Lebih selesa disapa sebagai Kak Lina Pom Pom penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein selamat lahirkan anak kedua! Ia merupakan berita gembira buat para peminat Elly Mazlein setelah dia kini bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata.
Elly Mazlein berkahwin dengan pasangannya Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Menerusi satu posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini, Elly Mazlein berkongsi foto suami sedang menatap wajah bayi lelaki mereka itu. Manakala, kapsyen yang ditulis dalam posting tersebut memaklumkan bahawa dia dan bayinya Haider berada dalam keadaan sihat. Selain itu, dia menzahirkan rasa syukur urusan bersalin berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesejahteraannya. Cik Min juga rasa bersyukur kerana Elly Mazlein selamat lahirkan anak kedua beliau itu.
Bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen itu selamat dilahirkan pada jam 12.23 pagi, 23 Oktober 2021. Sedap bukan nama bayi lelaki itu? Pandai Elly Mazlein dan suaminya pilih! Cik Min pun suka sangat dengar nama itu.
Menerusi video Youtube NoonaTv menyatakan dalam satu perkongsian di laman Instagram Elly Mazlein:
“Alhamdulillah terima kasih mama dan Haider sihat, terima kasih segala doa. Terima kasih abah, suami dan manja jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kita ada orang baru, bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah.”
Reaksi Elly Mazlein Selamat Lahirkan Anak Kedua
Menerusi ruangan komen, Cik Min lihat banyak komen yang positif daripada peminat dan rakan artis yang mengenali Elly Mazlein dan gembira Elly Mazlein selamat lahirkan anak kedua. Antara komen daripada rakan artis di laman Instagram:
“Alhamdulillah tahniah kak lina dan suami.” – Aina Abdul
“Alhamdulillah syukur tahniah Elly dan Cikgu.” – Zarul Umbrella
Cik Min doakan selamat berpantang kepada Elly Mazlein dan semoga bayi Haideer Mateen membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Sekadar info, Elly Mazlein pernah berkahwin dengan Pengarah Drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan anak yang bernama Putri Sara Sefhia sebelum mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.
Bagi pasangan-pasangan lain yang juga baru mendapat cahaya mata, tahniah juga Lunatots ucapkan! Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Klik di sini untuk baca.
Sekian sahaja daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.