You are currently viewing Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia Terbaru

Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia Terbaru

Anak-anak pasti teruja dengan kehadiran filem animasi tempatan yang penuh warna dan aksi! Tahun ini, industri kreatif tampil dengan Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia Terbaru yang mencuit hati dan sarat pengajaran. Jalan cerita yang menyeronokkan dan visual menarik menjadikan pengalaman menonton lebih bermakna. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga, filem ini pasti jadi pilihan si kecil!

Tahun 2025 menyaksikan kebangkitan hebat dunia animasi tempatan dengan pelbagai filem baru yang bukan saja menghiburkan, tetapi juga penuh nilai murni dan visual memukau. Dari kisah adiwira hingga ke dongeng klasik, filem-filem animasi kanak-kanak Malaysia terbaru ini pasti menceriakan masa lapang anak-anak dan ibu bapa. Jom kita tengok apa yang menarik!

TOP 4 Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia Terbaru | Hiburan Penuh Nilai dan Aksi!

1. Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) | Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia

Sumber: IMDb

Filem ini merupakan sambungan kepada kejayaan Ejen Ali yang pertama dan membawa penonton ke dalam misi lebih mencabar dan mendebarkan. Dalam Ejen Ali The Movie 2, Ali terpaksa berdepan ancaman teknologi baharu yang dikenali sebagai SATRIA dan musuh misteri bernama Neonimus. Filem ini diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin dan dihasilkan oleh WAU Animation, menampilkan animasi bertaraf antarabangsa, muzik dramatik ciptaan M. Nasir dan aksi yang lebih matang.

Dari segi sambutan, filem ini berjaya meraih kutipan melebihi RM50 juta dalam masa beberapa minggu. Ia membuktikan bahawa sokongan hebat daripada penonton tempatan. Kini filem ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. EATM2 turut menjadi bualan hangat di media sosial dengan pelbagai ulasan positif tentang jalan cerita dan kualiti animasi.

Bagi anak-anak yang meminati dunia ejen rahsia dan teknologi, siri komik Ejen Ali turut ditawarkan dengan kisah-kisah eksklusif dan ilustrasi menarik. Ia sangat sesuai untuk galakkan anak membaca dan berimaginasi tentang dunia penuh aksi.

2. Dongeng Sang Kancil | Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia

Sumber: eCentral

Kisah Sang Kancil yang bijak kini diberi nafas baharu dalam bentuk animasi moden. Dongeng Sang Kancil mengisahkan perjalanan seekor kancil yang ingin membalas dendam terhadap tiga haiwan besar iaitu Helang Perkasa, Gajah Belukar dan Raja Buaya selepas kematian ibunya. Berbeza dengan versi klasik yang lebih ringan, filem ini membawa suasana lebih dramatik dan sinematik.

Filem ini diarahkan oleh Ahmad Razuri Roseli dan Nik Ahmad Rasyidi, filem ini mencipta sejarah sebagai animasi Malaysia pertama menggunakan gabungan 2D dan 3D secara serentak (2.5D). Ia turut menggunakan teknologi bunyi Dolby Atmos, menjadikan pengalaman menonton lebih mendalam.

Ditayangkan di pawagam awal tahun ini dan kini boleh ditonton di Netflix, Dongeng Sang Kancil telah meraih kutipan lebih RM8 juta dan menerima pelbagai reaksi daripada penonton, ada yang terpesona dengan visual, dan ada juga yang merasakan jalan cerita agak berat untuk kanak-kanak kecil. Menarik bukan Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia Terbaru ini! Jangan Lupa tonton ye!

3. Keluang Man

Sumber: Suara TV

Siapa tidak kenal dengan adiwira tempatan yang unik ini? Keluang Man kini diadaptasi semula dalam bentuk filem live action yang bakal ditayangkan pada 29 Mei 2025. Filem ini mengangkat semula kisah Borhan, seorang pesakit mental dari Hospital Bahagia yang menjadi wira malam untuk melawan jenayah. Dengan gabungan elemen jenaka dan aksi, filem ini mengekalkan semangat parodi seperti dalam siri animasinya dahulu.

Menampilkan kostum baharu rekaan Roshfaizal Ariffin, filem ini diarahkan oleh beberapa nama hebat seperti Kamn Ismail dan Arjuna Ibnu Tapa. Trailer rasmi menerima sambutan luar biasa, dan ramai peminat menantikan kemunculan semula wira nostalgia ini di skrin besar. Walaupun lebih ditujukan kepada penonton remaja dan dewasa, elemen jenaka dan aksi yang ringan masih sesuai ditonton bersama anak-anak yang lebih besar.

4. Papa Zola: The Movie

Sumber: IMDb

Filem Papa Zola: The Movie dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 Disember 2025, bertepatan dengan musim cuti akhir tahun. Inisiatif itu dirancang oleh Monsta bersama Astro Shaw yang menempatkan Papa Zola iaitu watak yang sebelum ini muncul secara sampingan dalam filem BoBoiBoy. Watak Papa Zola ini sering muncul sebagai watak sampingan yang kelakar dalam cerita BoBoiBoy bersiri.

Watak popular dari dunia TV pendidikan ini kini tampil dalam filem animasi yang dijangka menggabungkan humor, pendidikan dan pengembaraan. Papa Zola dikenali dengan cara mengajar yang kelakar dan penuh semangat, dan filem ini membawakan satu pengembaraan luar biasa bersama watak-watak yang lucu dan menghiburkan.

Walaupun belum banyak maklumat terperinci dikeluarkan oleh penerbit, kehadiran Papa Zola pastinya akan mencuri hati anak-anak yang membesar dengan jenaka ikoniknya. Jika anda peminat Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia seperti Papa Zola ini, pastikan tandakan tarikh 11 Disember 2025. Ini kerana ia akan menjadi saat paling dinanti untuk melihat watak “guru yang kelakar” ini bersinar sebagai bintang utama di layar perak!

Sementara menunggu tayangan, kisahnya ada diangkat dalam bentuk komik BoBoiBoy penuh warna juga mudah dibaca. Komik ini amat sesuai untuk galakkan minat membaca anak-anak sambil diketengahkan nilai-nilai positif.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Filem Animasi Kanak-Kanak Malaysia Terbaru. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Penafian:  Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply