You are currently viewing Kebaikan Susu Ibu : Kisah Benar Kenapa Saya Menyusukan?

Kebaikan Susu Ibu : Kisah Benar Kenapa Saya Menyusukan?

Kebaikan Susu Ibu : Kisah Benar Kenapa Saya Menyusukan?

Ini kisah benar tentang kebaikan susu ibu.
Saya tulis entri ini sejak 2008.

Bagi yang mengikuti blog saya secara tegar.
Mahupun mengenali saya di bukan-alam-maya.
Pasti mengetahui ke-obses-an saya terhadap breastfeeding ataupun dunia penyusuan susu ibu.

Terpanggil untuk bercerita kisah ‘Mengapa & Bagaimana Saya Mula Menyusukan’.
Cerita ini agak kelam kabut kerana tidak pandai bercerita tapi nak tulis juga perasaan saya bercampur baur.

————————-
Part 1 – Kebaikan susu ibu semasa Mengandung
————————-

Semasa mengandung, kami suami isteri TIDAK pernah terfikir tentang susu apa yang akan anak kami minum.
Saya lebih kisahkan di mana dia akan tidur.
Dengan baju warna apa, dan matchingkah dengan sarung tangannya.

Pemeriksaan bulanan utk memeriksa hidungnya ikut siapa keadaannya dan perkara paling serius yang saya fikirkan ialah dimana mahu melahirkan.
(Masih tak terfikirkan tentang susu).

 

Saya pasti ada ibubapa lain yang seperti itu juga kan?

Breastpump yang pernah saya nampak di rak barangan bayi di sebuah pasaraya hanya brand Pureen Manual RM19.90 dan elektrik RM100 (hampir 10 tahun lepas).

Nasihat yang saya terima adalah daripada teman yang tidak menyusukan anaknya “beli breastpump yang manual sbb yang elektrik cepat rosak”.

Lalu saya beli pam manual RM19.90 kerana ianya antara aksesori yang diperlukan selepas melahirkan (mengikut kata orang). Sebenarnya bukan kata orang yang salah tapi diri sendiri yang tak belajar tentang penyusuan.

Sebaik sahaja selepas melahirkan Ammar Zikry secara pembedahan, baby dibawa ke nursery utk disusukan.
(Hospital swasta belum aware tentang penyusuan ibu berbanding Hospital Kerajaan ketika itu) –sungguh saya tak tahu pada ketika itu.

Tahukah ibu-ibu bahawa tempoh satu jam pertama selepas kelahiran adalah tempoh di mana bayi sangat peka dengan persekitaran barunya dan ibu digalakkan mula menyusukan bayi mereka ketika itu.

Jadi saya tidak menyusukan Zikry seperti yang sebaiknya.
Melihat dari cermin luar nursery (tempat bayi diletakkan) saya lihat mulutnya terbuka mencari cari, saya akan kelam kabut panggil nurse utk susukan Zikry dengan susu formula.

Walau pada hakikatnya, Zikry memerlukan susu ibu sebagai perlindungan pertamanya.
*Sungguh, setiap kali mengingat kesilapan saya, mahupun mengulangtutur ayat ini pada bakal ibu, hati rasa terhiris.

Kebaikan susu ibu
Suami minta saya susukan anaknya, tapi saya rasa janggal *segan tak bertempat dengan orang ramai dan ditambah dengan tiada ilmu.
Saya ada minta nurse di hospital mengajar saya utk menyusukan tapi bila dia bertanya “sekarang ke?”.
Saya jadi libang libu, “nanti nantilah..”

Penyusuan susu ibu adalah on demand, iaitu setiap kali baby cooing atau 1-2 jam sekali (tiada limit masa dan bilangan).

Sepanjang Zikry di hospital, susu yang masuk dalam perut kecilnya ialah susu formula.
3 hari di hospital, kami pulang ke rumah dan saya mula menyusukan Zikry kerana ‘susu sudah ada’.
Pembetulan untuk ilmu itu, susu ibu sebenarnya sudah ada sebaik sahaja bayi dilahirkan.

 

Kebaikan susu ibu untuk bayi baru lahir

Hormon estrogen paling banyak terkandung di dalam uri bayi — Estrogen dan Prolaktin *hormon penghasilan susu berkadar langsung dengan hormon estrogen.

Jadi sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan, susu ibu mula dihasilkan.
Cuma kebanyakan ibu merasakan mereka ‘belum ada susu’ kerana pada tiga hari pertama kelahiran, susu hadir dalam bentuk kolustrum “makanan pertama bayi”, iaitu cecair melekit dan kekuningan *dan tidak berupa susu langsung.

Kolustrum mengandungi antibodi yang tinggi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam.

Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.

 

Semasa di dalam kandungan, bayi menerima immunoglobulin G (IgG) daripada ibu melalui plasenta. IgG bertindak melalui sistem peredaran darah iaitu melindungi bayi daripada dalam tetapi IgA melindunginya daripada luar.

Kolostrum juga mengandungi sel darah putih (leukosit) yang melawan antigen yang terdiri daripada bakteria dan virus. Kolostrum bukan sahaja makanan pertama dengan nutrisi yang lengkap bagi bayi baru lahir tetapi yang lebih penting ia melindungi bayi daripada jangkitan.

Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian.

Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
————————–
Saya mengambil keputusan untuk menyusukan Zikry secara eksklusif semasa beliau sudah berumur 2 bulan
Betapa gigihnya saya pergi membeli Avent Isis breastpump semasa Zikry hari ke 20 kerana membaca review di forum yang mengatakan pam ini bagus.

Ya ya, pam ini pam yang bagus cuma ianya tidak sesuai utk ibu yang akan kembali bekerja kerana perlu membuat stok susu perahan semasa baby tidur. Tangan dah mula lenguh untuk mengepam manual.

Perjalanan penyusuan saya tidak lancar ketika itu.

Antara idea awal yang saya dapat tentang breastfeeding ialah daripada Puan Sya yang menyusukan Iffah & Qistina secara eksklusif.

Kami bersembang di Internet *bila saya beritahu yang saya berikan Zikry susu formula kerana susu saya sudah tidak cukup* “Sue patut susukan baby dengan lebih kerap, barulah brain Sue akan terlatih utk menghasilkan banyak susu”
Saya “Betulkah?”

Rupanya memang begitu breastfeeding concept – supply & demand. Macam tak logik tapi memang that is how it works!
Semakin tinggi demand, semakin banyak supply yang dihasilkan.
Indahnya anugerah Tuhan untuk ibu & anak.
Terima kasih Sya atas info itu, knowledge is a golden kan.

Saya bertekad mahu beli pam double elektrik dan bangkit kembali dengan semangat, utk menyusukan si kecil saya.
Dan saya mengerti, yang knowledge is a treasure.
Pengembaraan saya mencari ilmu breastfeeding bermula dari situ — sejak 2008.

Pengembaraan mencari ilmu tentang kebaikan susu ibu

Selama ini, saya ambil mudah mengenai breastfeeding.
Saya menyusukan bila saya mahu menyusukan.
Saya bancuhkan susu formula bila saya malas menyusukan.
Bila lihat gambar Zikry masa kecil yang sedang minum susu formula.
Saya rasa sedih kerana dia minum bendasing dan saya ibunya mampu memberikan apa yang dia perlukan tapi tiada ilmu ketika itu.

 

Yup, giving birth to baby doesn’t make you a mom yet — sehinggalah anda menyusukan bayi anda sendiri.

Jujurnya, (semasa itu) saya mudah semasa di hospital bayi ditempatkan di nursery pada waktu malam.
Tanpa perlu saya bangun untuk menukar lampinnya mahupun menyusukannya.
Tapi kalaulah masa boleh diputar, saya akan pilih utk rooming in — iaitu bersama dengan bayi 24 jam untuk memastikan dia tidak lapar dan ada mommy di sisi.
Dan masa tidak boleh diputar.
Nantilah saya prektikkan la utk no 2 dan seterusnya.
(Ketika entri ini ditulis, belum ada anak kedua).

Saya melalui semua yang breastfeeding and pumping mom lalui — mengepam di ofis 3 jam sekali, menyimpan dan membawa balik susu perahan.

Ke hulu hilir mencari peti ais di dapur hotel semasa berkursus/jauh dari anak.
Perlu memikirkan tempat dan masa utk ‘curi2’ mengepam sewaktu bekerja.
Dan digelar ‘pembuat susu’ oleh teman teman sepejabat.

Saya tak pernah malu, kerana that’s what a mother for!

Mereka mahupun isteri mereka juga PATUT menjadi ‘ibu’ atau ‘pembuat susu’ atau apa sahaja panggilan kepada anak mereka nanti kan kan.

Alhamdulillah Ammar Zikry berjaya saya susukan secara eksklusif *tanpa susu formula selepas 2 minggu saya relactation ketika usianya 2 bulan.
*Iaitu menambahkan produksi susu dengan cara mengerapkan pengepaman.

Ibu ibu semua, menyusukan adalah naluri untuk melindungi.
Saya mahu lindungi anak saya daripada susu formula yang mengandungi pelbagai risiko penyakit.
Menyusukan adalah anugerah Tuhan — Anugerah seterusnya selepas melahirkan si kecil.
Dan menyusukan adalah ikatan.

Believe me, you won’t regret every moment that you had with your baby while feeding him
That’s just make you feel lucky being born as a MOTHER.

Seorang ibu pasti sanggup beli satu dunia dengan SEMUA yang saya ada atau bergadai nyawa demi kebaikan anak yang tercinta.
Kerana masa dan effort saya tidak dikira dalam bentuk RM — saya akui menyusukan memang jimat.

Yang menjadi kekuatan saya utk menyusukan Zikry secara eksklusif selama 2 tahun ialah “hanya 12% ibu tidak boleh menyusukan anak sendiri. Itupun ibu yang menghidap AIDS dan penyakit2 lain yang tidak boleh memindahkan cecair kepada anak DAN ibu yang pernah menjalani pembedahan pengubahan struktur payudara”

Saya termasuk dalam golongan MAMPU.
Dan kalian juga mampu… kenapa saya tahu?
kerana kalian adalah IBU 🙂

—–
Nota Tambah tambahan:
Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama(tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Mengapa 2 tahun?

Kerana enzim untuk menguraikan kandungan laktosa dalam susu hanya terdapat dalam badan bayi berusia di bawah 2 tahun.
Dengan kata lain, bayi tidak memerlukan susu selepas berusia 2 tahun.
Magisnya, komposisi & kandungan nutrien susu ibu berubah2 mengikut umur bayi anda (baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun…)

Bukan itu sahaja, kandungan susu itu sendiri berubah mengikut cuaca
Contohnya : lebih cair semasa hari panas/tengahari dan lebih suam/likat semasa sejuk..
Tiada tarikh luput, tiada racun, bahan penstabil dan pengawet.

Susu yang dibekukan (EBM) berbulan bulan itu JAUH lebih baik berbanding susu formula yang dimanufacturekan oleh siapa
Menggunakan susu siapa/apa, diberi makan apa serta dicampur apakah

Doa dari saya utk semua ibu & bakal ibu, susukanlah anak kerana itu adalah hak mereka selama 2 tahun pertama. Amin.

Puan Suraya Ali.
Kaunselor susu ibu.

Leave a Reply