You are currently viewing Cara Simpan Susu Badan dengan Betul

Cara Simpan Susu Badan dengan Betul

Direct breastfeeding lebih baik berbanding susu yang telah disimpan. Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan para ibu yang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk menyusukan secara terus. Jadi, cara penyimpanan susu untuk diberikan kepada bayi ini adalah lebih sesuai buat para ibu yang memang sibuk. Oleh hal yang demikian, para ibu perlu tahu cara simpan susu badan dengan betul agar tahan lebih lama.

Ada juga para ibu yang terpaksa mengepam susu kerana mengalami bengkak susu akibat berpisah dengan anak buat sementara waktu, misalnya anak di warded kerana demam kuning. Segala tips untuk menyimpan susu ibu ini, Cik Min dapatkan daripada laman web Cozy Lady dan theAsianparent.

Berapa Lama Susu Ibu Boleh Bertahan?

Bagi mereka yang baru pertama kali bergelar ibu, pasti akan musykil sama ada susu badan yang disimpan masih boleh digunakan atau tidak, bukan? Sebenarnya, susu ibu boleh bertahan bergantung kepada cara pemerahan dan tempat simpanannya. Para ibu perlulah mencuci tangan sehingga bersih sebelum mengepam susu agar susu yang disimpan boleh bertahan lebih lama.

Susu ibu tetap segar dalam suhu bilik, iaitu -3.9 hingga 29.4 darjah Celsius sehingga 3-4 jam dalam sehari. Tetapi, susu yang disejukkan boleh bertahan selama 6-8 jam sehari. Tambahan pula, susu ibu boleh bertahan dalam tempoh yang berbeza mengikut tempat simpanan, iaitu jenis peti sejuk yang digunakan.

  • Susu badan bertahan selama 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk satu pintu.
  • Susu badan bertahan selama 3 bulan bagi peti sejuk dua pintu.
  • Selama 6 bulan susu badan boleh bertahan jika di simpan di dalam peti sejuk beku (freezer) dan berasingan.

Cara Simpan Susu Badan

#1 Simpan dalam Bekas yang Sesuai

Susu ibu perlulah disimpan dalam bekas yang bertutup kedap udara seperti botol susu atau beg khas untuk susu ibu. Elakkan daripada menggunakan beg plastik yang bukan khas untuk susu ibu kerana dikhuatiri akan pecah sebaik sahaja dibekukan.

Cara Simpan Susu Badan

#2 Bekas Simpanan Susu Bersih | Cara Simpan Susu Badan

Gunakan botol susu atau bekas simpanan yang telah dibersihkan dengan air dan sabun. Kemudian, bilas bekas tersebut dengan air mendidih atau sterilkan dalam mesin steril sebelum digunakan. Sebaiknya gunakan botol yang bebas BPA dan tahan suhu panas.

#3 Tulis Label | Cara Simpan Susu Badan

Susu yang telah dipam ke dalam bekas simpanan perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Labelkan tarikh dan masa pada bekas simpanan susu supaya dapat digunakan mengikut susunan tarikh, sekali gus mengurangkan kebimbangan para ibu tentang jangka masa susu tersebut.

#4 Jaga Kualiti Susu

Susu yang tidak habis sebaiknya dibuang dan tidak boleh disimpan semula bagi menjaga kualiti susu ibu. Jangan mencampurkan susu baru dengan susu ibu yang telah dipanaskan. Para ibu juga perlu mengelakkan daripada mengisi susu sehingga penuh satu botol. Sebaiknya berikan ruang sedikit iaitu 2.5 cm dari atas botol susu.

Tips Penyimpanan Susu Ibu | Cara Simpan Susu Badan

  1. Susu beku yang dicairkan boleh bertahan selama 24 jam di dalam peti sejuk bahagian chiller.
  2. Selain itu, susu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa satu jam dan tidak boleh disimpan atau disejukkan semula.
  3. Susu perahan boleh dicampurkan walaupun pada 2 sesi yang berbeza. Namun, perlu memastikan susu badan dipam pada suhu dan hari yang sama, iaitu dalam tempoh 24 jam
  4. Sebaiknya biarkan susu yang baru dipam di dalam suhu bilik selama 5 minit sebelum dimasukkan ke dalam cooler bag atau peti sejuk bahagian chiller.
  5. Elakkan daripada menggoncang botol berisi susu ibu. Sebaiknya goyangkan botol berisi susu ibu secara membulat dan perlahan.

Para ibu perlulah mengikut panduan yang betul sewaktu menyimpan susu ibu agar susu yang disimpan tahan lebih lama. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian mengenai cara simpan susu badan kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

 

Leave a Reply