Breast Pump Berbaloi Untuk Ibu

Ibu-ibu atau bakal-bakal ibu di luar sana masih berfikir-fikir sama ada breast pump berbaloi untuk ibu atau tidak? Ikuti artikel ini sementara anda masih berkira-kira di dalam kepala ya 🙂


Macam-macam perasaan bila adanya kehadiran cahaya mata di dalam mahligai yang dibina bersama pasangan masing-masing. Gembira dan gementar semestinya berpisah tiada. Mana tak nya, bukan mudah untuk mendapatkan nya, dan buat kali pertama pasangan yang baru menjadi ibu bapa baru, lagilah terasa debarnya, kan? Maka, pelbagai macam cara dan ilmu nak kena penuh di dada, dari pelbagai sudut.

Susu ibu adalah antara topik popular yang akan dicari. Dan bila berkata tentang susu ibu, pam susu ataupun breast pump menjadi tajuk carian popular para ibu juga. Persoalannya, adakah breast pump berbaloi untuk ibu untuk dibeli atau digunakan, lebih-lebih lagi jika ibu bertuah untuk sentiasa berdekatan dengan anak susuannya sepanjang masa?

Sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam, Cik Luna ingin membawa pembaca semua terlebih dahulu sedikit sebanyak mengenai pam susu ini dahulu ya 🙂

___

Jenis-jenis Pam Susu

breast pump berbaloi untuk ibu=1

Jenis Manual

Pam susu manual direka untuk memimik teknik marmet (perahan dengan tangan). (gambar dari internet)

breast pump berbaloi untuk ibu-2

Jenis Single Electric

Pam susu berkuasa elektrik yang menggunakan motor untuk mengepam sebelah dalam satu-satu masa. Hanya ada satu outlet untuk tiub susu. (gambar dari internet)

Pam Susu Cimilre F1 Rechargeable Double Breast Pump

Jenis Double Electric

Tidak seperti jenis single electric pump, jenis ini mempunyai 2 outlet untuk mengepam kedua-dua belah dalam satu masa.
(gambar dari internet)

breast pump berbaloi untuk ibu-4

Jenis Gred Hospital

Kebanyakan pam susu jenis gred hospital adalah jenis double electric. Perbezaan yang paling ketara adalah kapasiti motornya lebih tinggi daripada versi double pump yang biasa, memungkinkan untuk ibu-ibu di wad hospital menggunakannya secara serentak.
(gambar dari internet)

Mengapa Breast Pump Berbaloi Untuk Ibu Menggunakannya

Tidak dapat dinafikan lagi kehebatan susu ibu untuk anak-anak yang sedang membesar lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan susu formula. Namun, Cik Luna juga faham bukan semua individu yang bertuah dan ada rezeki untuk merasakan nikmat untuk menyusu badan ini.

Sesuai Untuk Ibu-ibu yang Berjauhan Untuk Anaknya Lebih Dari 3 Jam Sehari

Fungsi utama pam susu adalah untuk mengumpul susu perahan. Umumnya, anak-anak berumur 6 bulan ke bawah paling memerlukan susu ibu. Perut mereka masih belum matang untuk menerima makanan atau minuman selain daripada susu ibu.

Mengapa bayi bawah 6 bulan memerlukan susu ibu setiap 2-3 jam dalam sehari?

gambar dari theasianparents.com

Seperti yang anda dapat lihat di atas, perut bayi sangatlah kecil. Kejap saja kenyangnya. Sebab itulah bayi memang kerap menyusu. Dalam keadaan ini, ibu-ibu perlulah berada berdekatan dengan anak susuannya.

Tentunya bagi ibu-ibu bekerja, tidak ideal untuk mereka mengambil cuti materniti lebih lama daripada yang diperuntukkan mengikut undang-undang. Kadang-kadang, ibu yang tidak bekerja juga perlu meninggalkan anak lebih daripada 2-3 jam dalam situasi tertentu.

Dipetik dari Laman Facebook rasmi Lunatots

Jika situasi berjauhan ini terjadi, maka ibu-ibu perlu mempelajari teknik-teknik untuk menyimpan susu perahan, tempoh masa susu perahan boleh disimpan untuk dibawa kepada pengasuh dan sebagainya.

