Fenomena Anak Artis Malaysia Popular yang semakin mencuri perhatian ramai. Gelagat comel mereka, fesyen yang menarik, dan keletah semula jadi sering menjadikan mereka viral di media sosial. Berikut antara anak artis yang menjadi kegilaan netizen dengan cerita terkini dan produk yang sesuai kalau anda pun nak mula buat content ala ‘momfluencer‘ atau ‘baby content creator‘! Jom kenali mereka dengan membaca artikel ini!

TOP 5 Anak Artis Malaysia Popular di Media Sosial
1. Lala : Syamel dan Ernie Zakri | Anak Artis Malaysia Popular

Nur Khawla Soleha, atau mesra dipanggil Lala, adalah anak kepada pasangan penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri. Sejak kecil, Lala telah menunjukkan minat dalam bidang seni, sering menyanyi dan menari dalam video bersama ibu bapanya.
Baru-baru ini, Lala mencuri perhatian ramai apabila tersipu malu mendengar ucapan daripada penyanyi Aziz Harun. Dalam video tersebut, Aziz menyanyikan lagu raya dan menitipkan pesanan khas buat Lala, yang membuatkan Lala gembira dan meminta bapanya memainkan video itu berulang kali.
Selain itu, Lala juga telah menunjukkan bakat menyanyi dengan menyanyikan lagu “Masing-Masing” di atas pentas semasa satu majlis keluarga. Pada usia sekitar dua tahun, beliau dapat menyanyikan lagu tersebut dengan lancar dan sebutan yang jelas, menunjukkan bakat semula jadi yang diwarisi daripada ibu bapanya.
2. Wara : Muabellaz | Anak Artis Malaysia Popular

Nur Aisywara Naelofa, atau lebih dikenali sebagai Wara, ialah anak bongsu kepada jurusolek terkenal, Mua Bellaz. Wara sering mencuri perhatian netizen dengan keletahnya yang comel dan petah berkata-kata. Beliau kerap muncul dalam video TikTok ibunya, termasuk sesi live di TikTok dan video promosi produk kosmetik.
Baru-baru ini, Mua Bellaz merancang untuk menjual rantai kunci dengan wajah kartun Wara. Namun, selepas menerima maklum balas daripada netizen yang bimbang tentang keselamatan dan privasi anaknya, beliau memutuskan untuk menghentikan pengeluaran tersebut dan memberikan rantai kunci itu secara percuma kepada pelanggan setia.
3. Hayder : Eyra Hazali | Anak Artis Malaysia Popular

Hyder Qhalish adalah anak kepada pelakon Eyra Hazali dan penjaga gol negara, Haziq Nadzli. Hyder sering mencuri perhatian netizen dengan senyumannya yang manis dan keletahnya yang manja d media sosial. Selain itu, Eyra sering berkongsi momen-momen indah bersama Hyder di media sosial, termasuk video bermain dan aktiviti harian mereka. Keakraban mereka sebagai ibu dan anak sering mendapat pujian daripada netizen.
Bukan itu sahaja, video momen Hyder bersama kumpulan bola sepak iaitu team bola sepak malaysia juga banyak trending di media sosial dan ini menjadikan anak pelakon dan pemain bola sepak ini menjadi semakin popular dan digemari ramai penonton.
4. Yusof & Alissa : Hanis Zalikha

Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah adalah anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Sejak kecil, Yusof telah mencuri perhatian netizen dengan wajahnya yang kacak dan senyumannya yang manis. Kini, Alisa pula mula mencuri tumpuan dengan gaya manja dan personalitinya yang ceria.
Selain itu, Hanis Zalikha bijak membina jenama melalui anak-anaknya dengan imej bersih dan konten keluarga yang positif. Akaun Instagram Yusof dan Alisa juga aktif dengan jumlah pengikut mencecah ratusan ribu. Ramai ibu bapa suka dengan sikap matang dan mendengar kata Anak Artis Malaysia Popular ini!
5. Rina : Mariakimchi

Rina, anak perempuan kepada Maryam dan Ryzal dari pasangan “Durian Kimchi”, merupakan seorang kanak-kanak kacukan Melayu-Korea yang kini baru berusia 2 tahun. Namun, meskipun masih kecil, Rina mengejutkan ramai apabila videonya berzikir dan menyebut nama Allah dengan fasih menjadi tular di media sosial.
Perkembangan minda dan pertuturannya yang pantas telah meraih pujian ramai netizen, terutamanya kerana beliau membesar dalam keluarga yang mementingkan nilai keagamaan.
Rina bukan sahaja dikenali dengan kepetahan bercakap dan kecomelannya, malah dia kini digelar sebagai salah satu “baby influencer” paling disukai di Malaysia. Dia kerap muncul dalam vlog keluarga dan konten santai bersama ibu bapanya, termasuk sesi membeli-belah, masakan, dan aktiviti keluarga. Tindak balas netizen terhadap keletah Rina sangat positif kerana ramai merasakan aura dan kejujuran Rina memberi ketenangan dan inspirasi dalam mendidik anak.
Fenomena anak artis bukan sekadar hiburan semata-mata malah ia juga menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa muda yang mahu simpan kenangan bersama anak dalam bentuk video atau gambar. Dengan peralatan yang betul seperti:
1. Tripod HP – Untuk rakaman stabil dan tidak goyang
2. Microphone wireless – Pastikan suara anda jelas walaupun review di tempat sibuk
3. Ring light mini– Untuk pencahayaan makanan lebih terang dan jelas
4. Powerbank kapasiti tinggi– Elak masalah bateri habis ketika rakam konte dalam jangka masa panjang.
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Anak Artis Malaysia Popular | Siapa Paling Trending Tahun Ini? Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.