Cara Ibu Elak Burnout bukan sekadar satu tajuk, tetapi satu keperluan untuk ramai ibu hari ini. Tekanan dari tempat kerja, tanggungjawab di rumah dan keperluan emosi anak-anak boleh menyebabkan ibu rasa penat yang tak berpenghujung. Dalam artikel ini, kita akan teroka cabaran sebenar yang dihadapi oleh ibu bekerja, susun jadual harian yang lebih mesra emosi dan tenaga, serta bincangkan cara bijak libatkan suami dan anak dalam rutin rumah.
Bila Kerja Tak Habis, Rumah Pun Tak Siap

Burnout atau keletihan melampau bukan lagi isu asing dalam kalangan wanita, terutama ibu-ibu yang menggalas dua peranan serentak sebagai pekerja dan juga pengurus rumah tangga. Walaupun nampak seperti perkara biasa, beban tugasan yang tidak pernah habis boleh memberi kesan besar pada emosi, fizikal dan kesihatan mental seseorang ibu. Mereka bangun awal untuk mengurus anak-anak, bekerja sepenuh masa, kemudian pulang dan menyambung pula tanggungjawab di rumah. Letih bukan?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), burnout berlaku apabila tekanan dibiarkan berpanjangan tanpa pengurusan yang baik. Ibu yang terlalu penat, hilang semangat, atau mudah marah mungkin sedang mengalami simptom awal burnout, tanpa sedar. Dalam kesibukan mengurus semua perkara, ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya berada di ambang burnout iaitu keletihan fizikal, mental, dan emosi yang serius.
Cabaran Sebenar Ibu Bekerja dan Mengurus Rumah | Cara Ibu Elak Burnout
Menjadi ibu bukan kerja mudah. Tambahan pula bila perlu bekerja untuk menyara keluarga atau membina kerjaya sendiri. Tekanan boleh datang dari pelbagai arah. Sebagai contoh dari kerja yang menimbun, tanggungjawab rumah yang tak habis, hinggalah ke anak-anak yang perlukan perhatian penuh.
Antara cabaran utama yang sering dialami:
- Kurang masa untuk diri sendiri.
- Letih fizikal dan mental yang berpanjangan.
- Rasa bersalah bila tidak dapat beri yang terbaik untuk kerja atau keluarga.

Untuk membantu ibu rasa lebih tenang selepas hari yang sibuk, cuba guna air humidifier bersama essential oil seperti lavender atau peppermint. Bau aroma yang lembut ini boleh bantu menenangkan fikiran dan memperbaiki kualiti tidur.
Susun Jadual Harian yang Realistik dan Mesra Ibu | Cara Ibu Elak Burnout
Salah satu punca burnout ialah apabila ibu cuba ‘buat semua’ dalam satu hari. Padahal, tidak semua perkara perlu disiapkan sekaligus. Cuba susun rutin harian secara lebih fleksibel dan berdasarkan keutamaan. Contoh jadual yang boleh dicuba:
1- Pagi: Uruskan anak dan siapkan tugasan kerja penting.
2- Tengah hari: Rehat seketika, makan dengan tenang tanpa gangguan.
3- Petang: Masa bersama anak atau aktiviti fizikal ringan.
4- Malam: ‘Me time’ sekejap sebelum tidur untuk rehatkan badan dan minda.
Dengan itu, para ibu digalakkan menggunakan Gel Mandian Bidara DHERBS untuk menyegarkan badan selepas seharian bekerja. Mandian ini bukan sahaja membersihkan tubuh, malah mengandungi elemen tradisional yang dipercayai mampu menenangkan badan dan membersihkan aura negatif. Inilah produk yang boleh digunakan untuk Cara Ibu elak burnout!
Ajak Suami dan Anak Sama-sama Urus Rumah | Cara Ibu Elak Burnout
Burnout sering berlaku kerana ibu buat semua perkara seorang diri. Sebenarnya, rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Bila suami dan anak turut serta dalam tugasan harian, beban ibu akan jadi lebih ringan. Ini adalah cara ibu elak burnout yang sangat penting. Para suami perlu peka dengan perkara ini:
1- Suami bantu jaga anak atau masak pada hujung minggu.
2- Anak bantu kemas mainan atau siapkan barang sekolah sendiri.
3- Sediakan jadual tugasan rumah yang dikongsi bersama.
Selai itu, para ibu digalakkan untuk meluangkan masa 10 hingga 15 minit setiap pagi untuk yoga ringan. Ia dapat bantu kurangkan stres, meregangkan otot dan beri tenaga untuk mulakan hari. Yoga set yang lengkap dan selesa boleh bantu ibu kekal aktif walaupun di rumah.
Beri Rehat untuk Tubuh dan Minda
Ramai ibu fikir rehat itu membazir masa. Tapi hakikatnya, tubuh manusia perlukan rehat untuk terus berfungsi dengan baik. Jika dibiarkan berterusan tanpa rehat, risiko kemurungan, sakit badan, atau gangguan tidur boleh berlaku.
Tambahan pula, para ibu atau isteri boleh gunakan massage gun untuk mengurut bahu, tengkuk atau kaki sebelum tidur. Ia boleh bantu legakan otot yang tegang dan kurangkan rasa lenguh selepas seharian bergerak tanpa henti.
Guna Teknologi untuk Urus Hidup dengan Lebih Mudah
Burnout juga boleh dielakkan jika ibu bijak menggunakan teknologi dalam urusan harian. Banyak aplikasi dan alat digital kini direka untuk membantu individu mengurus masa, tugasan, dan kesihatan mental dengan lebih cekap. Ia ibarat pembantu peribadi digital yang boleh menyusun hidup ibu supaya lebih tersusun dan kurang tekanan.
Antara aplikasi yang berguna untuk ibu:
1. Google Calendar – susun jadual harian termasuk waktu rehat dan aktiviti anak.
2. Notion atau Trello – senaraikan tugasan dan tandakan yang sudah selesai.
3. Headspace / Insight Timer – bantu ibu rehat sekejap dengan meditasi berpandu.
4. MyFitnessPal atau Water Reminder – pantau pemakanan dan cukupkan minum air
Dengan hanya beberapa minit sehari menggunakan teknologi ini, ibu boleh rasa lebih tenang kerana tahu semua tugasan tersusun, dan ada masa khas untuk diri sendiri juga. Teknologi bukan untuk menambah kerja malah sebaliknya, ia boleh membantu ringankan beban, bila digunakan dengan bijak. Ini adalah Cara Ibu Elak Burnout yang paling membantu para ibu di luar sana!
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Cara Ibu Elak Burnout. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.