You are currently viewing Love Language Ibu Bapa

Love Language Ibu Bapa

Tuan dan puan mesti pernah dengar kan mengenai love language ibu bapa? Seperti yang anda semua tahu, anak-anak yang kurang perhatian dan kasih sayang ini boleh menyebabkan mereka mudah merajuk, menangis dan paling teruk lagi anak-anak akan buat perangai. Sebagai ibu bapa, anda semestinya tidak mahu perkara tersebut kerap berlaku, bukan? Sakit kepala memikirkannya nanti.

Banyak sangat cara yang ibu bapa boleh lakukan untuk tunjukkan kasih sayang mereka kepada anak-anak, antaranya ibu bapa boleh memberikan hadiah yang cantik kepada mereka. Jadi, melalui posting kali ini Cik Min akan berkongsi dengan anda semua tentang love language ibu bapa. Info yang berguna ini Cik Min dapatkan daripada Telegram Nota Redza Zainol.

Love Language Ibu Bapa
Gambar sekadar ilustrasi

5 Tips Love Language Ibu Bapa

Di sini, Cik Min sertakan tips-tips love language yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tips ini sedikit sebanyak dapat membantu menenangkan emosi anak-anak dan membantu mereka lebih ceria menjalani kehidupan seharian. Ibu bapa juga boleh membaca artikel yang Cik Min kongsikan sebelum ini iaitu kanak-kanak menjadi beremosi, boleh rujuk pautan di sini.

Love Language Ibu Bapa
Gambar sekadar ilustrasi

1. Physical Touch – Melalui Sentuhan

Sebagai ibu bapa, anda semestinya tahu anak-anak memang suka sekiranya ibu bapa sering menunjukkan kasih sayang mereka melalui sentuhan. Misalnya, apabila anak-anak mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan atau memperoleh apa jua kejayaan, ibu bapa perlulah memeluk erat anak-anak untuk menzahirkan ucapan tahniah tersebut. Secara tidak langsung, anak-anak akan merasa lebih disayangi dan dikasihi oleh ibu bapa.

Anak-anak juga akan berasa termotivasi dan seterusnya mereka akan cuba memperoleh lebih banyak kejayaan yang lain pada masa hadapan.

2. Love Language Ibu Bapa Act of Service – Melalui Khidmat

Pelbagai cara lain yang ibu bapa boleh lakukan untuk menterjemahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak, antaranya melalui khidmat. Ibu bapa tidak semestinya melihat saja anak-anak melakukan sesuatu perkara. Ibu bapa mestilah membantu anak-anak tersebut seperti memberi tunjuk ajar dalam pembelajaran anak-anak.

Melalui khidmat yang diberikan tersebut dapat menunjukkan penghargaan anda kepada anak-anak dan mereka pun akan berasa senang hati.

3. Words of Affirmation – Pujian dan Kata Semangat

Kata-kata yang baik dan positif daripada ibu bapa kepada anak-anak mampu membuatkan mereka berasa lebih disayangi. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui pujian dan kata semangat yang ibu bapa ucapkan, mampu membina keyakinan yang membuak-buak dalam diri anak-anak. Ucapan yang ibu bapa boleh katakan tidak semestinya panjang namun, cukup hanya dengan ucapan “tahniah”, “terima kasih” dan “ibu/ayah bangga dengan kamu” sudah memadai bagi mereka.

Anak-anak yang berasa diri mereka disayangi akan lebih menyayangi diri mereka sendiri.

4. Receiving Gift – Hadiah dan Kejutan

Sebagai ibu bapa, perkara yang boleh anda lakukan untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada anak-anak ialah melalui pemberian hadiah atau kejutan. Anak-anak memang suka dengan hadiah tidak kira apa-apa pun. Mereka berasa lebih dihargai sekiranya ibu bapa memberi mereka hadiah mainan atau hadiah lain yang menjadi idaman mereka.

5. Quality Time – Masa yang Berkualiti

Umumnya mengetahui, ibu bapa sangat sibuk dengan urusan seharian seperti bekerja atau melakukan urusan di rumah. Namun, sebagai ibu bapa anda perlu meluangkan masa anda dengan anak-anak. Misalnya, ibu bapa duduk dan bertanyakan kepada anak-anak tentang perkembangan mereka atau membawa anak-anak pergi bercuti. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa seronok dan gembira!

Menurut laman web The Asian Parent, ibu bapa di luar sana, mestilah tahu untuk memilih mana satu love language yang sesuai untuk anak-anak supaya anak-anak berasa disayangi. Ini juga dapat mengelakkan anak-anak berasa kosong dan mudah memberontak. Jadi, love language yang mana satu yang boleh anda terapkan terhadap anak anda?

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tipstips keibubapaan, sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca artikel yang menarik.

Klik di sini untuk baca artikel mengenai anak tak mahu makan.

Sekian sahaja daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply