+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Ibu Hamil Kena Tahu Tentang Kod-kod di Buku Kesihatan

Ibu Hamil Kena Tahu Tentang Kod-kod di Buku Kesihatan

Hari ni saya nak kongsikan tentang kod-kod warna yang terdapat di buku kesihatan. Ingat lagi tak bila kita ke klinik kesihatan setiap bulan kita ada simpan sebuah buku kesihatan. Buku ni kita selalu bawa ke Klinik Kesihatan kan.

Wah, dah lama saya tak belek buku kesihatan. Ibu-ibu hamil tentu tertanya-tanyakan apa agaknya maksud warna-warna di buku kesihatan tu. Sebagai ibu yang sedang hamil, penting untuk puan tahu maksud kod warna itu, supaya nanti puan dah bersedia bila berlaku sebarang kecemasan. Di bawah adalah perincian untuk 4 jenis kod warna yang digunakan oleh pakar kesihatan.

slide12


💚
Kod Hijau – Berisiko tertentu seperti si ibu mempunyai RH negatif, berat badan ibu kurang dari 45 sebelum hamil, kandungan lebih dari satu, Hb rendah, bayi songsang dan lain-lain masalah lagi yang mana perlu dirujuk kepada doktor atau pegawai perubatan untuk tindakan lanjut jika perlu.

slide13


💛
Kod Kuning – Berisiko untuk ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan bersama dengan hospital, Hb urang dari 9.5gm% dan lain-lain. Dimana ibu hamil dengan kod ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan keluarga / O & G.

slide14


Kod Merah – Berisiko bagi ibu hamil yang menghidap sakit jantung, anemia, eklampsia, pre-eklampsia, kontraksi rahim pra-matang dan lain-lain yang memerlukan kemasukan ke hospital dengan segera jika beraku sebarang masalah dipihak ibu atau kandungan.

slide15

♡ Kod Putih untuk ibu hamil yang tiada risiko dan boleh bersalin dimana-mana pusat bersalin termasuk di rumah sendiri

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, saya harap ilmu hari ini berguna untuk puan membuat persediaan mental, fizikal dan emosi menanti hari-hari yang kelahiran si manja. 

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart