Ramai yang tertanya-tanya bolehkah menyusukan anak sewaktu berpuasa? Jawapannya ialah ianya bergantung kepada kesihatan tubuh badan ibu sendiri. Hal ini kerana ibu yang menyusukan anak diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Yang paling penting, jangan lupa ganti puasa ya semua.
Dalam artikel ini, Cik Luna nak kongsikan tips untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Sebelum kita masuk ke bahagian tips, Cik Luna nak pesan kepada ibu-ibu berkenaan risiko terhadap bayi dan diri sekiranya menyusukan sewaktu berpuasa.
Risiko Terhadap Ibu ketika Bulan Puasa
Kebiasaannya, tiada sebarang risiko yang merbahaya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak sewaktu berpuasa. Walau bagaimanapun, proses menyusukan anak ini berkemungkinan boleh membuatkan anda berasa haus. Kebiasaannya rasa haus ini dikaitkan dengan dehidrasi.
Cik Luna senaraikan tanda-tanda dehidrasi yang anda boleh kenal pasti :
1.Berasa lemah dan hendak pitam
2.Berasa sakit kepala
3.Warna air kecil berwarna gelap serta bau yang kuat
4.Rasa terlalu dahaga
Take note ya ibu-ibu semua!
Mari Cik Luna kongsikan tips menyusukan anak sewaktu berpuasa seperti di bawah :
#Tips 1 : Minum air yang mencukupi
Ibu-ibu yang menyusukan bayi disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 cawan air sewaktu bersahur dan juga berbuka. Selain itu, ibu-ibu juga jangan lupa sediakan sebotol air kosong selepas berbuka supaya mudah untuk anda semua meminumnya.
#Tips 2 : Elakkan makanan berminyak | Menyusukan Anak sewaktu Berpuasa
Pengambilan kalori dan juga protein amat penting untuk anda yang menyusukan bayi. Namun begitu, ibu-ibu perlulah elakkan memakan makanan yang berminyak secara berlebihan. Elakkan juga makanan yang bergaram supaya proses penyusuan untuk bayi anda berjalan lancar.
#Tips 3 : Pam susu secara kerap
Pernah dengar tak makin banyak anda menyusukan bayi, susu yang terhasil juga akan terangsan untuk menjadi banyak? Hal ini berkaitan dengan terma supply and demand tau, ibu-ibu sekalian! Jadi, pamlah susu anda semua secara kerap supaya dapat menyimpan stok yang mencukupi. Lebih baik jika anda semua menggunakan pam seperti di sini.
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.