Ibu ayah mesti suka kan pergi ke pawagam untuk menonton filem-filem yang terbaru? Tetapi, bagaimana pula kalau ada anak kecil lagi-lagi bayi? Boleh ke bawa mereka masuk ke pawagam? Hmmm… Cik Luna nak pesan ni kalau boleh, elakkan bawa bayi ke pawagam tau!
Mesti ada ibu ayah yang nak cinema date sambil bawa bayi kan? Sebenarnya pawagam ialah tempat yang tidak sesuai untuk anda membawa bayi kecil. Cik Luna akan ceritakan sebabnya, jadi ibu ayah baca artikel ini sehingga habis ya!
Cik Luna akan senaraikan beberapa faktor mengenai isu ini supaya ibu ayah akan lebih alert. Ada filem yang mungkin sesuai dengan kanak-kanak tonton di pawagam tetapi sesetengah ibu ayah sudah membawa bayi yang berusia dia bawah 6 bulan. Hal ini tidak bagus untuk kesihatan bayi.
Faktor 1 : Bunyi | Elakkan Bawa Bayi ke Pawagam
Seperti yang ibu ayah tahu, kalau kita berada di dalam pawagam, bunyinya memang sangat kuat. Bunyi di pawagam mengikut nilai decibel (dB) di mana nilai yang selamat ialah 85 dB ke bawah bagi dewasa. Sekiranya terlebih dB, ianya sudah tidak kurang sesuai. Walaubagaimanapun, nilai yang ditetapkan itu sesuai untuk dewasa dan bukannya bayi. Bayi berkemungkinan boleh mengalami gangguan terhadap pendengaran mereka sekiranya terdedah dengan bunyi di pawagam.
Faktor 2 : Suhu di dalam pawagam
Suhu di dalam pawagam memang sejuk sehingga ada yang membawa baju sejuk kerana tidak tahan dengan suhunya. Orang yang mempunyai selaput lemak yang tebal juga boleh merasakan kesejukannya. Sekiranya ibu ayah membawa bayi masuk ke pawagam, dikhuatiri bayi akan mengalami hiportemia. Situasi ini berkemungkinan boleh berlaku ke atas bayi sekiranya terdedah dengan suhu sejuk dalam masa yang lama.
Faktor 3 : Emosi penonton
Selain daripada bayi, ibu ayah juga perlu menitikberatkan emosi penonton yang lain. Sekiranya anda membawa bayi dan tiba-tiba bayi menangis sekuat hati, semestinya penonton lain akan berasa tidak selesa untuk menonton filem. Mereka juga membayar tiket untuk menonton dengan selesa.
Jadi, ibu ayah disarankan untuk tidak membawa bayi masuk ke pawagam kerana bakal mengganggu kesihatan bayi serta emosi masyarakat lain. Sekiranya, ibu ayah sememangnya nak tengok filem yang ditayangkan, lebih baik upah pengasuh untuk menjaga bayi atau tunggu filem tersebut ditayangkan di platform online sahaja.
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.