You are currently viewing Pantang Larang Susu Ibu dalam Tiga Fasa Berbeza

Pantang Larang Susu Ibu dalam Tiga Fasa Berbeza

Nak tahu tak pantang larang susu ibu?

Wah nak menyusu pun kena tahu pantang larang susu ibu ya?

Saya kongsikan dengan kawan-kawan buat menambah nilai kalaupun bukan untuk kegunaan kita mungkin insan disekeliling kita kan?

Kita bahagikan kepada tiga fasa dahulu.
—————————————————
Fasa Pertama Pantang Larang Susu Ibu – Fasa Mengandung
—————————————————

Pantang yang pertama ialah :
USAH fokus kepada cerita orang yang tidak dapat menyusu anaknya tapi dalami ilmu penyusuan.

Maksudnya ialah — bila kita berjumpa dengan kawan-kawan atau kakak-kakak sepejabat yang tidak dapat menyusukan bayi mereka, usah percaya bulat-bulat.
Sebenarnya bergantung juga, ramai ibu yang tak dapat menyusukan anaknya dahulu kerana tiada ilmu.

Namun bila mereka ada ilmu, mereka sangat mahu lakukannya. Jadi — fokus kepada mendalami ilmu penyusuan bersama mereka.

Bukannya menganalisis cerita tentang mengapa mereka tak dapat menyusukan sebab nanti bimbang kita berterusan mempercayai bahawa kita tak dapat menyusukan anak kita juga nanti sebab kakak yang kita jumpa itu pun begitu!

Pantang larang susu ibu yang kedua ialah :
JANGAN beli susu formula.

Hati ibubapa tak boleh sparuh-separuh seperti — beli susu tepung spare mana tahu tak dapat menyusukan nanti.
Kalau ibu bimbang, kenalpasti saudara mara, adik beradik atau sahabat handai yang sedang menyusukan baby mereka.
Jika ada apa apa, boleh minta susu untuk sementara semasa bayi baru dilahirkan.
Hukum ibu susuan boleh rujuk dilink ini

Dalam keadaan kesihatan dan kelahiran biasa, sekalipun ibu melahirkan bayi secara pembedahan, ibu masih boleh menyusukan bayi.

Susu tepung atau susu formula akan menggantikan demand yang bayi buat setiap kali menyusu dari ibunya. Nanti susu ibu akan semakin kering. Jika ibu rasa tak ada susu untuk menyusu, ibu kena susukan bayi ya. Itulah tips hakikinya.

Pantang yang ketiga ialah :
JANGAN takut beli barang penyusuan terutamanya breastpump.

Dulu-dulu ramai ibu takut membeli pam susu masa pregnant tapi sebenarnya inilah waktu yang sesuai. Kalau ibu beli masa bayi dah lahir, nanti dalam pantang susah ibu nak keluar dan shopping bersama bayi.
Lebih lebih lagi di awal kelahiran yang ibu baru nak adjust dengan kehadiran insan baru.

Masa mengandung ini lah ibu boleh survey dan bertanya banyak soalan kepada perunding. Di Lunatots, perkhidmatan nasihat dan rundingan diberikan secara percuma. Ibu mesti datang dan kunjungi kami ya!

Lain-lain kerisauan yang ibu hamil dan mengandung sering risaukan boleh dibaca di link ini.

 

—————————————————
Fasa Kedua Pantang Larang Susu Ibu — Masa Ibu Dalam Pantang
—————————————————

 

 

Pantang yang pertama ialah :
JANGAN skip menyusu.

Maksudnya, setiap kali baby mahu menyusu iaitu biasanya selang 2 jam, susukannya.
Kalau ibu rasa baby menyusu terlalu kerap, susukan dengan lama menggunakan satu payudara sahaja (dalam 20 minit). Bersandar dan tenang ya semasa menyusu.

Jangan kelam kabut mahu lakukan kerja lain dan merasakan penyusuan itu mengambil masa.
Nanti ibu akan nak cepat-cepat dan ini membuatkan bayi tidak cukup kenyang dengan sepenuhnya.

Pantang yang kedua ialah :
JANGAN last minute baru nak pam susu.

Last minute tu maksudnya lagi 3 hari nak kerja baru nak pam susu untuk buat stok. Bukannya tak boleh tapi badan sudah biasa hasilkan susu cukup-cukup untuk baby minum terus (direct feeding) jadi bila ibu baru mula mengepam, susu yang dihasilkan mungkin sedikit.

Ia tak bermakna ianya adalah sesuatu yang tidak elok. Cuma ibu mungkin rasa kecewa bila tidak dapat buat stok dan tarikh untuk masuk kerja semakin hampir.

Cadangan kami, ibu pam susu sehari 2 atau 3 kali semasa baby tidur atau pam sebelah semasa baby menyusu.
Simpan dan labelkan susu dalam peti ais mengikut tarikhnya.

Jika nak tanya apa-apa tentang penyusuan boleh sertai Lunatots Support Group (klik menggunakan phone)

 

pantang larang susu ibu

Pantang yang ketiga ialah :
JANGAN susukan baby selang-selang payudara.

Ada orang cakap payudara sebelah kiri tu nasi dan sebelah kanan tu air jadi kena susukan selang selang kepada baby.
Sebenarnya untuk satu masa, susukan baby lama di sebelah hanya satu payudara supaya dia dapat susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).
Satu sesi penyusuan dalam 15 ke 20 minit. Ibu mesti duduk dengan selesa dan lakukan sesuatu yang ibu gemari semasa bayi menyusu ya seperti membaca buku, melayari Internet, membelek bayi ataupun menonton televisyen. Tidur pun best juga!

—————–———————————-
Fasa Ketiga — Bila Ibu Mula Bekerja
—————————————————

Pantang yang pertama ialah :
JANGAN skip mengepam

Keluar bekerja bermakna, ibu akan mengepam susu setiap 3 jam sekali iaitu kedua belah payudaranya. Macam menggantikan rangsangan yang baby minta bila baby bersama ibu. Dengan cara ini, susu ibu akan kekal dan tidak menurun produksinya.

Sekalipun ibu sibuk, ibu mesti cari waktu untuk mengepam ya. Bincang dengan majikan tentang keperluan ini dan pastikan ibu mempunyai kemudahan mengepam seperti kain cover (nursing cover), plastik susu, pam susu dan pelbagai lagi.

Siapa suka makan kunyah kunyah Milk Booster boleh dapatkan The Milk Story dari link ini.

 

Pantang yang kedua ialah :
JANGAN beri baby makan sebelum baby umur 6 bulan.

Perut baby belum matang untuk menerima makanan sebelum usianya 6 bulan. Jika baby kelihatan meragam dan memerlukan banyak susu, ibu bertenang dan makan makanan berkhasiat untuk menghasilkan susu.

Bukan sedikit kisah buruk yang menimpa baby apabila diberikan makanan sebelum usianya 6 bulan. Kita jangan jadi begitu ya!

Boleh jadi bukan ibu yang menghasilkan susu yang sedikit tetapi baby yang minum terlalu banyak melebihi keperluannya. Rujuk link ini untuk mempelajari berapa banyak susu yang baby perlukan di rumah pengasuh.

pantang larang susu ibu

Pantang yang ketiga ialah :
JANGAN stress.

Alamak macamana nak pantang supaya jangan stress haha!
Cara-caranya ialah — selalu tengok gambar dan video baby dalam handphone kita. Juga berbual dengan kawan-kawan yang positif.

Sekiranya ada ujian yang melanda kehidupan — kita mesti bangkit kerana Tuhan mahu beri kita pengajaran dan bukannya hukuman.

Penyusuan mesti diteruskan. Sekiranya ibu stress atau tertekan, susu ibu boleh berkurangan tau kerana hormon yang sama untuk gembira digunakan untuk mengeluarkan susu iaitu hormon oksitosin jadi — ibu menyusu mesti kekal cantik, langsing dan gembira ya!

Puan Suraya Ali,
Kaunselor susu ibu.

This Post Has 2 Comments

  1. surijunior

    terima kasih . perkongsian yang sangat menarik… betul tu..mindset sangat penting dalam membantu memperbanyakkan susu. paling penting penyusuan secara eksklusif 6 bulan pertama sangat penting untuk tumbesaran baby..terima kasih utk tips berguna dan infonya.
    untuk perkongsian ilmu, jemput lawat blog saya http://www.surijunior.com

  2. Kuntum

    Boleh ke ibu menyusu makan semua jenis buah ? Ada yg kata kena pantang jugak.

    Terima kasih.

Leave a Reply