macam yang dekat restoran tu? Bezanya? Tiada roda untuk berputar.

4# Tak perlu gadget-gadget, ajar terus bayi belajar merangkak, duduk, berjalan

Betul kata orang, kebolehan dan kecepatan bayi mula melangkah ke fasa ini adalah berbeza mengikut bayi. Bukannya Cik Luna nak paksa, tidak. Tapi tak salah sebagai ibu bapa untuk menjadi pom-pom girl atau cheerleader untuk mendorong bayi ke arah yang betul bukan?
Caranya?
‘Tummy time’, atau masa bayi meniarap. Antara kebaikannya? Menguatkan otot tengkuk dan bahagian belakang badannnya. Namun, biarlah bersesuaian dengan saranan pakar bertauliah ya. Ada caranya, bukan main buat sahaja. Salah buat, lain pula jadinya.

tummy time bersama ibu bapa
Tummy time bersama ibu bapa.

 

Selebihnya, anda boleh merujuk pakar bagaimana untuk membantu perkembangan bayi comel anda dengan senaman atau fisioterapi yang sesuai.

Penutup

Bahaya guna walker untuk bayi. Bukan sahaja baby walker, baby jumper pun. Apa-apa gadget yang membuatkan bayi melangkau langkah perkembangannya.

Sekian sahaja dari kami di Lunatots, Your Parenting Partner. Jumpa lagi di penulisan Cik Luna yang akan datang ya 😊

Jika anda mahu mencuba produk TMS, CD ataupun mengetahui promosi-promosi semasa, anda boleh melayari Facebook Lunatots, Facebook The Milk Story ataupun Instagram Lunatots dan The Milk Story.

Untuk belian secara online, anda boleh klik di sini.

Ataupun belian secara terus di Lunatots dengan mesej WhatsApp Hotline Lunatots.

 

Saranan rujukan yang lain selain yang telah disebut:

1-Bahaya “Baby Walker’’ Yang Tidak Disedari (Dari Hello Doktor)
2-Why you must avoid baby walkers, bouncers and sitting pillows
3-8 Tip mengajar bayi merangkak

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart