You are currently viewing Ana Nayla Buah Hati Ayda Jebat dan Nabil Mahir

Ana Nayla Buah Hati Ayda Jebat dan Nabil Mahir

Beberapa minggu yang lalu netizen mendapat perkhabaran yang sangat gembira, apabila bayi perempuan iaitu Ana Nayla buah hati Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah selamat dilahirkan. Ia merupakan cahaya mata pertama pasangan tersebut semenjak mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

Dilahirkan pada 21 September 2021, bayi perempuan tersebut diberi nama yang sangat indah iaitu Ana Nayla. Cik Min rasa memang comel raut wajah bayi ini! Mana tidaknya, lihat saja ibu bapanya.

Majlis Cukur Jambul Ana Nayla

Ana Nayla Buah Hati Ayda Jebat dan Nabil Mahir
Ayda Jebat dan Nabil Mahir bersama puteri sulung mereka.

Kedua-dua pasangan tersebut telah menganjurkan sebuah majlis cukur jambul buat puteri sulung mereka yang diadakan dengan serba ringkas. Namun, majlis tersebut tetap disambut dengan meriah dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Di laman media sosial miliknya, Ayda telah berkongsi momen-momen yang indah menerusi beberapa keping foto yang diambil pada majlis berkenaan. Selain itu, Ayda juga sempat memohon doa daripada orang ramai supaya puteri sulungnya itu menjadi anak yang solehah dan baik budi pekertinya.

Inspirasi Ana Nayla Buah Hati Ayda Jebat dan Nabil Mahir

Menerusi laman web Gempak.Com mengatakan sebab mengapa kedua-dua pasangan tersebut memilih nama yang indah itu kerana ia merupakan inspirasi daripada dua wanita yang istimewa. Ia dapat dilihat melalui satu perkongsian Ayda Jebat bersama Gempak.Com.

Penyanyi terkenal itu berkata:

“Nayla membawa maksud achiever, successful one. Manakala Ana pula kami pilih berdasarkan nama ibu kami.”
“Ibu saya bernama Rohana dan ibu Nabil pula bernama Diana. Jadi kami pilih nama syurga kami untuk dijadikan sebahagian daripada Ana Nayla.”

Tidak hairanlah mengapa nama yang cukup indah didengar itu dipilih, kerana ia memberikan maksud yang sangat baik dan juga istimewa bagi Ayda Jebat dan suaminya. Pertama kali dengar nama itu pun, mesti semua orang suka kan?

Menerusi video YouTube Drama Two turut menunjukkan perkongsian daripada Nabil Mahir, yang merupakan seorang pengacara dan suami kepada Ayda Jebat. Nabil turut berkongsi hantaran gambar terbaharu bersama bayi perempuannya Ana Nayla.

Menurut kapsyen hantaran di laman Instagram beliau itu, mengatakan beliau mengambil tugas untuk menjaga Ana Nayla sementera isterinya Ayda Jebat sedang berpantang. Selain itu juga, Nabil turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan mereka.

Cik Min berharap semoga Ana Nayla Buah Hati Ayda Jebat dan Nabil Mahir membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Cik Min juga berharap semoga berbahagia melayari kehidupan baru bertiga kepada Ayda Jebat dan Nabil Mahir.

Bagi pasangan-pasangan lain yang juga baru mendapat cahaya mata, tahniah juga Lunatots ucapkan! Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply