Ibu ayah sudah ambil cuti ke belum untuk pulang ke kampung halaman? Mestilah dah kan? Cik Luna pasti semua sudah excited untuk pulang ke kampung halaman berjumpa sanak-saudara. Tapi, jangan lupa tentang keperluan yang perlu disediakan untuk bayi ya lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil.
Sebenarnya, Cik Luna tahu memang agak mencabar bila travel jauh-jauh bersama bayi kecil. Lagi pula di waktu yang hampir dengan perayaan ini yang sudah pasti jem di lebuhraya. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu membaca artikel ini sehingga habis!
1. Pampers dan Baby Wipes | Keperluan yang Perlu Disediakan untuk Bayi
Pampers dan baby wipes amatlah penting jika ibu ayah bawa bayi kecil travel. Sekiranya bayi kecil membuang air ketika dalam kereta semasa jem, ibu ayah hanya perlukan dua benda ini untuk mengganti lampin. Jangan lupa plastik sampah ya, kalau tak berbaulah dalam kereta he he he.
2. Baby’s First Aid Kit
Ibu ayah mesti paling risau sekiranya bayi tiba-tiba mempunyai simptom demam dan sebagainya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu sediakan first aid kit untuk bayi anda yang terdiri daripada termometer, ubat demam, tweezers, gunting, gel Aloe Vera, losyen, syringe dan minyak angin.
3. Susu dan Snek Bayi
Bayi kecil boleh jadi cranky dan cepat menangis tau sekiranya perut mereka berasa lapar. Ibu ayah mesti alert dengan menyediakan susu formula dan juga snek bayi supaya mudah untuk memberi mereka makan di dalam kereta nanti.
Ini antara barangan yang perlu dibawa selain dari barang mandian, pakaian serta tilam tidur untuk bayi. Cik Luna yakin ibu ayah tidak akan melupakan barang-barang keperluan ini untuk pulang beraya nanti.
Cik Luna nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk ibu ayah semua! Semoga ibu ayah serta bayi selamat sampai ke kampung halaman.
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.