You are currently viewing Ibu Hamil Boleh Berpuasa, Betulkah?

Ibu Hamil Boleh Berpuasa, Betulkah?

Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Pada bulan Ramadan inilah kita semua berpeluang untuk membuat lebih banyak kebaikan, kerana bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Namun, ibu hamil pasti meragui sama ada boleh berpuasa atau tidak. Ada banyak pandangan dan pendapat dari pakar yang mengatakan ibu hamil boleh berpuasa tetapi perlu mengikut syarat dan nasihat sebaiknya.

Tahukah para ibu, bahawa Allah memberikan keringanan terhadap ibadah puasa kepada ibu hamil dan yang menyusukan anak? Secara umumnya, ibu mengandung tidak digalakkan berpuasa sebagaimana dalam dalil hadis daripada Anas bin Malik RA:

“Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada  puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”

Riwayat al-Tirmidzi (715), al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667).

Ibu Hamil Boleh Berpuasa

Wanita Mengandung Tidak Digalakkan Berpuasa | Ibu Hamil Boleh Berpuasa

Tambahan pula, Dr. Muhammad Izzat melalui laman Twitternya mengatakan wanita hamil tidak perlu berpuasa atas sebab tertentu. Antaranya, adalah seperti berikut:

  1. Ibu hamil yang ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM) dengan kawalan insulin.
  2. Ibu yang berisiko tinggi mendapatkan darah beku, iaitu Venous Thromboembolism (VTE) atau ibu yang pernah mengalami VTE dan masih diberikan ubat cairkan darah (Clexane).
  3. Wanita hamil yang ada Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS), iaitu ibu mengandung yang menggunakan ubat kesuburan.
  4. Ibu yang muntah-muntah teruk, tidak kira pada awal kandungan mahupun trimester lain.
  5. Ibu yang ada pendarahan.
  6. Wanita hamil yang tidak sihat seperti demam atau COVID-19.
  7. Ibu yang mempunyai bayi dengan masalah tumbesaran, iaitu Intrauterine Growth Restriction (IUGR).
  8. Ibu yang mengandungkan bayi kembar.

Saranan Dr. Muhammad Izzat kepada ibu hamil adalah perlu mendengar nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum berpuasa walaupun anda merasakan diri sihat. Sekiranya doktor meminta anda untuk tidak berpuasa, maka anda perlu turutinya agar diri anda dan bayi dalam kandungan terjaga.

Ibu Hamil Boleh Berpuasa

Tips untuk Ibu Mengandung Semasa Puasa

Bagi ibu hamil yang boleh berpuasa, perlu ikuti beberapa tips pemakanan yang disarankan oleh Dr. Muhammad Izzat dan theAsianparent seperti berikut:

  1. Makan lebih daripada dua kali, iaitu pada waktu berbuka dan bersahur.
  2. Pastikan anda memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelakkan daripada sembelit, masalah penghadaman, dan pedih ulu hati.
  3. Berbuka puasa dengan tiga biji kurma dan jus buah. Boleh juga gantikan dengan sup atau yogurt rendah lemak. Selepas itu, boleh makan makanan lain yang seimbang yang mengandungi salad, ulam-ulaman, protein, dan karbohidrat.
  4. Tidak meninggalkan sahur.
  5. Elakkan daripada minum air berkafein (teh/kopi) sewaktu sahur. Hal ini dikatakan demikian kerana, kafein boleh menyebabkan pembuangan air kecil dengan banyak, sekali gus mengakibatkan dehidrasi.
  6. Minum air masak dengan mencukupi sewaktu bersahur dan berbuka.

Walau bagaimanapun, para ibu hamil perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya! Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply