You are currently viewing Penyusuan Eksklusif itu Apa?

Penyusuan Eksklusif itu Apa?

Apa itu Penyusuan Eksklusif?

Penyusuan eksklusif susu ibu atau breastfeeding ialah menyusukan anak dengan susu ibu melalui payudara.

Sekiranya bayi minum susu ibu melalui botol, ianya tidak dikira eksklusif dalam merancang keluarga.
Dimana perancangan keluarga hanya berkesan apabila ibu menyusu eksklusif iaitu direct feeding sahaja.

 

Namun 6 bulan pertama HANYA susu ibu sahaja ya ibu.

Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.

 

penyusuan eksklusif

Selepas 6 bulan masih eksklusif kah?

Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya 6 bulan. Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih diteruskan.

Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan eksklusif.

Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2 tahun (atau lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6 bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain selain susu ibu.

Sumber rujukan http://www.who.int

Leave a Reply