You are currently viewing Pam Susu Terbaik 2019 (Breastpump Terbaik) Review Lunatots

Pam Susu Terbaik 2019 (Breastpump Terbaik) Review Lunatots

Pam Susu Terbaik 2019 (Breastpump Terbaik) Review Lunatots

Ramai ibu muda bertanya kepada Cik Luna tentang pam susu terbaik 2019 ataupun lebih mudah disebut breastpump terbaik.

“Bulan Februari ni banyak pulak yang order dekat kita breastpump. Dah macam ada musim pulak. Eh 😆” begitulah perbualan tempoh hari antara Cik Luna dengan rakan sekerja Cik Luna yang lain.

Jadi dalam artikel ini, saya terangkan ya supaya dapat mudahkan ibu buat keputusan ketika membeli pam susu elektrik yang diidamkan.

Beli pam susu ni bukan setiap hari. Dan kalau boleh nak beli yang elok terus sebab nak pakai lama. Baby breastfeed pun dua tahun kan.

Pam Cimilre ialah pam susu terbaik kerana ianya ‘heavyduty’

Pam susu adalah saaaangat penting untuk ibu bekerja.
Ibu menyusu mengambil banyak masa untuk mengepam.
Ianya kerana 3 jam sekali kita akan mengepam susu.

Pelanggan Lunatots
Ibu Menyusu

Kebiasaannya, tempoh menyusu dengan pam elektrik akan mengambil masa dalam 20 hingga 30 minit dalam satu-satu masa. Tapi, jangka masa bekerja orang kita di Malaysia selalunya dalam tempoh 8 jam (contohnya 8.30 pagi ke 5.30 petang).

Lunch hour break pun dalam sejam je. Ibu-ibu yang mengamalkan penyusuan ekslusif akan mengepam sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Bila dah kena seimbangkan antara kerjaya dan memenuhi kehendak si kecil, maka mula lah rasa stress itu tiba. Pengeluaran susu badan akan drop banyak bila ibu dalam keadaan tertekan.

Sebab tu pam susu terbaik jenis elektrik sangat popular, lagi – lagi jenis pam yang handsfree tu. Boleh la nak buat kerja multi-tasking kan?

So… Ada apa dengan Cimilre F1?

Macam yang Cik Luna highlight tadi, pam Cimilre F1 ialah pam susu heavy duty. Kenapa heavy duty? Merujuk kepada kamus Oxford, dia highlight “designed to withstand the stresses of demanding use.” “Stress” dan “demand” memang berpisah tiada 😆.

Memenuhi demand la kan kalau boleh bertahan 3 kali pam sehari selama 2 tahun berturut-turut?

Di sini, kami kepilkan spesifikasi produk ini untuk highlight review kami seterusnya:


Pam Susu Terbaik

Daripada spesifikasi di atas, review kami di Lunatots untuk pam susu terbaik ini ialah:

  • Bentuk yang begitu COMEL sangat mudah untuk dibawa ke pejabat;
  • Tak berat, ada bateri build;
  • Ada hands-free mode;
  • Tahan lama;
  • LCD screen (boleh monitor tahap kelajuan sedutan), ada stimulate dan expression mode, ada timer boleh berhenti sendiri bila dah cukup 30minit pam susu;;
  • very little noise

Reka bentuk yang comel, ringan dan ada battery build.

Kalau tengok dalam gambar, kecil je kan? Ada la dalam besar tapak tangan sahaja. Butang dia pun cute je; pink colour. So, mudahlah ibu – ibu nak bawa ke pejabat. Tak nampak bulky beg nanti. Plus, berat dia dalam 250g dan kita boleh charge ia penuh sebelum bawa ke mana-mana, in case kalau kena pergi tempat yang tidak ada plug point nak charge kan?

Macam nak pergi mesyuarat atau menghadiri seminar mahupun perlu memandu sepanjang hari.

Ada hands-free mode

Zaman ni, semua benda nak kena cepat, kan? Kadang-kadang tak cukup tangan nak buat semua benda dalam satu-satu masa. Cimilre F1 membantu di pejabat. Biar je tangan dengan mata fokus dekat monitor PC tu sambil menaip key in data entry sambil pam. Multi-tasker gituu 😆

Testimoni seorang ibu multitasker

“OK sgt…sambil duk sambil buat kerja bagai…laju je tgn tekan keyboard”

Ibu Multi-tasker

Breastpump Terbaik Cimilre Tahan lama

Life span untuk pam susu Cimilre tahan lama dengan syarat mesti jaga elok-elok, contohnya basuh dan keringkan komponen macam valve, tubing dengan cara yang betul. Sama seperti kita jaga peralatan elektronik yang lain kan?

Pam ini juga tak mudah rosak namun kena pastikan cara basuh dan pasang komponen seperti tertera di manual dan demonstrasi. Warranty ada dalam 1 tahun, bermula dari tarikh due date ibu bersalin. Boleh je kalau ibu nak beli dahulu sebelum due date.

Dapatkan pam susu terbaik Cimilre F1 di laman web Lunatots (klik sahaja).

Cimilre Sangat Senyap Pamnya

Tahap bunyi untuk Cimilre F1 ni 45 db sahaja. Tahap bunyi yang selamat ialah 85 db selama 8 jam. Jadi bunyi pam Cimilre memang sangat senyap demi kesejahteraan sejagat terutama di pejabat mahupun didalam mesyuarat

Setia Bersama Cimilre

Kami di Lunatots sedar yang banyak lagi produk-produk pam susu elektrik bersaing di pasaran. Namun, kami masih menyarankan produk Cimilre F1. Ini kerana berdasarkan pengalaman pengguna, response time ke customer service sangatlah cepat.

Semasa di dalam tempoh waranti, pengguna boleh samada call direct hotline, whassapp atau terus ke service center di Puchong. Kalau tak dapat pergi sendiri, pos barang yang nak digantikan tu ke sana pun boleh.

Bagaimana Lunatots menjual pam susu Cimilre F1 ni?

Harga yang Lunatots tawarkan adalah saaaaaaaaaaangat istimewa. Kalau beli dengan harga yang Lunatots tawarkan, kit kami termasuklah:

  • 2 breast shield set (1 set ada 1 corong breast shield, 1 silicone head, 1 backflow protector, 1 hose, 1 botol susu)
  • 2 hands-free breast shield (reka bentuk yang berbeza dengan breast shield biasa seperti yang disebut di atas)
  • 1 electric breast pump
  • 1 power adaptor
  • Dan…

Pam Cimilre dari Lunatots dapat free handsfree kit!
Kalau beli asing, handsfree kit ni berharga dalam RM130.
Namun dalam set dari Lunatots ini dapat percuma tauuuuuu.
Sekali dalam pakej!

Cimilre handsfree ini boleh digunakan bersama-sama dengan sebarang pam yang mempunyai tiub seperti Medela Freestyle, Spectra, Autumnz andaikata ibu-ibu hanya berkenan nak beli breastpump sahaja.

Jika ibu-ibu mahu terus berhubung dengan Cik Luna, klik guna phone untuk WhatsApp terus  ya disini!

Boleh tonton video breastpump terbaik – Cimilre ulasan Puan Zatiha Nani, kaunselor susu ibu ini ya.

This Post Has One Comment

  1. Aida

    Blh ws saya tak 0172191548..sy nak tahu lwbih lanjut pasal breast pump ni.

Leave a Reply