You are currently viewing “Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq” – Tahniah Buat Pasangan Samtilla Sempena Kelahiran Anak Perempuan
Pasangan Samtilla (sumber gambar dari malaymail.com)

“Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq” – Tahniah Buat Pasangan Samtilla Sempena Kelahiran Anak Perempuan

“Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq” – Tahniah Buat Pasangan Samtilla Sempena Kelahiran Anak Perempuan

Tepat pada 9.15 pagi, 17 April 2019, bayi kedua pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dilahirkan di hospital KPJ Ampang Puteri. Berita tersebut disebarkan menerusi laman Instagram Sam @shaheizy_sam.

 

Berita gembira tersebut juga disebarkan melalui laman Instagram rasmi pasangan yag sinonim dengan nama “Samtilla.”

 

Anak perempuan kelahiran kali ini merupakan anak kedua milik pasangan bahagia tersebut. Kelahiran kali ini lebih bermakna apabila tarikh bayi tersebut berkongsi dengan tarikh hari jadi ibu Sam.

Sam Shaheizy, atau nama sebenarnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad merupakan aktor terkenal tanahair dan telah pun membintangi pelbagai filem popular seperti Adnan Sempit, Polis Evo dan sebagainya. Beliau kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama dengan Syatilla, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin, seorang pelakon, model, dan juga pengasas produk kecantikan dengan label ‘Suci Serum by Syatilla Melvin.’

Pasangan SamTilla
Pasangan Samtilla (sumber gambar dari malaymail.com)

 

Warga kerja Lunatots ingin mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata dan menumpang kegembiraan buat Sam dan Syatilla.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat menceriakan lagi kehidupan sekeluarga Sam dan Syatilla dalam meniti perjalanan sebagai ibu bapa dan sentiasa dilindungi di bawah rahmat-Nya.

Sekian dari kami Lunatots, “Your Parenting Partner”

Leave a Reply