You are currently viewing Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat Kanak-Kanak 2022

Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat Kanak-Kanak 2022

Bermula 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, car seat penting bagi mengelakkan mereka daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan. Manakala dalam BAJET 2022 pula, kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Mari baca lebih lanjut untuk ketahui cara permohonan subsidi RM150 untuk pembelian car seat tahun 2022 bagi setiap isi rumah.

Statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak mencatatkan sebanyak 1,559 kematian kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017. Oleh hal yang demikian, Child Restraint System (CSR) atau juga dikenali sebagai car seat (kerusi keselamatan kanak-kanak) direka khas untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan sekiranya berlaku kemalangan. Pemberian subsidi ini bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga dalam kalangan B40, sekali gus menjamin keselamatan kanak-kanak dengan adanya CSR. Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat

Tarikh Permohonan dan Semakan | Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat

Permohonan akan dibuka pada bulan Mac 2022 secara dalam talian. Manakala, tarikh semakan keputusan subsidi pula, pada 1 April 2022.

Subsidi Pembelian Car Seat Tahun 2022

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada 188,000 bakal penerima dalam golongan B40. Berikut merupakan peruntukan daripada kerajaan:

  • Subsidi 50% atau sehingga RM150
  • Harga RM300 dan ke bawah – 50%
  • Harga RM301 dan ke atas – RM150

Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat

Syarat Kelayakan Penerima Subsidi | Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon subsidi bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak:

  • Penerima adalah dalam golongan B40 kategori isi rumah;
  • Pemohon berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai anak/anak angkat/anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah;
  • Warganegara yang menetap di Malaysia;
  • Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak LHDN;
  • Data tambahan bagi kategori miskin diperoleh daripada pihak ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2021;
  • satu keluarga hanya layak untuk mohon subsidi bagi satu CSR sahaja.

Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat

Cara Mohon Subsidi Car Seat | Permohonan Subsidi RM150 untuk Pembelian Car Seat

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, anda bolehlah membuat permohonan pada bulan Mac 2022 ini melalui laman web ini (mycsr.gov.my). Laman web ini akan diaktifkan bermula 1 Mac 2022 untuk membuat permohonan.

Pemohon diminta untuk melengkapkan segala maklumat dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan boleh membuat semakan pada 1 April 2022. Pemohon yang layak boleh menebus subsidi melalui pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak dengan penjual bertauliah yang akan disenaraikan di laman web berserta harga rebat.

Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) akan meluluskan kedai yang mempunyai penjual yang terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor (COSA). Hal ini dikatakan demikian kerana, penjual tersebut akan mengajar pembeli cara memasang car seat dengan betul di kereta.

Langkah Penebusan Subsidi bagi Pembelian Car Seat

Berikut merupakan prosedur untuk menebus subsidi sebaik sahaja anda layak memohon: Cik Min harapkan agar artikel ini dapat dijadikan sebagai panduan bagi mengetahui cara permohonan subsidi RM150 untuk pembelian car seat tahun 2022. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tipstips keibubapaan, sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca artikel yang menarik.

Klik di sini untuk baca artikel mengenai Love Language Ibu Bapa.

Sekian sahaja daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply