You are currently viewing Kanan Bukan Nasi, Kiri Bukan Air – Mitos Susu Ibu Semata-mata

Kanan Bukan Nasi, Kiri Bukan Air – Mitos Susu Ibu Semata-mata

Kanan Bukan Nasi, Kiri Bukan Air – Mitos Susu Ibu Semata-mata

Artikel Cik Luna hari ini akan mengetengahkan salah satu isu yang menjadi mitos susu ibu atau breastfeeding myth: “Kanan Bukan Nasi, Kiri Bukan Air”

Sedikit Picisan tentang Mitos Secara Amnya

Bila nak bercerita tentang “Kanan Bukan Nasi, Kiri Bukan Air – Mitos Susu Ibu” atau mana-mana mitos secara amnya, Cik Luna teringat masa zaman sekolah budak hingusan dulu, Cik Luna suka tengok rancangan “Mythbusters” yang dihoskan oleh Jamie Hyneman, Adam Savage, Grant Imahara, Tony Belleci dan Kari Byron.

Ianya adalah sebuah rancangan berkisahkan tentang sekumpulan Mystery bunkers yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan (Hollywood special effect experts; roboticist; etc…) menjalankan penyelidikan untuk mencari kebenaran di sebalik mitos-mitos urban legend secara amnya.

Sebelum mereka buat apa-apa scientific deduction, mereka akan menjemput pakar-pakar yang bertauliah untuk check fakta dan supervise eksperimen mereka supaya ianya di jalan yang benar XD (tidak boleh disangkal). Di penghujung testing, team ini akan buat rating sama ada mitos yang diuji tersebut adalah “busted” (terbukti salah); “plausible” (munasabah); atau “confirmed” (terbukti benar).

Mythbusters' cast during glory time
Barisan penguji “urban legend” Mythbusters masa zaman Cik Luna sekolah dulu. Bila dah tak ada yang berlima ni, rancangan ni bagi Cik Luna dah tak berapa best XD

 

 

rank urban legend mythbusters
Selalunya, team ni akan letakkan plate yang bersesuaian dengan rumusan hasil kajian mereka. Jarang result dia “confirmed”, asyik “busted” je urban legend yang mereka test XD

 

Ahhhh…Those were the days, my friend XD. Okay, cukuplah sampai disini sahaja Cik Luna sesat di Memory Land XD.

Yang Kanan Itu Nasi, Yang Kiri Itu Air

Berbalik kepada isu yang Cik Luna ingin sampaikan dalam blog entry kali ini adalah sebenarnya berkisar tentang urban legend dalam dunia penyusuan ekslusif. Salah satunya adalah berkaitan dengan nasihat orang-orang lama seperti; “yang kanan itu nasi, yang kiri itu air.” (Mitos susu ibu atau breastfeeding myth). Betul ke?

Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk menidakkan sepenuhnya wisdom orang-orang evergreen seperti ibu, nenek atau saudara kita sendiri. (Ingat tagline, otai masih berbisaaaa….XD)

Sebagaimana rancangan Mythbusters dapat membuat pelbagai test untuk menguji urban legend kerana teknologi dan kepakaran sedia ada sekarang semakin canggih (engineering, rocket science, etc…) memungkinkan untuk menjalankan pelbagai jenis testing, begitulah juga kajian di dalam bidang-bidang yang lain.

Di dalam bidang penyusuan ini pun sekarang, ada kepakaran yang didedikasikan. And one of the people who make a practice in this particular area is called Kaunselor Laktasi. Kaunselor-kaunselor ini telah menerima latihan secukupnya untuk diberi kepercayaan memberi nasihat dalam bidang laktasi tersebut.

Suraya Ali

Kali ini, Kaunselor Laktasi dari Lunatots, Puan Suraya Ali, CLC akan mengupas dengan lebih lanjut tentang salah satu breastfeeding myth atau mitos “Kanan Bukan Nasi, Kiri Bukan Air”. Dan fokus perbincangan beliau lebih kepada konsep “Foremilk” dan “Hindmilk.

 Haaaah? “Foremilk”? “Hindmilk”? Apa yang kau merepek ni labuuuu…..

Lebih kurang la tagline “apa…labuuu” ni dalam cerita lama Arwah seniman P. Ramlee XD. Al-Fatihah…

Tak faham? Okay okay. Konsep “Foremilk” dan “Hindmilk” ni ada kaitan dengan konsep penghasilan susu badan dan apa yang ada di dalam susu ibu itu sendiri.