Untuk penggunaan yang tidak kerap dan ibu-ibu tidak ada masalah untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 30 minit untuk satu sesi mengepam satu belah payudara, pam susu jenis manual atau single electric sudah memadai.

Tidak salah juga jika ingin guna double electric untuk lebih memudahkan dan cepat. Pelaburan yang baik dan sangat berguna untuk masa hadapan.

Dengan cara yang betul dan selamat, pam susu dapat membantu ibu-ibu yang kekurangan susu badan

Dalam pengalaman Cik Luna membantu ibu-ibu menyusu, ada ibu bekerja yang berjauhan lama dengan anak dan memerlukan penyimpanan susu perahan yang banyak untuk memenuhi kuota. Kadang-kadang sampai ada yang sanggup dibelinya peti sejuk dan chiller berkapasiti besar macam dekat kedai!

Dan ada juga situasi yang agak unik di mana ibu susuan bukanlah ibu kandung anak tersebut, malah ada yang menjadi ibu susuan walaupun masih lagi anak dara dengan bantuan pakar perubatan.

Cik Luna juga faham kebimbangan ibu-ibu jika ditanya kenapa anak macam tak cukup minum susu bila asyik menangis. Anak anda mungkin sedang melalui fasa peralihan bulan misalnya.

Baca dengan lebih lanjut tentang fasa peralihan bulan atau growth spurt di sini [link]

Apa yang Cik Luna ingin sampaikan sebenarnya di sini ialah kes kurang susu badan ini adalah unik bagi setiap individu. Kaunselor atau Konsultan Laktasi lebih dapat membantu ibu-ibu mencari penyelesaian jika memang kuantiti susu badan ibu tidak normal.

Dan kes ibu yang kena berjauhan dengan anak dalam tempoh yang lebih lama (contohnya, bekerja luar kawasan dan mengambil tempoh yang lama; tempat yang ibu dan anak sedang kunjungi tidak ideal untuk beri direct feed; atau memang ibu memerlukan rangsangan lebih dengan kerap mengepam setelah dinasihatkan oleh pakar bertauliah untuk berbuat demikian) adalah situasi ideal yang menjadikan breast pump berbaloi untuk ibu.

Anggap Pam Susu Sebagai Pelaburan Ideal

Okay, kita tolak tepi pam susu jenis gred hospital. Yang itu memang tak ideal untuk kegunaan di rumah. Advance sangat XD

Tapi kalau jenis yang ada motor? Single ataupun double pump? Dengan insentif kerajaan untuk pembayar cukai (peruntukan pam susu elektrik bawah RM1000) dan persaingan diantara penjual pam susu elektrik yang banyak dan pelbagai platform di Malaysia?

Tidak mustahil jika anda dapat membeli set penuh pam susu double electric yang siap mod handsfree lagi tau dengan harga yang tepat!

Kalau beli dengan Lunatots, Cik Luna siap bagi free gifts lagi 😉 [link]

Pam susu yang bagus adalah pam susu yang mampu tahan lama dan tahan lasak bila digunakan berterusan selama 2 tahun berturut-turut. Jangan terkejut jika ada offer untuk jenama bagi double electric breast pump yang bagus dengan hanya sekitar RM500-RM600. Itu normal.

Sebab itu Cik Luna kata melabur untuk pam susu adalah satu pelaburan yang ideal, sebab ianya tahan lama. Jika anda ada rezeki untuk anak lagi di masa hadapan, cuma perlu simpan baik-baik. Jenama pam susu seperti Cimilre F1, Spectra, Medela dan seangkatan dengannya misalnya ada menyediakan khidmat servis penyelengaraan atau maintenance. Tak rugi melabur.

___

Sampai di sini sahaja celoteh Cik Luna. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu ibu bapa membuat pertimbangan sama ada untuk menggunakan pam susu atau tidak ya. Jumpa lagi di entri akan datang 😉


*DISCLAIMER: ARTIKEL INI SEKADAR BAHAN BACAAN AM DAN TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN.

Leave a Reply