You are currently viewing Aliff Syukri Latih Anak Berniaga

Aliff Syukri Latih Anak Berniaga

Dato’ Aliff Syukri sekali lagi mencuri tumpuan, tapi kali ini bukan kerana kontroversi atau produk baru. Ramai yang tertarik bila melihat bagaimana Aliff Syukri latih anak berniaga sejak kecil lagi. Bukan setakat suruh-suruh, tapi anak-anaknya dilibatkan terus dalam urusan jual beli. Pendekatan ini nampak santai, tapi sebenarnya penuh nilai didikan. Jom kita lihat bagaimana cara ini boleh beri inspirasi kepada ibu bapa di luar sana.

Aliff Syukri Latih Anak Berniaga
Sumber: Oh Bulan

Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri sekali lagi jadi bualan ramai, kali ini bukan kerana produk atau kontroversi, tetapi kerana pendekatannya melatih anak-anak berniaga. Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, beliau dilihat melibatkan anak-anaknya dalam jual beli, khasnya anak lelaki sulungnya, Ammar. Pendekatan tegas Aliff menerima reaksi bercampur daripada netizen, ada yang memuji, ada juga yang rasa kurang selesa.

“Tegas Tapi Berniat Mendidik”

Pendekatan Tegas Dalam Didikan | Aliff Syukri Latih Anak Berniaga

Dalam video yang tular, Aliff Syukri dilihat menegur anaknya kerana tidak menunjukkan semangat ketika menjual beg tangan secara live. Beliau berkata, “Kalau awak tak semangat, orang pun tak nak beli.” Bagi Aliff, perniagaan memerlukan keyakinan dan keberanian, dan semua itu perlu diasah sejak kecil. Meskipun gaya didikannya dilihat tegas, niat beliau adalah untuk membina jati diri dan keberanian anak-anak dalam menghadapi dunia sebenar.

Reaksi Netizen: Aliff Syukri Latih Anak Berniaga

Sumber: Selebriti Fans Channel

Pendekatan ini menerima reaksi berbeza. Ada yang menyokong dengan mengatakan ia adalah satu cara mendidik anak berdikari dan berani berniaga, malah sesuai dengan dunia sekarang yang serba kompetitif. Namun, ada juga yang bimbang cara ini boleh memberi tekanan kepada anak yang mungkin masih belum bersedia, atau mempunyai personaliti yang lebih pemalu. Perdebatan ini membuka mata ramai tentang pentingnya keseimbangan antara ketegasan dan empati dalam mendidik.

Pada pandangan Cik Luna secara peribadi bersetuju dengan pendekatan Dato’ Aliff Syukri. Dunia sekarang tidak sama seperti dulu. Anak-anak perlu didedahkan dengan realiti dan cabaran sejak awal, supaya mereka lebih kuat mental dan tidak mudah mengalah. Walaupun nampak tegas, didikan sebegini sebenarnya membentuk disiplin dan keberanian yang sangat penting dalam kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang keusahawanan.

Tambahan pula, bila anak-anak dilatih secara praktikal melalui platform seperti siaran langsung, mereka bukan sahaja belajar berniaga, tetapi juga belajar berkomunikasi, mengurus tekanan, dan menggunakan teknologi dengan bijak. Kalau dididik dengan bimbingan dan kasih sayang, pendekatan tegas ini bukan menekan, malah membina karakter dan keyakinan diri anak-anak untuk masa depan yang lebih cerah.

Mencari Duit Itu Susah | Asbab Aliff Syukri Ajar Anak Berniaga Awal

Sumber: Hot FM

Ramai yang melihat Dato’ Aliff Syukri sebagai seorang jutawan dengan gaya hidup mewah, tetapi tidak ramai tahu bahawa beliau bermula dari bawah, penuh kesusahan dan kecekalan. Sejak kecil, beliau sudah pandai mencari duit sendiri. Ketika masih bersekolah rendah dan tinggal bersama nenek di Sabak Bernam, beliau menjual jeruk mempelam dan jambu yang dipetik sendiri.

Bukan itu sahaja, beliau juga membungkus lalu dijual kepada rakan-rakan sekolah dengan harga 10 hingga 20 sen. Ketika remaja pula, beliau menjual kerongsang, tudung dan jamu dari rumah ke rumah tanpa rasa malu.

Disebabkan pernah merasai sendiri betapa sukarnya mencari rezeki, Aliff Syukri kini mahu anak-anaknya memahami nilai wang dan usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkannya. Beliau tidak mahu anak-anaknya hanya tahu meminta, tetapi tidak tahu bagaimana untuk berusaha. Sebab itulah beliau mengambil pendekatan melibatkan anak-anak dalam dunia perniagaan sejak kecil agar mereka tidak lalai dengan kesenangan, dan belajar berdikari.

Dengan mengajar anak berniaga secara praktikal, seperti melalui siaran langsung dan aktiviti jual beli, Aliff berharap mereka akan faham bahawa duit tidak datang dengan mudah. Ini juga jadi sebab beliau tegas – kerana beliau tahu bagaimana rasanya bermula dari kosong.

Perniagaan & Teknologi: Kombinasi Wajib Zaman Sekarang | Aliff Syukri Latih Anak Berniaga

Dalam dunia bisnes hari ini, bukan sekadar ilmu yang penting malah peralatan pun main peranan besar, terutama dalam jualan secara live streaming. Nak contohi Aliff Syukri Latih Anak Berniaga? Untuk bantu anak-anak berniaga secara lebih profesional dan menyerlah, tiga peralatan ini sangat berguna:

1. Microphone Wireless | Aliff Syukri Latih Anak Berniaga

Audio yang jelas dan tanpa gangguan penting semasa sesi live. Microphone Wireless ini memberi kebebasan bergerak sambil mengekalkan kualiti suara, sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar berkomunikasi dengan yakin.

2. Phone Holder

Untuk hasil rakaman yang stabil dan tidak goyang, Phone Holder sangat diperlukan. Ia juga membolehkan anak fokus pada persembahan tanpa perlu pegang telefon sepanjang masa.

3. Ring Light

Cahaya yang baik membantu menaikkan seri video. Ring Light mampu membuatkan produk nampak lebih menarik dan muka si kecil pun nampak lebih berseri semasa bercakap dengan penonton.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Aliff Syukri Latih Anak Berniaga. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Penafian:  Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply