Ibu hamil sering mengalami ketidakselesaan ketika tidur akibat perubahan fizikal yang berlaku. Posisi tidur ibu hamil yang betul sangat penting untuk memastikan keselesaan dan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan. Tidur dalam posisi yang salah boleh menyebabkan sakit belakang, sesak nafa atau gangguan peredaran darah. Oleh itu, ibu hamil perlu mengetahui posisi tidur yang disarankan bagi mendapatkan rehat yang berkualiti.

Seiring dengan perkembangan kehamilan, ibu hamil mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur yang nyenyak akibat perubahan saiz perut, sakit belakang, atau tekanan pada organ dalaman.Oleh itu, posisi tidur yang disarankan bagi para ibu untuk membantu melancarkan peredaran darah ke plasenta dan mengurangkan tekanan pada hati serta ginjal. Posisi ini juga dapat mengelakkan risiko pembengkakan pada kaki dan tangan akibat penahanan cecair dalam badan.
Sebaliknya, ibu hamil digalakkan juga mengetahui cara tidur yang betul terutama selepas trimester kedua. Jika sebaliknya, ia boleh memberi tekanan pada saluran darah utama dan menyebabkan penurunan aliran darah ke jantung dan bayi. Ini boleh mengakibatkan pening, sesak nafas, dan penurunan kadar oksigen kepada janin.
Bolehkah ibu hamil tidur telentang dan tertiarap?

Tidur telentang selepas trimester kedua boleh memberi tekanan pada inferior vena cava, iaitu saluran darah besar yang membawa darah dari bahagian bawah badan ke jantung. Tekanan ini boleh mengurangkan aliran darah ke jantung dan janin, menyebabkan pening, sesak nafas, tekanan darah rendah, dan kesan negatif pada pertumbuhan janin. Dalam kes tertentu, ia boleh meningkatkan risiko kelahiran mati akibat aliran oksigen yang tidak mencukupi kepada bayi.
Tambahan, posisi ini akan memberikan tekanan pada tulang belakang, otot belakang, usus dan organ lain. Selain itu, adalah penting untuk mengelakkan tidur meniarap selepas minggu ke-20, kerana penyelidikan mencadangkan ia adalah faktor risiko yang penting untuk kematian bayi sewaktu lahir. Direkodkan bahawa 1 daripada 4 wanita hamil tidur dalam keadaan terlentang.
Bagi ibu hamil, tidur dalam keadaan meniarap sememangnya tidak selesa dan tidak praktikal untuk ibu mengandung. Selain ketidakselesaan, kedudukan ini boleh menekan rahim dan organ serta menghalang pernafasan. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk mengelakkan tidur meniarap semasa mengandung.
Bagaimana posisi tidur yang disarankan untuk ibu hamil?
1- Tidur miring ke kiri
Posisi tidur mengiring ke kiri sangat disarankan untuk ibu hamil. Tidur dalam posisi ini membantu meningkatkan aliran darah dan nutrisi ke plasenta, memastikan janin menerima oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Selain itu, posisi ini mengurangkan tekanan pada hati yang terletak di sebelah kanan perut, serta membantu fungsi ginjal dalam mengurangkan pembengkakan pada kaki dan tangan.
2- Tidur miring ke kanan
Walaupun tidur mengiring ke kiri lebih disarankan, tidur mengiring ke kanan juga boleh menjadi pilihan yang selesa bagi sesetengah ibu hamil. Posisi ini masih membantu dalam melancarkan aliran darah, namun mungkin memberikan sedikit tekanan pada hati. Oleh itu, adalah baik untuk mengubah posisi antara kiri dan kanan untuk mengelakkan ketidakselesaan dan memberikan rehat kepada kedua-dua belah badan.
3- Tidur dengan posisi setengah duduk
Bagi ibu hamil yang mengalami masalah asid refluks atau sesak nafas, tidur dalam posisi setengah duduk boleh membantu. Dengan menyandarkan badan atas menggunakan beberapa bantal, posisi ini membantu mengurangkan tekanan dari rahim yang membesar pada diafragma dan saluran pernafasan, memudahkan pernafasan dan mengurangkan rasa pedih ulu hati.
Bagaimana Cara Untuk Mencari Kedudukan Tidur yang Selesa Semasa Mengandung?

Menemui posisi tidur yang selesa semasa perubahan badan sewaktu kehamilan boleh jadi mencabar. Berikut ialah beberapa petua berguna:
- Gunakan bantal secara strategik: Boleh gunakan bantal U Shape dan letakkan bantal di bawah perut, belakang badan dan antara kaki untuk keselesaan tambahan. Tambahan, para ibu perlu cuba tidur di sebelah kiri atau kanan atau dalam keadaan baring untuk mencari posisi tidur yang paling sesuai.
2. Gunakan bantal kehamilan: Bantal khusus menawarkan sokongan tambahan, membantu keselesaan dalam pelbagai posisi. Untuk duduk di atas kerusi pula, ibu digalakkan untuk menggunakan seat cushion yang lembut untuk duduk dengan lebih selesa.
3. Tinggikan bahagian atas badan: Bantal baji atau meninggikan bahagian atas badan dengan bantal boleh mengurangkan pedih ulu hati dan acid reflux.
4. Laraskan suhu bilik: Mengekalkan suhu bilik tidur yang sejuk dan selesa menggalakkan tidur yang lebih lena. Para ibu juga boleh memakai stokin yang selesa untuk ibu hamil bagi mengelakkan kaki terlalu sejuk.
Tingkatkan Kualiti Tidur Anda dengan Tilam Selesa Bamboo!
Nikmati tidur yang lebih lena dengan tilam berkualiti tinggi yang direka khas untuk sokongan tulang belakang dan keselesaan maksima. Diperbuat daripada material bamboo yang sejuk dan breathable, tilam ini sesuai untuk ibu hamil dan mereka yang mengalami sakit belakang. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tilam impian anda hari ini! Dapatkan sekarang di Shopee: Klik sini
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Posisi Tidur Ibu Hamil. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.