Fahami Konsep Penghasilan Susu Ibu

Jika dilihat di dalam artikel-artikel berkaitan terutamanya yang di review oleh pakar-pakar bertauliah, ada beberapa istilah saintifik yang akan keluar dan di highlight kan seperti “prolactin,” “oxytocin,” “pituary gland” dan sebagainya. Istilah-istilah ini juga telah pun di highlight sendiri oleh Puan Suraya di dalam laman web Mingguan Wanita mengenai fakta penyusuan susu ibu didalam penulisan sebelum ini.

Apa yang boleh dirumuskan daripada artikel-artikel ini ialah proses breastfeeding ini melibatkan pelbagai refleks dan tindakbalas. Rangsangan dari penghisapan bayi dapat membantu dalam penghasilan hormon yang diperlukan tersebut dan seterusnya mengeluarkan susu ibu sebagai hasil tindak balas.

Rangsangan dan tindak balas
Sumber dari laman web HUSM

 

Untuk pemahaman lebih lanjut, anda boleh juga membaca dari laman-laman web ini:

Konsep “Foremilk;” “Hindmilk;” Ciri-ciri; dan Kaitannya dengan Kandungan Susu Ibu?

Kandungan susu ibu itulah antaranya yang terdiri daripada “Foremilk” dan “Hindmilk.” Ada juga yang akan menambah “Colostrum” namun fokus kita sekarang ialah kedua-dua istilah yang telah disebutkan tadi.

Umumnya, “Foremilk” terdiri daripada dua perkataan; “fore” dan “milk.” Penggunaan perkataan “fore” biasanya merujuk kepada keadaan awal. Semua orang tahu apa itu milk bukan? Manakala “hind” pula merujuk kepada keadaan di penghujung.

Di dalam artikel sebelum ini tentang pam susu terbaik atau breastpump terbaik,Cik Luna ada kongsikan yang satu sesi pam breastfeeding optimum adalah lebih kurang 20 hingga 30 minit. Kaitannya ialah, foremilk terhasil di saat penyusuan bermula dan salah satu cirinya adalah kandungan cecair yang banyak dan rendah lemak.

Manakala hindmilk terhasil di penghujung sesi menyusu, di mana kandungan lemak akan dilepaskan di dalam susu. Maka, tinggi kandungan lemak dan kalori adalah salah satu ciri hindmilk yang mana sangat bermanfaat untuk bayi. Namun, kuantitinya kurang sedikit berbanding dengan foremilk.

Sebab itu salah satu tips menyusu badan ialah dengan menyusu dalam tempoh saranan tadi kerana payudara hampir kosong pada waktu itu dan lemak untuk hindmilk biasanya dilepaskan pada waktu tersebut.

Fakta-fakta Lain Sekitar Foremilk dan Hindmilk

Di sini, Cik Luna hanya akan kongsikan semula tips dan fakta daripada Puan Suraya di dalam artikel terdahulu untuk memudahkan pembacaan pembaca;

1# Ibu Tidak Digalakkan Menukar Payudara Dengan Kerap Dalam Satu Sesi Menyusu

Ianya untuk memastikan bayi mendapat cukup foremilk dan hindmilk. Bayi lebih mudah tidur jika kuota kedua-dua tadi mencukupi. Ibu boleh menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.
Payudara yang satu lagi untuk sesi penyusuan selepas ini pula.

2# Penting Untuk Si Kecil Mendapatkan Kedua-dua Foremilk dan Hindmilk

Jika bayi minum berselang-seli dari kedua-dua payudara, banyak masalah akan timbul seperti perut bayi merasa tidak selesa (gas in baby) kerana ketakseimbangan lactose (lactose imbalance); masalah bengkak susu (mastitis) pada ibu kerana saluran susu tersumbat (plugged duct); dan risiko terhadap usus bayi yang tidak mampu untuk memproses dan menghadam jumlah lactose yang banyak dalam satu-satu masa.

Kanan Itu Nasi, Kiri Itu Air….Kesimpulannya?

Dalam cerita Mythbusters, time ni la nak campak plate “Busted“; “Plausible” atau “Confirmed” depan eksperimen yang dijalankan itu XD

So, untuk “Kanan itu Nasi, Kiri itu Air?” – “BUSTED”

Point Fakta #1 di atas tadi tu yang paling penting untuk menjelaskan kenapa kadang-kadang bila menyusu kena tukar-tukar side, bukan “Nasi” dan “Air”.

 

Busted Plate
Sumber: giphy.com

 

Sekian dari kami di Lunatots. Jika ibu mencari Milk Booster Terbaik yang telah berada di pasaran sejak 2011, boleh klik di link ini

Milk Booster terbaik
The Milk Story Family Pack 1kg

Leave a Reply