You are currently viewing Tony Fernandes Dapat Anak Perempuan – Tahniah Diucapkan!

Tony Fernandes Dapat Anak Perempuan – Tahniah Diucapkan!

Tony Fernandes dapat anak perempuan
-Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group-
Sumber: https://newsroom.airasia.com/leadership/2018/3/28/tony-fernandes

Siapa sahaja yang tidak mengenali figura yang popular dalam industri penerbangan di Asia, iaitu Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group? Rupa-rupanya, Tony Fernandes dapat anak perempuan pada tanggal 14 Ogos yang lalu! Hal ini lantas menjadikan beliau seorang bapa kepada tiga cahaya mata.

Tahniah diucapkan buat Tony Fernandes dan isteri! Cik Min tumpang gembira dengan kehadiran anak perempuan beliau itu.

Seronoknya bergelar bapa!

Cik Min yakin perasaan teruja dan gembira bergelar bapa sudah pastinya dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang mendapat cahaya mata. Seringkali, kita dapat melihat para artis dan selebriti berkongsi kelahiran cahaya mata mereka di laman Instagram, betul tak? Namun begitu, Tony memilih sedikit kelainan dengan berkongsi gambar di LinkedIn. Kegembiraan beliau jelas terpancar menerusi perkongsian gambar beliau dan cahaya matanya itu di LinkedIn miliknya pada 4 Oktober yang lalu.

Tony Fernandes dapat anak perempuan bernama Aliyah Ena Fernandes

Tony Fernandes dapat anak perempuan
Sumber: LinkedIn Tony Fernandes

Walaupun bergelar bapa di usia 57 tahun, beliau amat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata ketiganya itu. Seperti yang boleh dilihat di paparan skrin tersebut, anak perempuannya yang seberat 3.16 kg itu diberi nama Aliyah Ena Fernandes. Untuk pengetahuan semua, anak perempuannya ini merupakan hasil perkahwinan beliau dan isterinya Puan Sri Chloe Kim yang berasal dari Korea.

Tahniah sekali lagi diucapkan! Harapan dari Lunatots ialah semoga anak yang dikurniakan ini membesar dengan sihat dan pintar, serta dilindungi dari segala penyakit.


Bagi pasangan-pasangan lain yang juga baru mendapat cahaya mata, tahniah juga Lunatots ucapkan! Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, artikel di blog ini juga sering memberi fokus mengenai tips penyusuan, misalnya mengenai topik cara menambah susu badan. Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Leave a Reply