Tips Susu Ibu..

Kisah Lunatots bermula dengan kegagalan Pengasas Lunatots, Puan Suraya Ali untuk menyusukan bayi.
Ianya pada tahun 2007. Selepas hampir 10 tahun, kini Lunatots berkongsi ilmu dan tips susu ibu.

Permulaan Lunatots sebagai laman kongsi tips susu ibu

Bayi pertama saya ketika itu tidak minum susu ibu kerana kami suami isteri tiada ilmu mengenainya.
Ketika hamil, saya sangkakan penyusuan itu mudah dan tidak membuat sebarang persiapan untuk menyusu.

Namun bila baby lahir, penyusuan tidak semudah yang disangka.
Baby menangis tak henti-henti, susu ibu pula dirasakan semakin sedikit.

Dalam usia satu minggu, bayi saya sudah minum susu formula!
Kerana tiada ilmu, saya sangkakan ianya normal untuk semua keluarga terutama ibu bekerjaya.

Sehinggalah saya terjumpa flyers Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan polisi penyusuan susu ibu Malaysia dimana “Semua bayi di bawah enam bulan hanya boleh minum susu ibu SAHAJA dan penyusuan diteruskan sehinggalah bayi berusia dua tahun”

 

Alamak kata hati saya.
Tapi anak saya tak minum susu ibu dah. Sedihnya rasa hati.
Tambah-tambah bila baca tentang bagaimana penyusuan susu ibu dapat mengurangkan risiko kepada pelbagai jangkitan lain.
Dengan kata lain, memberi anak minum susu tepung akan meningkatkan risiko-risiko jangkitan penyakit tersebut — betul tak?

Pencarian tips susu ibu bermula

Saya mula memburu ilmu di dunia Internet dan bukan Internet.
Pelbagai buku mengenai tips susu ibu saya beli dan baca serta hadami.
Ketika itu, hospital di Malaysia sedang giat melatih para doktor dan jururawat tentang penyusuan susu ibu supaya mereka dapat membantu ibu yang melahirkan bayi di hospital.

Saya belajar di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan mengambil ujian untuk menjadi kaunselor.
Seterusnya saya meneruskan kecintaan dalam dunia susu ibu dengan mengambil ujian untuk melayakkan menjadi antara konsultan susu ibu (IBCLC) di Malaysia.

Saya kembali menyusukan bayi dan memberhentikan susu tepung yang diambilnya serta merta.

Laman web tips susu ibu

Gemboranya hati bila saya dapat menyusukan bayi saya semula ketika usianya 2 tahun.
Ianya pencapaian besar untuk diri kami sekeluarga! Pastinya suami dan keluarga menjadi tulang belakang dan kekuatan untuk saya meneruskan impian menyusukan bayi secara penuh dengan susu ibu sahaja biarpun bekerja.

Sejak dari hari itu, saya berkongsi ilmu penyusuan di laman blog www.lunatots.com dan www.surayaali.com

 

Perkongsian di Nasi Lemak Kopi O pada Mei 2012

Berkongsi ilmu susu ibu di Malaysia

tips susu ibuPerkongsian ilmu di TV Al Hijrah Mei 2017

Kaunselor Susu Ibu

Kaunselor susu ibu, Puan Zatiha Nani Ishak berkongsi ilmu penyusuan untuk ibu bekerja di TV Al Hijrah

 Klik sini untuk menyertai kami di Facebook

 Klik icon ini untuk WhatsApp terus kepada tim Lunatots

 

Untuk sebarang urusan jemputan ceramah susu ibu, hubungi info@lunatots.com