+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Breastfeeding Tips : Bila Payudara (Breast) Bengkak Susu

Breastfeeding Tips : Bila Payudara (Breast) Bengkak Susu

Breast bengkak susu? Nak buat macamana ni?

Bila bengkak susu, memang rasa tak boleh nak buat apa-apa. Nak marah ke, atau nak menangis ke.
Nak ke klinik ke atau tunggu dulu sampai sesuatu berlaku ke.
Manalah tahu nanti ia akan ok semula. Kan? Itu perasaan Cik Luna dahulu bila berhadapan dengan situasi ini.
Biasanya anak berumur dalam 6 bulan ke 1 tahun.
Ada juga ibu yang mengalaminya ketika dalam pantang.

Cik Luna kongsikan apa yang perlu dilakukan ketika perkara ini berlaku.

 

Oh ya bengkak susu itu ialah bila kita rasa ketul-ketul pada breast dan ianya rasa bengkak dan sedikit nyeri.

 

 

Perkara Pertama bila Breast Bengkak Susu #1

Breast bengkak berlaku apabila baby kurang menyusu dari ibu. Samada semasa dalam pantang, baby suka tidur ataupun masa baby dah mula makan masa umur 6 bulan dimana dia rasa tidak lapar. Lain baby, lain caranya.

Ada ibu yang rasa anaknya asyik ‘mengempeng’ atau berdampingan untuk menyusu sampai ibu rasa lesu (tapi gembira). Dan ada juga baby yang leka bermain atau meneroka persekitaran tanpa kisahkan susu pada ibu.

Perhatikan sebarang perubahan yang mungkin anak kita sedang hadapi ya.

Keadaan seperti bertukar pengasuh atau berpindah rumah juga sangat penting bagi sesetengah anak dan boleh menukar pattern penyusuannya.
Baby mudah stress dengan sebarang perubahan biarpun kecil.

Jadi ibu, mesti ingatkan selalu baby untuk menyusu. Pujuk dan offer susu setiap 2 ke 3 jam semasa bersama.

Jangan lupa pam susu  3 jam sekali sewaktu ibu bekerja.

Kedua #2

Bila breast dah bengkak, nak buat apa pun rasa tak larat. Malah bila ibu mengepam, rasa sakit dan susu tak mahu keluar.
Jika breast ibu sakit, tuam dengan kain yang mengandungi ais. Atau petua untuk gunakan kobis juga bagus.

Supaya rasa sakit itu dapat dikurangkan.


bengkak sususource by: www.wikihow.com

Bila ibu dah tak rasa sakit, baru boleh buat perkara yang seterusnya kan.

Ketiga #3

Tuam breast dengan kain yang direndam air panas/suam. Tuam perlahan lahan dan buat urutan lembut.
Guna Teknik Market iaitu mengeluarkan susu menggunakan tangan.
Petua sikat breast pun bagus!

Breast ada rasa geli-geli (tingling) dan membantu pengeluaran susu yang lancar.
Bahagian yang berketul ketul itu dipicit perlahan sewaktu baby minum susu dengan ibu.

Tips Bengkak Susu Keempat #4

Susukan bayi dan biarkan bahagian lidah bayi berada di bahagian yang bengkak (jika ada biji biji susu)
Katakan biji biji itu di bahagian bawah puting ibu, susukan dengan posisi ini untuk membantu mengeluarkan susu yang tersekat.

posisi menyusu

Tips Kelima #5

Pam susu sebelum 3 jam sekali semasa bekerja.
Jika bersama bayi, susukan setiap 2 jam dapat mengelakkan breast bengkak susu.

Sertai Whatsapp Group Lunatots di link ini. (Buka guna phone)

Artikel untuk tambahkan susu ibu di link ini

 

This Post Has 2 Comments

  1. Info yang sangat bermanfaat. Terima kasih sharing

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart