+6010-241 4050 | info@lunatots.com

Pasangan Khai dan Rosma Terima Kelahiran

“Syukur Alhamdulillah”-Tahniah Buat Khai dan Rosma Kelahiran Anak Baru

“Good Morning Semua… Syukur Alhamdullillah… Anak perempuan kami “Nur Alya Dhania” selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48pm berat 2.8kg.”

Ujar Khai dan Rosma kelahiran anak baru dari Akademi Fantasia Musim 1 (AF1) dari laman media sosial Instagramnya “khai_rosma” sempena kelahiran anak yang baru sahaja dilahirkan pada 11 April 2019 baru-baru ini.

Khai, atau nama sebenar Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi merupakan bekas peserta rancangan popular rancangan Akademi Fantasia Musim 1.

Penyanyi yang kemudiannya terkenal dengan lagu “Dambaan Pilu” mendirikan rumah tangga bersama-sama dengan seorang lagi bekas peserta rancangan yang sama, iaitu Rosma (nama sebenar Rosmayati Sidik) pada bulan April 2008.

Khai dan Rosma Kelahiran Anak Baru

Pasangan Khai dan Rosma kemudiannnya menjadi pengasas kepada produk supplement pemakanan Magic Slims dengan jenama “MS Sena Ros.”

Warga kerja Lunatots ingin mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata dan menumpang kegembiraan buat Khai dan Rosma kelahiran anak baru.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat menceriakan lagi kehidupan sekeluarga Khai dan Rosma dalam meniti perjalanan sebagai ibu bapa dan sentiasa dilindungi di bawah rahmat-Nya.

Sekian dari kami Lunatots, “Your Parenting Partner”

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart