You are currently viewing Anak Susah Gosok Gigi | Kenapa & Apa Nak Buat?

Anak Susah Gosok Gigi | Kenapa & Apa Nak Buat?

Anak Susah Gosok Gigi bukanlah perkara luar biasa bagi ibu bapa yang sedang membesarkan anak kecil. Ramai yang pernah mengalami situasi di mana anak menangis, menjerit, atau lari setiap kali tiba waktu memberus gigi. Dalam artikel ini, kita akan bincangkan punca utama kenapa anak tidak suka gosok gigi, bila waktu terbaik untuk memulakan rutin ini, bagaimana cara menjadikannya lebih menyeronokkan, serta cadangan produk yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak.

Anak Susah Gosok Gigi
Sumber: Pinterest

Kalau anda ibu bapa yang pernah berkejar dengan anak ke bilik air semata-mata nak suruh mereka gosok gigi, anda tidak keseorangan. Ramai ibu ayah menghadapi situasi yang sama seperti anak menangis, menyorok, atau langsung tak mahu buka mulut bila nampak berus gigi. Tapi sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan Anak Susah Gosok Gigi.

Kenapa Anak Tak Suka Gosok Gigi? | Anak Susah Gosok Gigi

Sikap menolak untuk gosok gigi bukan semata-mata kerana anak “malas” atau “degil”, tapi ada sebab yang lebih mendalam, sama ada dari segi psikologi mahupun fizikal. Persoalannya, kenapa Anak Susah Gosok Gigi?

Secara psikologi:

  • Anak kecil belum cukup faham kenapa mereka perlu gosok gigi. Aktiviti itu mungkin nampak membosankan atau mengganggu waktu bermain mereka.
  • Mereka pernah melalui pengalaman negatif, contohnya ubat gigi yang pedas atau berus yang kasar.
  • Kadang-kadang, bila anak rasa dipaksa, mereka secara automatik akan melawan.

Secara fizikal:

  • Gusi masih sensitif, terutama bagi anak kecil yang sedang tumbuh gigi.
  • Tekstur berus gigi mungkin terlalu keras atau tak selesa dalam mulut.
  • Rasa ubat gigi yang terlalu kuat atau tak menyenangkan (seperti mint yang menyengat) juga boleh buat mereka tolak rutin ini.

Umur Sesuai Mulakan Rutin Gosok Gigi | Anak Susah Gosok Gigi

Pakar kesihatan mulut menyarankan agar rutin membersihkan mulut dimulakan sebaik sahaja gigi pertama anak tumbuh, iaitu sekitar usia 6 bulan. Pada awalnya, cukup sekadar menggunakan kain lembut atau finger brush basah untuk membersihkan permukaan gusi dan gigi.

Bila anak masuk umur 1 hingga 2 tahun, anda boleh mula kenalkan berus gigi bayi yang lembut dan selamat. Bila mencecah usia 3 tahun ke atas, anak sudah boleh diajar untuk menggosok gigi sendiri di bawah pemantauan ibu bapa. Ini membantu mereka membina tabiat yang baik dari kecil.

Cara Jadikan Rutin Gosok Gigi Menyeronokkan

Nak anak suka gosok gigi, kita kena ubah cara pendekatan. Jangan jadikan ia sekadar “tugas wajib” tetapi satu aktiviti yang seronok dan ditunggu-tunggu.

1. Mainkan lagu khas semasa anak gosok gigi. Lagu-lagu pendek selama 2 minit sangat membantu menetapkan tempoh memberus yang betul.

2. Biarkan anak pilih sendiri berus gigi dan ubat gigi yang mereka suka – contohnya karakter kartun atau warna kegemaran.

3. Jadikan gosok gigi sebagai aktiviti keluarga – gosok gigi sama-sama di depan cermin.

4. Gunakan carta ganjaran (sticker chart). Bila anak berjaya gosok gigi pagi dan malam selama seminggu, beri pujian atau hadiah kecil.

5. Cerita pendek sebelum tidur yang berkait dengan bakteria dan gigi juga boleh bantu anak faham kepentingan menjaga kebersihan mulut.

Produk Mesra Anak (Ubat Gigi & Berus Sesuai)

1. Berus Gigi:

Anak Susah Gosok Gigi
  • Pilih berus dengan kepala kecil dan bulu yang sangat lembut.
  • Pemegang ergonomik memudahkan anak memegang sendiri.
  • Reka bentuk comel dan berwarna-warni boleh tarik perhatian mereka.

 2. Ubat Gigi:

Anak Susah Gosok Gigi
  • Gunakan ubat gigi khas untuk kanak-kanak, bebas fluorida untuk anak bawah 3 tahun (kecuali disarankan oleh doktor).
  • Pilih rasa buah-buahan seperti strawberi atau anggur, elakkan rasa mint yang terlalu kuat.

3. Berus Gigi Elektrik Baby:

  • Sesuai untuk anak yang sukakan teknologi atau suka main dengan butang.
  • Getaran lembut dan cahaya LED boleh menarik minat mereka.
  • Lebih bersih dan senang digunakan, terutama bagi anak yang belum mahir gosok sendiri.

4. Berus Gigi U-Shape:

  • Inovasi baru untuk kanak-kanak yang hanya perlu gigit dan gerakkan kiri ke kanan.
  • Lebih mudah untuk anak kecil yang belum pandai kawal tangan.
  • Namun, pastikan kualiti berus terjamin dan selamat digunakan.

Apa Jadi Kalau Anak Tak Gosok Gigi? | Kesan Jangka Masa Panjang

Kalau rutin gosok gigi diabaikan, ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anak, bukan hanya pada gigi tapi juga kesejahteraan keseluruhan. Jadi, jom ketahui kesan jika Anak Susah Gosok Gigi!

  • Gigi mudah berlubang dan rosak sejak usia awal (early childhood caries).
  • Nafas berbau, jangkitan gusi dan rasa tak selesa di mulut.
  • Anak boleh mengalami sakit gigi sehingga menjejaskan selera makan dan tidur malam.
  • Kesan jangka panjang boleh menyebabkan rawatan pergigian lebih kompleks dan mahal.
  • Anak juga mungkin jadi takut atau trauma bila perlu ke klinik gigi.

Oleh itu, kalau Anak Susah Gosok Gigi itu perkara biasa. Tapi dengan pendekatan yang betul dengan mula dari awal, gunakan produk yang sesuai, serta cipta suasana yang menyeronokkan, anak akan lebih mudah menerima dan membentuk tabiat yang baik. Yang penting, jangan putus asa. Konsisten, sabar, dan kreatif adalah kunci. Siapa tahu, satu hari nanti, anak anda sendiri yang akan ingatkan anda: “Mama, kita belum gosok gigi!”

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Anak Susah Gosok Gigi. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Penafian:  Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply