You are currently viewing Trend Gentle Parenting 2025

Trend Gentle Parenting 2025

Trend Gentle Parenting 2025 bukan sekadar teknik mendidik, ia adalah gaya hidup dan prinsip yang menekankan hubungan, komunikasi, dan kesedaran emosi. Artikel ini akan mengupas kenapa trend ini semakin relevan, serta memperkenalkan beberapa produk yang boleh menyokong ibu bapa dalam perjalanan membesarkan anak dengan lebih tenang dan berkesan.

Mendidik Dengan Lembut, Membina Anak Yang Kental

Trend Gentle Parenting 2025
Sumber: Pinterest

Tahun demi tahun, pendekatan keibubapaan terus berevolusi. Jika dahulu tegas dan disiplin ketat menjadi keutamaan, kini dunia mula membuka mata terhadap pendekatan yang lebih lembut dan penuh empati . Kini trend ini dikenali sebagai gentle parenting. Pada tahun 2025, trend ini dijangka terus meningkat, terutamanya dalam kalangan ibu bapa muda yang celik informasi dan prihatin terhadap perkembangan emosi anak.

Apa Itu Gentle Parenting?

Gentle parenting ialah pendekatan keibubapaan yang berlandaskan kesabaran, penghormatan terhadap perasaan anak, dan bimbingan yang konsisten tanpa hukuman keras. Ia berbeza daripada pendekatan tradisional yang lebih menekankan autoriti dan kawalan.

Antara prinsip asas gentle parenting:

1. Mendengar dan memahami emosi anak.

2. Menetapkan had dengan penuh kasih sayang.

3. Tidak menggunakan hukuman fizikal atau kata-kata yang merendahkan.

4. Mendidik anak untuk menjadi bijak mengurus emosi, bukan sekadar mematuhi arahan.

Pendekatan ini bukan bermakna ibu bapa membiarkan anak ‘ikut suka’, sebaliknya mereka diajar dengan penuh hormat tentang tanggungjawab, kawalan diri, dan pilihan yang bijak.

Trend 1: Pendidikan Emosi Anak Jadi Keutamaan

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, keupayaan anak untuk mengurus emosi menjadi sama penting dengan kecerdasan akademik. Ramai pakar perkembangan kanak-kanak bersetuju bahawa kebolehan anak menamakan, memahami dan mengawal emosinya merupakan asas kepada keyakinan diri, kemahiran sosial dan kesihatan mental.

Pada tahun 2025, ibu bapa mula mengutamakan emosi anak sama seperti fizikal dan akademik. Mereka tidak lagi cepat menyuruh anak “jangan menangis” atau “diam, malu orang tengok”. Sebaliknya, mereka cuba memahami sebab di sebalik emosi itu seperti adakah anak penat? Terluka hati? Takut?

Contohnya, apabila anak tantrum, Trend Gentle Parenting 2025 mengajar kita untuk:

1. Duduk dan tenangkan anak dahulu.

2. Kenalpasti perasaan mereka: “Adik sedih sebab mainan rosak, ya?”

3. Ajar cara menenangkan diri: bernafas perlahan, peluk, atau gunakan objek comfort.

Produk disarankan:

Trend Gentle Parenting 2025

Untuk bantu proses ini, flashcard anak yang memfokuskan emosi sangat membantu. Flashcard ini selalunya menunjukkan ekspresi wajah dan nama emosi seperti “marah”, “gembira”, “takut”, atau “penat”. Anda boleh gunakan setiap hari dalam sesi bercerita atau waktu sebelum tidur. Ia kelihatan ringkas, tapi sangat besar impaknya dalam membina EQ (Emotional Intelligence) anak-anak sejak usia muda.

Trend 2: Pendidikan Spiritual Bermula Sejak Awal | Trend Gentle Parenting 2025

Nilai spiritual bukan lagi sesuatu yang boleh ‘ditangguh’ untuk diajar kepada anak-anak. Malah, ramai ibu bapa kini percaya bahawa nilai akhlak dan spiritual perlu dibentuk seiring dengan perkembangan emosi dan kognitif, bukan selepas semuanya terbentuk. Tahun 2025 bakal menyaksikan lebih banyak keluarga mula menekankan pendekatan didikan iman sejak kecil, seiring dengan prinsip gentle parenting.

Apa yang menarik, pendekatan Trend Gentle Parenting 2025 dalam aspek spiritual tidak memaksa anak menghafal tanpa faham, atau mengugut dengan dosa dan pahala tapi lebih kepada:

1. Mengenalkan anak kepada konsep Tuhan yang penuh kasih.

2. Menyerapkan rasa syukur dan hormat terhadap ciptaan-Nya.

3. Menggalakkan akhlak baik melalui kisah teladan.

Produk disarankan:

Trend Gentle Parenting 2025

Kaabah Neelofa ialah satu contoh mainan edukatif yang sesuai dengan prinsip ini. Ia bukan hanya replika Kaabah, tetapi disertakan dengan aktiviti interaktif yang membolehkan anak belajar tentang haji, solat dan masjid dengan cara yang mesra kanak-kanak. Lebih menarik, sesi bermain ini boleh menjadi ‘bonding moment’ yang mempererat hubungan ibu bapa dan anak.

Trend 3: Ibu Bapa Semakin Menjaga Emosi Diri Sendiri | Trend Gentle Parenting 2025

Trend gentle parenting 2025 bukan sahaja tentang anak tapi ia bermula dengan ibu bapa. Jika kita mahu membesarkan anak yang tenang dan empati, kita sendiri perlu berusaha menjadi versi terbaik diri kita setiap hari. Tahun 2025 memperlihatkan peningkatan kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk jaga kesihatan mental dan emosi mereka sendiri. Ini termasuk:

  • Mengurus tekanan harian dengan lebih bijak.
  • Memberi ruang kepada diri untuk berehat dan ‘pause’.
  • Mengenal pasti pencetus (trigger) kemarahan atau stres.
  • Membangunkan kesedaran diri (self-awareness) melalui penulisan atau refleksi.

Ramai ibu bapa kini menggunakan teknik seperti journaling atau perancangan harian untuk kekal tenang, bersyukur, dan fokus.

 Produk disarankan:

Planner atau journal ibu bapa kini menjadi teman penting dalam rutin harian. Ia bukan sekadar tempat mencatat jadual anak, tetapi juga ruang untuk ibu bapa mencatat emosi, doa, refleksi dan pencapaian kecil setiap hari. Dengan menulis, kita jadi lebih sedar, lebih teratur dan lebih tenang, sekaligus mampu melayani anak dengan lebih empati.

Trend 4: Ibu Bapa Gen Z Lebih Terbuka, Celik Teknologi dan Aktif Belajar | Trend Gentle Parenting 2025

Kemunculan ibu bapa dari kalangan Gen Z adalah mereka yang lahir sekitar akhir 1990-an hingga awal 2010-an telah memberi warna baru kepada dunia keibubapaan. Pada tahun 2025, semakin ramai daripada mereka membesarkan anak kecil dengan pendekatan yang lebih progresif, terbuka dan reflektif berbanding generasi terdahulu.

Ibu bapa Gen Z lebih cenderung mencari ilmu, mempertikaikan amalan lama, dan sentiasa cuba memahami emosi anak. Mereka rajin bertanya dan memilih pendekatan yang lebih rasional dan lembut, sejajar dengan nilai trend gentle parenting 2025. Antara ciri utama mereka ialah:

  • Celik teknologi & maklumat pantas: Gajet menjadi rujukan utama. Info tentang tantrum, aktiviti anak dan teknik parenting banyak mereka pelajari dari TikTok, YouTube dan Google.
  • Gemar belajar secara online: Podcast, kelas parenting maya dan forum komuniti menjadi pilihan mereka kerana fleksibel dan mudah diakses.
  • Terbuka akui cabaran: Mereka tidak malu mengaku letih atau tidak tahu. Perkongsian jujur di media sosial membentuk sokongan sesama ibu bapa.

Produk disarankan:

Untuk ibu bapa Gen Z yang suka belajar dengan cara fleksibel, buku atau e-book tentang gentle parenting amat membantu. Ia boleh dibaca di mana-mana, sesuai dengan gaya hidup serba pantas mereka.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Trend Gentle Parenting 2025. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Penafian:  Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply