+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Susu Ibu Kurang Ketika Bayi 3 Bulan

Susu Ibu Kurang Ketika Bayi 3 Bulan

Susu Ibu Kurang Ketika Bayi 3 Bulan

Artikel tentang susu ibu kurang ini ditulis oleh Puan Zatiha Nani, kaunselor susu ibu di Lunatots.

‘ Risaunya saya, bayi sekarang baru masuk 3 bulan, tapi susu saya makin hari makin berkurang. Kenapa ya?’

Antara soalan yang sering diajukan oleh ibu ibu terutamanya ibu yang mula bekerja selepas cuti berpantang. Apa puncanya susu ibu berkurang pabila mula bekerja?

Punca susu ibu kurang yang pertama 1#

Tidur malam yang tidak cukup

Rata rata ibu yang bekerja berkata, waktu tidur malam berkurang selepas melahirkan bayi. Apatah lagi apabila perlu bangun pada waktu malam untuk menguruskan bayi seperti menukar lampin basah dan juga menyusukan bayi.

 

Ini belum lagi bayi bangun malam ajak sembang di awal pagi kan?

 

Pabila ibu tidak mendapat tidur yang cukup, ibu mula  keletihan pada waktu siang di pejabat. Keletihan akibat kurang tidur waktu malam ini antara punca penghasilan susu ibu kurang sewaktu sekembalinya bekerja.

Punca Kedua #2
Jadual pam yang tidak menentu juga boleh menyebabkan susu ibu kurang

Mengepam di pejabat merupakan rutin wajib bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Namun bukan sekadar mengepam, ibu perlu konsisten. Antara punca kesilapan yang ibu selalu lakukan ketika mengepam adalah:

  • Jarak masa mengepam terlalu jauh :4 @ 5 jam sekali

  • Waktu mengepam terlalu singkat : bawah 10 minit setiap satu payudara

  • Tidak konsisten mengepam di pejabat

Punca Susu Ibu Kurang #3
Tekanan yang dialami

Apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan pasti ada tekanannya tersendiri. Ibu harus pandai mengatasi tekanan yang tiba agar ianya tidak menggangu emosi ibu. Gangguan emosi  akibat tekanan ini akan menyebabkan badan kita tidak dapat mengeluarkan susu dengan betul.

Stress is a part of life. Stressors can vary in magnitude from daily hassles to traumatic events. Too much stress can harm our well-being. Chronic stress can contribute to the development of depression –by Cynthia Good Mojab, MS, LMHCA, IBCLC, RLC, CATSM

Punca Keempat #4
Nutrisi yang tidak mencukupi

Khasiat susu ibu bergantung kepada makanan yang diambil. Ibu disarankan untuk mengambil makanan seimbang supaya mendapat nutrien yang mencukupi. Namun, sekiranya ibu tubuh ibu tidak cukup nutrien, bagaimana pula dengan susu yang dihasilkan? Ibu bukan sahaja hasilkan susu yang kurang nutrien, bahkan susu juga sukar dihasilkan oleh badan ibu.

Punca Kelima #5
Pengambilan Air yang Kurang

air

Kompenan utama susu ibu adalah air. 88%  dalam susu ibu mengandungi air. Bayangkan jika ibu kurang minum air sepanjang hari? Adakah badan akan menghasilkan susu yang cukup dengan pengambilan air kosong yang terhad?

Punca Keenam#6
Pam Susu yang digunakan tidak selesa

Tidak dinafikan peranan pam susu kepada penghasilan susu ibu. Jika pam yang digunakan memberi rasa tidak selesa, sakit, bunyi bising dan membuatkan tangan lenguh, sedikit sebanyak mengganggu pengeluaran susu.

Pam yang menyakitkan memberikan emosi yang negatif kepada ibu dan membuatkan ibu tidak mahu teruskan perjalanan penyusuannya.

Baca di link ini pam yang di cadangkan oleh kaunselor (Klik sahaja)

Punca Ketujuh #7
Makanan yang dicatu

Tipulah jika ada ibu yang tak kisah berat badan bertambah di sebabkan sering kelaparan selepas menyusukan bayi dan juga mengepam. Ibu pasti risau hinggalah ada ibu buat catuan pada kuantiti makanan yang dimakan. Lebih parah lagi ada ibu diet karbohidrat, tak ambil nasi dalam menu harian mereka.

Akhirnya menyebabkan susu ibu semakin berkurang disebabkan catuan makanan yang salah.

=====

Seboleh bolehnya ibu elakkan punca penyebab susu menjadi kurang ini agar dapat meneruskan penyusuan susu ibu dengan jayanya walaupun selepas habis tempoh berpantang.

Teruskan penyusuan susu ibu dengan gembira dan bahagia ya ibu!

Amalkan The Milk Story Milk Booster, 3 cawan setiap hari untuk membantu pengekalan susu ibu ya!

susu ibu kurang

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart