+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Bukan Muslim Tumpang Surau Pam Susu

Bukan Muslim Tumpang Surau Pam Susu

Cik Luna tertarik dengan perkongsian di Instagram Pencetus Ummah PU Azman.

Soalan yang ditanya ialah bolehkah wanita bukan Muslim tumpang surau pam susu?

Ibu menyusu yang lain pasti dapat relate dengan keadaan ibu ini kan?

Bila ibu dapat baby dan perlu kembali bekerja, ibu akan perlu mengepam susu 3 jam sekali di pejabat. Keperluan ada bilik mengepam susu sangat tinggi bagi organisasi yang ada pekerja wanita yang sudah berkahwin.

Cik Luna faham bahawa ulasan PU Azman adalah dari segi sudut agama.

Perkongsian Cik Luna ini dari sudut ibu menyusu ya ibu.

Mengepam susu dimana mana

Sebagai ibu yang bekerja, Cik Luna pernah mengepam di bilik server, bilik rehat bos dan apa sahaja bilik yang ada asalkan bukan bilik air.

Namun kini kesedaran tentang penyusuan susu ibu semakin tinggi dan banyak bilik bayi atau ibu menyusu disediakan samada di pejabat mahupun di pasaraya.

Bagi individu yang belum berkahwin, hamil dan mempunyai anak memang rasa perkara ni kelakar dan dijadikan gurauan.

Tambah lagi yang memang suka bergurau. Perkara pam susu anak kadang dijadikan jenaka di pejabat.

Biasanya Cik Luna kongsi dengan ibu hamil sewaktu kelas persediaan susu ibu supaya bersabarlah dengan gurauan kawan-kawan dan teruskan fokus objektif iaitu nak susukan anak dengan susu ibu sahaja.

Ibu Perlu Mengepam Susu 3 Jam Sekali

Terutama ketika berjauhan dengan bayi pada usia bayi 2 tahun pertama.

Ini sangat penting untuk perkembangan bayi, kesihatan kedua ibu dan anak serta perlindungan kesihatan anak kecil.

Jadi tiada isu samada Muslim atau Non Muslim tumpang surau perah susu kerana seorang ibu tetap seorang ibu biar apapun jawatan beliau diluar rumah.

Tutup Bahagian Badan

Ibu yang menggunakan bilik awam untuk mengepam susu perlu memastikan bahagian badan ibu ditutup dengan kain dan sebaiknya jika ia menghadap ke dinding.

Terutama jika bilik tersebut kecil dan orang keluar masuk jadi tiada bahagian badan ibu yang terdedah dan dapat dilihat oleh orang lain.

Ianya sebagai panduan untuk memelihara kehormatan tempat melakukan ibadah dan juga tempat awam ya ibu.

Dan kebaikan penyusuan susu ibu beliau terhadap anak beliau dapat membangunkan masyarakat Malaysia yang bersama-sama hidup harmoni dalam satu negara kita yang tercinta.

Kongsikan artikel ini tanda sokomgan terhadap penyusuan susu ibu ya ibu.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart