You are currently viewing Petua Hilangkan Ruam Susu pada Bayi

Petua Hilangkan Ruam Susu pada Bayi

Bayi dilahirkan dengan kulit yang halus, lembut, dan sensitif. Justeru itu, bayi mudah mendapat ruam pada bahagian wajah yang dikenali sebagai ruam susu. Oleh hal yang demikian, Cik Min nak kongsikan beberapa petua hilangkan ruam susu pada bayi.

Ruam susu biasanya kelihatan seperti ruam merah di bahagian pipi, dagu, dan hidung bayi. Ruam susu akan hilang dengan sendirinya selepas seminggu atau lebih. Namun, ibu mana yang tidak kasihan melihat anaknya mempunyai ruam, kan? Jadi, perkongsian untuk menghilangkan ruam susu bayi dengan cepat dan selamat ini, Cik Min dapatkan daripada SirapLimau yang telah dikongsikan oleh selebriti terkenal, iaitu Hanis Zalikha.

Punca Terjadinya Ruam Susu | Petua Hilangkan Ruam Susu

Dr. Hana yang merupakan doktor pakar ibu dan bayi menerusi laman Facebook mengatakan bahawa, ruam susu adalah disebabkan oleh alahan bayi terhadap protein dalam susu formula.

Dr. Hana mengatakan bayi tidak akan terkena ruam susu akibat daripada susu ibu. Namun, sekiranya ruam susu terjadi kepada bayi yang fully breastfeeding, kemungkinan besar bayi tersebut alahan kepada protein daripada makanan yang diambil oleh ibu. Oleh hal yang demikian, ibu juga berlu berwaspada dalam memilih jenis makanan berprotein. Misalnya, makanan laut.

Petua Hilangkan Ruam Susu 

Petua Hilangkan Ruam Susu

Berikut merupakan petua yang dilakukan oleh Hanis Zalikha terhadap bayinya yang terkena ruam susu:

#1 Bersihkan Wajah Bayi

Selepas bayi disusukan, bersihkan muka bayi dengan kapas muka dan air. Jangan lap terus ke wajahnya, tetapi lap secara “dab” “dab” dengan lembut pada wajah bayi. Elakkan daripada menggunakan sapu tangan yang kasar materialnya atau napkin muslin. Ibu juga perlu elakkan daripada menggunakan tisu basah yang mengandungi bau wangi. Sebaiknya, gunakan breastfeeding wipe (kapas dan air) untuk membersihkan wajah bayi.

#2 Elak Gunakan Sabun | Petua Hilangkan Ruam Susu

Sekiranya ibu membasuh muka bayi dengan sabun semasa mandi, perlu hentikan perbuatan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, sabun boleh mengeringkan kulit dan menambahkan kemerahan pada ruam. Bilas dengan air sudah memadai untuk keperluan kulit bayi.

#3 Kurangkan Direct Feeding

Sebaiknya, ibu perlu kurangkan direct feeding sehingga merah ruam susu agak reda. Hal ini kerana, geseran daripada kulit ibu melambatkan ruam bayi untuk sembuh.

#4 Jumpa Doktor

Perkara penting yang perlu ibu lakukan adalah berjumpa dengan doktor sebagaimana yang dilakukan oleh Hanis Zalikha. Doktor telah memberikan krim Ceradan kepada Hanis Zalikha untuk disapukan pada bayi yang akan digunakan pada waktu pagi dan petang selepas mandi.

#5 Penjagaan Pemakanan Si Ibu | Petua Hilangkan Ruam Susu

Ibu juga perlu menjaga pemakanan agar makanan yang dipilih tidak mendatangkan alahan kepada bayi. Sekiranya terdapat makanan yang menyebabkan ruam susu timbul pada kulit bayi, ibu perlu berkorban dengan berhenti makan makanan tersebut.

Cik Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat kepada ibu dan ayah di luar sana. Sememangnya kami dari Lunatots sangat memahami keperluan ibu dan ayah untuk si kecil.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

 

Leave a Reply