Wahhh, Lunatots dapat tahu yang Ernie dan Syamel telah selamat timang anak perempuan. Nak dijadikan cerita, kami yang terlepas train sebab Ernie telah pun selamat melahirkan pada Selasa. 22 Februari semalam. Walau bagaimanapun, sekalung tahniah kami ucapkan kepada Ernie dan Syamel. Welcome to the club! Hihi…
Ernie Dan Syamel Timang Anak Perempuan: 22.02.2022
Cuba perhatikan tarikh kelahiran puteri Ernie dan Syamel ni, istimewa sungguh! Bak kata orang, tarikh yang cantik ni memang menjadi rebutan ramai sekiranya ingin membuat majlis dan sebagainya.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat diijabkabulkan pada 26 Mac 2021, tahun lalu. Dan pada tarikh cantik 22.02.2022 ini pula penyanyi Ernie Zakri memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat melahirkan puteri sulungnya di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 10.14 pagi.
Posting Instagram Ernie dan Syamel
Berita gembira tersebut turut dimuatnaik di Instagram beliau semalam. Sambil menyatakan rasa syukur, penyanyi bervokal mantap ini turut meminta doa dari orang ramai buat kesihatan diri serta bayi perempuannya yang baru dilahirkan.
Posting di Instagram Ernie Zakri berkapsyen, “Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua ♥”.
Bukan itu sahaja, Syamel juga turut memuatnaik tentang kelahiran puteri sulungnya di Instagram beliau.
Berkapsyen, “Syukur Alhamdulillah, Cinta hati Ibu & Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy igt birthday, 22.02.2022 ❤️ Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya”.
Rata-rata pengikut laman sosial termasuk rakan-rakan artis juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
“Alhamdulillah… Tahniah nak. Welcome to the world cucuku,” tulis Anuar Zain yang merupakan bapa saudara saudara kepada Ernie.
“Alhamdulillah, tahniah… Ya Allah geram tengok tangan baby putih melepak,” tulis Shiha Zikir.
“Syukur Alhamdulillah semoga menjadi saham akhirat yang mulia,” tulis Fedtri Yahya.
Tahniah Ernie dan Syamel Selamat Timang Anak Perempuan
Kalau boleh ucap tahniah berkali-kali, memang Lunatots sanggup ucapkan tau! Memang seronok sangat kalau dapat dengar berita kelahiran sebegini. Yalah, sebab setiap anak-anak yang lahir itu pasti akan membawa dan menambah kasih dalam sebuah perkahwinan. Jadi, kami di Lunatots doakan moga semua ibu dan bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata, sentiasa kuat dalam menghadapi cabaran berkeluarga pula ya. All the best!
Sekian sahaja entri tentang Ernie dan Syamel selamat timang anak perempuan ini ya! Jom singgah blog Lunatots untuk lebih banyak info serta artikel-artikel menarik di sini.
Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.