+6010-241 4050 | info@lunatots.com

Mendidik Anak Abad 21 Satu Pengalaman

RM20.00

Add to Wishlist
Add to Wishlist
Category:

Description

Mendidik Anak Abad 21 Satu Pengalaman

 

Dr. Baayah Baba yang merupakan penulis buku mendidik anak abad 21 satu pengalaman mendapat pendidikan awal di Melaka.

 

Mendidik-Anak-Abad-21

Kemudian melanjutkan pelajaran ke ITM dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Mendapat ijazah kepujian dalam bidang matematik dan kemudian-nya mendapat ijazah sarjana tertinggi dalam bidang Ekonomi dan pendidikan. Setelah itu, keinginan beliau untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburi telah membawa beliau ke United Kindom untuk mendapatkan ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi.

 

Sebagai pensyarah kanan di UiTM, Shah Alam beliau amat berminat dalam motivasi pelajar. Beliau banyak mengadakan ceramah motivasi di UiTM, kolej matrikulasi, politeknik dan di dewan serbaguna masyarakat setempat. Mempunyai empat orang anak yang dewasa, beliau memberi kebebasan bagi anak-anak dalam memilih bidang yang mereka suka. Sebagai ibubapa beliau yakin kita hanya perlu memberi dorongan secara positif bagi membimbing anak-anak kearah kejayaan.

 

Mendidik Anak Abad 21 : Satu Pengalaman Anak-anak yang mengikut kata, baik pekertinya menjadi igauan dan harapan semua ibu-bapa. Tidak semua orang dapat mendidik anak dengan mudah. Allah menduga manusia dengan cara yang berbeza. Kita diduga mengikut kemampuan dan tahap keimanan kita. Namun kita sebagai ibu-bapa tidak boleh berputus-asa.

 

Berusahalah sedaya upaya dan selainnya kita serahkan kepada yang maha esa. Antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam mendidik anak pada masa kini ialah masalah kewangan, tidak cukup masa untuk anak-anak, pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga terdekat dan cabaran teknologi masa kini. Dalam kaji selidik yang telah dijalankan di Lembah Klang tidak cukup masa, cabaran teknologi dan masalah kewangan menjadi masalah utama yang dihadapi oleh ibu bapa.

 

Ramai yang mengakui masalah kewangan telah mencuri masa mereka bersama anak-anak. Cabaran teknologi seperti kewujudan kafe siber memberi ruang kepada anak-anak untuk membuang masa. Seterusnya pengaruh rakan sebaya amat membimbangkan para ibu bapa. Walau bagaimanapun mendidik anak adalah satu usaha yang berterusan,ibu bapa perlu gigih dan tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan ini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mendidik Anak Abad 21 Satu Pengalaman”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close Menu
×
×

Cart