+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Jangan Beri Minuman Probiotik untuk Anak

Jangan Beri Minuman Probiotik untuk Anak

Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik untuk Anak Setiap Hari!

Tulisan oleh : Taufiq Razif

Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.

Kenapa?

Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.

Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!

Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!

Minuman probiotik untuk anak

” Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari “

p/s : Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma minuman probiotik untuk anak jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu takpe lah.

p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak dan parenting di Telegram Channel saya. Klik link ni cepat cepat untuk join bersama 130 ribu ibubapa yang lain di dalam sana 👉

Tuan Taufiq Razif merupakan Pengasas Grup Parenting di Telegram yang Terbesar. Klik disini untuk menyertai Grup Parenting ini. Laman web beliau di The Pro Parenting.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart