You are currently viewing Kanak-Kanak Menjadi Beremosi

Kanak-Kanak Menjadi Beremosi

Anak tuan dan puan selalu merajuk? Sebagai ibu bapa memang sakit kepala juga melayan kanak-kanak menjadi beremosi ni. Kadang-kadang sampai kita tak tahu nak buat apa, bukan? Emosi kanak-kanak ini memang selalu berubah, selalunya mereka akan menangis, menjerit atau yang lebih teruk lagi mengamuk. Risau juga kita dibuatnya!

Kanak-kanak yang ingin membesar memang akan melalui fasa-fasa begini. Jadi, ibu bapa mestilah tahu bagaimana untuk kendalikan mereka sekiranya perkara seperti ini berlaku. Melalui entri kali ini, Cik Min akan berkongsi serba sedikit mengenai kanak-kanak menjadi beremosi. Info bermanfaat ini Cik Min dapatkan melalui Telegram Nota Redza Zainol.

Kanak-Kanak Menjadi Beremosi
Gambar sekadar ilustrasi

Tanda-Tanda Kanak-Kanak Menjadi Beremosi

Menurut laman web Majalah Pama, kajian Dr. Robert Marvin iaitu Pakar Psikiatri Kanak-Kanak mendapati, kanak-kanak yang berumur 2 tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh. Jadi, pada usia ini mereka baru mula untuk belajar memahami dan mengawal emosi-emosi tersebut. Ini menyebabkan emosi kanak-kanak sentiasa berubah dengan cepat.

1. Mudah Terasa Hati

Emosi kanak-kanak memang cepat berubah, mereka akan mudah terasa hati apabila ibu bapa memarahi mereka. Mereka akan lebih terasa dengan perkara-perkara yang kecil misalnya, ibu bapa tidak beri peluang untuk mereka membeli satu barangan kesukaan atau tidak dapat sesuatu yang mereka inginkan.

2.  Kanak-Kanak Menjadi Beremosi – Rasa Tak Disayangi

Kanak-kanak juga mudah merajuk apabila mereka rasa diri mereka tidak lagi disayangi. Misalnya, mereka rasa cemburu terhadap adik-beradik yang lain kerana ibu bapa memberi sepenuh tumpuan kepada mereka. Dengan itu, kanak-kanak akan berasa sedih.

3. Kanak-Kanak Menjadi Beremosi – Rasa Sunyi

Emosi kanak-kanak akan berubah dan mereka akan berasa sunyi. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa. Memang tidak dinafikan, pada masa kini ibu bapa kebanyakannya mempunyai kerjaya dan mereka agak sibuk untuk melayani karenah anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak berasa sunyi dan emosi kanak-kanak berubah seperti mudah marah dan menangis.

4. Suka Buat Perangai

Tanda lain emosi kanak-kanak boleh berubah ialah kanak-kanak lebih suka buat perangai. Ibu bapa perlulah segera memantau keadaan kanak-kanak sekiranya mereka selalu menangis, marah dan sebagainya.

5. Suka Memberontak

Kanak-kanak memang suka memberontak sekiranya permintaan mereka tidak dituruti. Mereka juga akan memberontak sekiranya keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian daripada orang dewasa terutamanya ibu bapa tidak dituruti sepenuhnya. Bagi kanak-kanak, apa yang mereka perlukan hanyalah tumpuan dan perhatian.

Sebab Kanak-Kanak Menjadi Beremosi

Anak Selalu Dimarahi Ibu Bapa

Perubahan emosi yang ketara boleh berlaku kepada kanak-kanak sekiranya ibu bapa sering mengeluarkan kata-kata negatif dan memarahi mereka. Mana tidaknya, sekiranya kanak-kanak tersebut dimarahi selalu, mungkin mereka akan terbiasa dengan keadaan tersebut dan menyebabkan kanak-kanak sudah tidak merasa apa-apa. Kata orang buat “dek” je, hal ini merumitkan lagi ibu bapa.

Ibu bapa perlulah tahu mengawal emosi dan tingkah laku di hadapan kanak-kanak supaya tidak melakukan perkara yang boleh menjadi ikutan tidak baik buat kanak-kanak. Ibu bapa perlu tahu cara menegur kanak-kanak dengan lebih berhemah dan berilmu agar kanak-kanak mendengar cakap ibu bapa.

Kanak-Kanak Menjadi Beremosi
Gambar sekadar ilustrasi

Mak Ayah Tidak Tahu Apa “Love Language

Sebagai ibu bapa, anda mesti tahu mengapa emosi kanak-kanak berubah, mungkin disebabkan oleh diri anda sendiri. Ibu bapa tidak terlalu didedahkan dengan maksud sebenar “love language”. “Love language” ini merupakan interaksi yang baik yang perlu ibu bapa tunjukkan kepada kanak-kanak. Sebagai contohnya, “love language” melalui sentuhan, pujian, kata semangat dan sebagainya.

Hasil Berjaya Kawal Kanak-Kanak Menjadi Beremosi

Apabila ibu bapa berjaya mengawal emosi kanak-kanak, kanak-kanak akan menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik kepada ibu bapa atau orang dewasa yang lain.

1. Anak Jadi Lebih Tenang

Anak tuan dan puan akan lebih tenang dan gembira kerana ibu bapanya pandai menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak. Mereka akan lebih gembira dan tersenyum jalani kehidupan seharian.

2. Anak Lebih Dengar Cakap

Sekiranya ibu bapa tahu mengawal kemarahan dan emosi mereka, kanak-kanak akan lebih mendengar kata-kata ibu bapa. Tutur kata yang lemah lembut tetapi ada diselitkan ketegasan akan membuatkan anak-anak sedar dan patuh arahan ibu bapa mereka.

3. Makin Kurang Tantrum

Menurut portal My Health Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tantrum adalah perkara yang biasa dalam kalangan kanak-kanak berusia 18 hingga 48 bulan. Tantrum juga adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.

Namun, sekiranya kanak-kanak menjadi beremosi dan ibu bapa berjaya mengawalnya, hal ini menyebabkan kanak-kanak semakin kurang tantrum. Secara tidak langsung, ibu bapa berasa lega dan senang hati dengan perubahan kanak-kanak tersebut.

4. Jadi Lebih Penyayang pada Adik-Beradik

Kanak-kanak yang lebih tenang dan baik akhlaknya akan jadi lebih penyayang pada adik-beradiknya. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka telah didedahkan dengan kasih sayang daripada ibu bapa, dan menyebabkan kanak-kanak tadi ingin mencurahkan rasa sayangnya kepada orang lain. Mereka lebih menyayangi dan mengasihani adik-beradiknya dengan bermain, bergurau senda dan sebagainya.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tipstips keibubapaan, sudi-sudilah singgah di blog Lunatots. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini yang anda boleh lihat dan baca.

Klik di sini untuk baca.

Sekian sahaja daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply