You are currently viewing Isteri Berpantang dan Peranan Suami

Isteri Berpantang dan Peranan Suami

Isteri berpantang dan peranan suami ni penting atau tidak? Tempoh berpantang merupakan salah satu tempoh untuk si isteri berehat dan menjaga kesihatan, serta emosi selepas bersalin. Di situlah, peranan suami ketika isteri menjalankan tempoh berpantang. Namun, kebanyakan suami tidak tahu peranan yang perlu dilakukan ketika isteri menjalankan tempoh berpantang.

Jadi, Cik Min nak kongsi sedikit peranan suami ketika isteri berpantang. Kalau ada encik suami yang nak tahu lebih mendalam tentang perkongsian seperti ini. Boleh baca di laman web theAsianparent

Isteri Berpantang dan Apa Peranan Suami?

Cik Min nak kongsi 3 peranan suami yang para suami dan bakal ayah perlu tahu. Nampak mudah tapi sebenarnya sangat penting. Kalau ikut tips Cik Min ni, mesti si isteri rasa terharu dengan encik suami.

 

Isteri Berpantang dan Peranan Suami: Menjadi Pendengar yang Baik

Isteri Berpantang| Peranan Suami
kredit: pexels.com

 

Tempoh berpantang merupakan suatu tempoh untuk isteri berehat dari segi fizikal dan juga mental selepas menjalankan pelbagai proses untuk melahirkan anak. Tambah pula, sifat seorang isteri yang sensitif dan mudah beremosi menjadikan si isteri memerlukan seseorang untuk mendengar keluhan atau isi hatinya. Maka, disitulah peranan suami iaitu mendengar setiap keluhan isteri walaupun perkara yang dikongsikan adalah sekecil-kecil perkara. Dengan mendengar keluhan tersebut, si suami dapat membuatkan si isteri berasa lebih tenang.

 

Mengambil Alih Tugas Isteri

kredit: pexels.com

 

Kebiasaannya sebelum si isteri bersalin, hampir semua perkara mereka lakukan, sama ada mengemas di dalam mahupun di luar rumah. Mereka melakukan banyak hal dalam satu-satu masa tanpa henti, kerana si isteri mengganggap semua perkara di rumah adalah tanggungjawab mereka. Bahkan dalam tempoh kehamilan juga, si isteri tetap melakukan banyak perkara walaupun pergerakkan mereka terbatas.

Oleh itu, ketika si isteri menjalankan tempoh berpantang, seorang suami perlu mengambil alih semua tugas yang dilakukan oleh isteri termasuklah memasak dan mengemas rumah. Bahkan penjagaan anak juga perlu dilakukan oleh si suami. Hal ini kerana isteri memerlukan rehat yang banyak untuk memastikan kesihatan mereka terjaga.

 

Menghargai Isteri

Peranan suami ketika isteri berpantang
kredit: pexels.com

 

Isteri merupakan individu yang sering ingin dihargai tanpa mereka katakan apa-apa kepada suami. Oleh itu, suami perlu lebih peka dengan melakukan pelbagai perkara yang boleh menjadi sumber kebahagiaan si isteri dan boleh menimbulkan rasa dihargai. Pelbagai cara dan perkara yang boleh menunjukkan bahawa suami sangat menghargai isteri walaupun tidak mengeluarkan wang! Bahkan, sekecil-kecil perkara yang dilakukan oleh suami untuk isteri juga, pasti akan terlihat sangat bermakna sehingga dapat menyentuh perasaan si isteri.

Selepas ijab kabul, isteri merupakan seorang ratu dalam kehidupan seorang suami. Bahagia isteri, bahagialah seorang suami dan seluruh keluarganya. Jadi, tidak salah jika seorang suami melakukan pelbagai perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada isterinya tauuu!

 

Sekian sahaja perkongsian Cik Min untuk artikel ‘Isteri Berpantang dan Peranan Suami’ pada kali ini ya… Untuk lebih banyak tentang tips-tips keibu-bapaan dan pelbagai artikel menarik, boleh baca di blog Lunatots.

 

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply