7 Tips Menyusu ketika Mengandung untuk Keselamatan Ibu dan Bayi

7 Tips Menyusu ketika Mengandung

Ramai ibu muda keliru samada mahu terus menyusu ketika mengandung ataupun memberhentikan penyusuan.

Orang sekeliling mungkin mula memberikan pendapat dimana penyusuan susu ibu perlu di berhentikan untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan.

Namun ibu merasa resah.

Hatinya mahu terus menyusu ketika mengandung anak kedua ini. Tak sampai hati nak memberhentikan penyusuan rasanya..

Ketahui 7 Tips Menyusu ketika Mengandung supaya penyusuan ini selamat untuk ibu, bayi yang dikandung serta anak yang sedang menyusu.

Tips Pertama #1 ialah Memahami Fakta Penyusuan

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak yang masih menyusu.

menyusu ketika hamil

Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

Penyusuan susu ibu diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi harian serta tumbesaran anak.

Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu.

Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.

Tips Kedua #2 untuk Ibu Menyusu ketika Mengandung iaitu Mengalihkan Perhatian ketika Puting Sakit

Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian puting pada setiap kali sesi penyusuan.

Ini kerana puting menjadi lebih sensitif dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.

Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV.

Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah akan enjadikan puting lebih ‘kebal’ untuk penyusuan bayi seterusnya.

Tips Ketiga #3 Dapatkan Posisi Menyusu yang Selesa

Mengandung bermakna akan perlaku pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal biasanya akan semakin berkurangan.
Jadi ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!

Posisi Penyusuan

Asalkan ibu rasa selesa ya!

Tips Keempat #4 Menyusu ketika Hamil ialah Nikmati Momen Penyusuan

Tangan kecil yang meraba perut anda (yang semakin membesar kerana mengandung) semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil.

Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain.
Anak memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!

Tips Kelima #5 Hamil dan Mahu Menyusu ialah Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing

Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir.

Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.

Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.

 

Tips Keenam #6 Pengekalan Susu Semasa Hamil

Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung.

Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).
Teruskan penyusuan susu ibu setiap kali ibu bersama anak ya.

Jika ibu mengamalkan Milk Booster The Milk Story juga bagus untuk kesihatan ibu.

tambahkan susu ibu

 

Tips Ketujuh #7 ialah Sediakan Air Kosong Untuk Anak

Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.

Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!

Apakah itu Foremilk dan Hindmilk? Baca di sini.
M
encari kedai barang swimming di Cheras? Linknya disini.

Leave a Reply