+6010-241 4050 | info@lunatots.com

Cara Pasang Pam Susu Handsfree Cimilre F1

Jika ibu-ibu sedang mencari teknik atau cara pasang pam susu handsfree jenis Cimilre F1, anda di tempat yang betul 🙂

Baca ulasan ringkas tentang Pam Susu Cimilre F1 di sini [link]

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-1

Pertama kali menggunakan pam susu jenis handsfree? Jangan risau, Cik Luna akan tunjukkan satu persatu di entri blog kali ini ya.

Komponen-Komponen Utama

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-2

Antara komponen utama set pam susu dual pumping Cimilre F1 handsfree:

  1. Double electric-powered pumping unit
  2. Corong handsfree
  3. Connector
  4. Shield atau guard
  5. Tiub saiz panjang
  6. Tiub saiz pendek
  7. Valve
  8. Anti backflow connector
  9. Botol susu
  10. Power charger

Hanya 3 komponen sahaja yang anda penting untuk dicuci selepas menggunakannya iaitu valve, tiub dan botol jika anda kekurangan masa, contohnya, masa rehat di pejabat.

Hati-hati semasa mengendalikan valve supaya ianya tidak terkoyak.

Langkah-langkah Cara Pasang Pam Susu Handsfree

1-Sambungkan corong ke connector dan valve. Pastikan sambungan ketat dan kedap.

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-3

2-Pasang tiub yang panjang ke connector tadi.

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-4

3-Masukkan bahagian guard atau shield yang ditunjukkan ini daripada bahagian yang beralur ke tiub yang telah siap dipasang tadi. Tutup dengan ketat dan kedap sehingga berbunyi ‘pop‘.

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-5

4-Pasangkan botol seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-6

5-Seterusnya adalah cara untuk memasang komponen anti backflow dengan betul. Perhatikan yang bahagian tiub panjang tadi dipasang ke bahagian anti backflow yang bersisi kosong (tiada bahagian putih). Tetapi sebenarnya bahagian bersisi putih yang sepatutnya disambungkan, video ini ada sedikit kesilapan. Jadi, cara yang betul adalah dengan memasang bahagian anti backflow bersisi putih ke tiub panjang.

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-7

6-Pasangkan tiub pendek ke bahagian anti backflow yang lagi satu. Akhir sekali, pasangkan hujung tiub pendek yang lain ke output pam.

7-Ulang langkah 1-6 untuk memasang sebelah lagi corong.

8-Langkah seterusnya adalah cara untuk memasang corong ke bra menyusu. Bahagian beralur di shield adalah tempat supaya pemasangan bra dan corong kemas dan ketat. Pasangkan botol susu setelah semua sambungan dah siap. Ibu-ibu bolehlah buat kerja lain sambil menyusu ya 🙂

Cara Pasang Pam Susu Handsfree-8

___

Mudah sahaja kan? Jika anda ada sebarang persoalan ataupun perlukan penjelasan lebih lanjut, anda boleh hubungi Cik Luna di Lunatots ataupun tinggalkan mesej di laman rasmi Lunatots di Facebook dan Instagram.

Selamat mencuba ya~

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart