You are currently viewing Tips Tambah Susu Ibu Guna Milk Booster Terbaik

Tips Tambah Susu Ibu Guna Milk Booster Terbaik

Tips Tambah Susu Ibu Guna Milk Booster Terbaik

Hai semua! Topik untuk blog entry Cik Luna kali ini berkenaan dengan milk booster: Tips Tambah Susu Ibu Guna Milk Booster Terbaik.

Cik Luna’s Little Rambling

Nak capai target dapat menyusu badan selama 2 tahun. Namun, apakan daya. Pengeluaran susu makin drop selepas beberapa ketika. Kalau nasib yang kurang baik, sesetengah ibu akan diduga juga dengan tekanan dari pihak-pihak yang turut mengasihi si manja yang anda susui untuk menamatkan sama sekali penyusuan badan dan memberikan susu formula (FM) sepenuhnya.

Tambah-tambah lagi bila bayi meragam seolah-olah tidak cukup susu ibu. Memang merisaukan.
Bagaimana kalau bayi betul-betul tak cukup susu ibu?

Give yourself a good pat on your own shoulder bagi semua ibu menyusu. Cik Luna jauh sangat dengan anda 🙂 Good Job. Anda hebat. Cik Luna juga ikhlas mengucapkan tahniah kerana anda masih merasa untuk menyusu badan. Ada ibu yang dipilih oleh Tuhan untuk diduga dengan ketidakkemampuan untuk merasa langsung seperti mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang serius. Kalau ada rezeki nanti, boleh cuba lagi 🙂

Milk booster terbaik_Pat on shoulder
Kalau tak bahu, comfort pat dekat kepala pun jadi la kan XD. Cik Luna ikhlas ( . _ . )/”

 

Jika ibu masih ingin berjuang sehingga ke titisan dar…eh, susu yang terakhir? To beat the odds?

Kami di Lunatots sedia membantu anda sepanjang perjalanan penyusuan ekslusif sejak dari tahun 2008 lagi. Di sini Cik Luna akan berkongsi dengan anda beberapa tips dengan anda semua.

Tips Tambah Susu Badan

Hmmmm…kalau Google guna kata carian seperti sub-header di atas, Cik Luna percaya yang anda juga akan jumpa bermacam-macam kaedah bukan? Tahukah anda bahawa persediaan untuk menyusu ni hendaklah seawal sebelum kelahiran anak lagi? Sekurang-kurangnya ketika kandungan dalam 7 bulan dan ke atas?

Persediaan untuk menyusu dan menambah susu badan yang dirasakan sedikit itu sebenarnya berkait rapat antara satu sama yang lain.

Hello Doktor mengeluarkan artikel untuk penerangan ringkas perubahan badan semasa menyusu dan produksi susu badan untuk bacaan pantas. (Bahasa Inggeris)

Ah…sebelum Cik Luna terlupa, definisi “banyak” dan “sikit” nya susu badan itu sangat subjektif. Abstrak. Bukan “objektif” mahupun “definite.” Perancangan Tuhan adalah sangat cantik. Jumlah susu yang dihasilkan oleh seorang ibu sebenarnya cukup “optimum” untuk bayi yang disusuinya.

Kuantitinya ditentukan dengan sekerap mana si kecil menyusu, dan badan si ibu akan belajar untuk “adapt” cepat dan menyesuaikan dengan kehendak tersebut.

That is why you might hear or read this somewhere about “demand” and “supply” in any related articles (your baby demands it and your breasts supply it).

Anda boleh klik di sini jika and berminat untuk menyertai kelas Penyusuan Susu Ibu (Breastfeeding Class) anjuran Lunatots. Setiap bulan ada 1 kelas. Antara topik yang dibincangkan di dalam kelas dengan lebih lanjut adalah:

  • Persediaan semasa hamil
  • Persediaan selepas kelahiran
  • Jaundis pada bayi
  • Memerah susu semasa berpantang
  • Latihan pemerahan untuk simpanan stok dalam peti sejuk atau cooler pack
  • Persediaan seawal 10 hari sebelum habis tempoh berpantang (sebelum kembali bekerja)

Anyways, jika susu drop teruk sangat, ada beberapa faktor yang mungkin mempengaruhinya. Selain daripada obvious reason such as health problem (i.e. darah tinggi sangat based on perkongsian pengalaman klien yang diceritakan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Suraya Ali di dalam kelasnya tempoh hari), tidak konsisten dengan jadual saranan waktu untuk mengepam susu juga antara penyumbang faktor tersebut.

Suraya Ali

Di dalam kelas penyusuan ada diterangkan dengan lebih lanjut tentang jadual pengepaman (samada manual mahupun melalui bantuan pam elektrik) di setiap peringkat persediaan.

Stress boleh Mengurangkan Susu Ibu

Stress, atau tekanan juga penyumbang yang mempengaruhi jumlah susu ibu. Again, too much information on this factor scattered around the internet. Or, any specialist in this lactation area will bring this topic up. The more the mother stressed up, the lower the milk production.

Kalau tak menyusu pun, sesiapa pun akan drop productivity level dia kalau dia stress kan? Rehat dengan cukup ya. Rehat badan dan minda tau. Sentiasa dapatkan sokongan supaya tak merasa kita berseorangan dalam hal ini. Join group ke, ataupun dengan keluarga terdekat dan sahabat handai kita sendiri.

Ataupun, makan coklat. Hehe…Hormon gembira “endorphin” untuk mengurangkan stress and such. Yadda yadda…

Milk booster terbaik_chocolate exclamation
sumber: giphy.com

 

Faktor lain yang mempengaruhi produksi susu di kilang…eh, badan seorang ibu adalah semestinya faktor pemakanan itu sendiri.

“Oh boyyyy” (“Alamakkk”)

Faktor Pemakanan untuk Meningkatkan Susu Ibu

Karbohidrat adalah hidangan untuk tenaga. Protein pula untuk perkembangan bayi dengan membekalkan zat besi mencukupi untuk penghasilan darah bagi mengurangkan risiko anemia (sel darah merah terlalu rendah) dan membaiki tisu dalam badan untuk memcepatkan proses penyembuhan luka. Serat, vitamin, dan pelbagai lagi makanan untuk menyusu badan. Pendek kata, diet yang seimbang.

Ada juga makanan yang pantang untuk makan dan perlu dielakkan seperti minuman berkafein, (kopi, teh) junk food (jajan-jajan yang kurang nutrisi) dan sebagainya.

Ataupun, cuba mengambil makanan Galagtagogues (makanan penambah susu) yang terdapat dalam kebanyakan ulam (pegaga, halia, jantung pisang dan sebagainya), herba mahupun rempah ratus (jintan hitam, halba dan sebagainya).

Namun, perlu diingatkan, sifat makanan galagtagogues adalah memanaskan dalaman. Jadi ibu kenalah rajin minum air mengikut saranan. Air yang keluar dari badan ibu melalui peluh (kan kata panas tadi) dan sebagainya hendaklah diganti semula.

Adakah Penting Pengambilan Makanan Galagtagogues (Makanan Penambah Susu)?

Keyword penting di sini ialah “penambah”. Kalau aturan penting supply and demand itu dipenuhi, diet ibu dijaga dengan baik, stress management pun elok, tak perlu pun “penambah” tu.

Di mata dunia perubatan dan klinikal? Resultnya bercampur-campur. Ada yang menyokong, dan ada yang tidak. Standard la tu.

Namun, kehadiran makanan ini telah pun diamalkan sejak sekian lama. Bukan orang Malaysia sahaja tau. Perkataan “Galagtagogues” berasal daripada perkataan Greek; “Galacta” (bermaksud susu).

Hence, produk milk booster ini lebih untuk inisiatif lebih untuk membantu ibu jika berlakunya susu drop. Namun, resultnya mungkin berbeza-beza as in case certain food may react negatively to either the breastfeeding mom or the child such allergy reaction and such. Sesetengah orang mungkin akan mengalami reaksi keradangan kerana ketidakmampuan badannya bertindakbalas terhadap makanan-makanan tertentu seperti halba (fenugreek).

Jadi, sentiasa dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu seperti doktor mahupun kaunselor laktasi bertauliah.

Milk Booster Terbaik The Milk Story

Milk booster terbaik_The Milk Story Product Info 2019
Lunatots The Milk Story Product Info 2019

 

Produk milk booster keluaran Lunatots adalah antara produk milk booster terbaik di pasaran sejak tahun 2011. Pada tahun 2019, barisan produk milk booster terbaik The Milk Story adalah seperti gambar di atas iaitu;

  • Chocolate bar with cereal (3 flavours; chocolate, strawberry and orange)

  • Chocolate drink with fenugreek (12 individual sachets or family pack size)

  • Oat cookies (12 individual sachets)

Manakala penerangan untuk setiap produk adalah seperti di bawah:

Choc Bar 8's

Choc Drink 12's

Choc Drink Family PackOat Cookies 12's

Satu lagi produk The Milk Story (TMS) akan datang adalah dalam bentuk tablet. Nantikan kemunculan pertamanya di bulan Mac 2019.

Halba (Fenugreek) dan Coklat adalah komponen utama dalam produk TMS. Gandingan hebat kedua-dua komponen ini begitu mantap. Satu berfungsi sebagai “penggalak susu”, dan satu lagi untuk “happiness”

These two components complement each other not only as mentioned above but also chocolate masked away the repugnant smell and some unpalatable flavour of fenugreek. Ye la, kan fenugreek (halba) ni kategori herba. Tak semua rakyat marhaen boleh telan mentah-mentah herba ni. So, rasanya jadi sedap dan ramai yang sanggup repeat order.

Antara testimoni-testimoni tentang produk TMS;

Milk booster terbaik_repeat order 1

Milk booster terbaik_testimoni dah lama guna 1

Milk booster terbaik_testimoni sedap 1
“…sedap…walaupun saya bukan seorang yang sukakan coklat tapi bila minum TMS rasa suka pulak”

 

Produk TMS ini adalah organik. Untuk merasakan keberkesanannya, sesetengah orang mengatakan dalam hari ke-4 dah boleh rasa effectnya. Apapun, cara yang betul adalah untuk mengambilnya sekurang-kurangnya 10 minit sebelum mula menyusu.

Sekian sahaja dari Cik Luna untuk kali ini. Jumpa lagi di blog entry yang lain~

Jika anda mahu mencuba produk TMS ataupun mengetahui promosi-promosi semasa, anda boleh melayari Facebook Lunatots, Facebook The Milk Story ataupun Instagram Lunatots dan The Milk Story.

Untuk belian secara online, anda boleh klik di sini.

Ataupun belian secara terus di Lunatots dengan mesej WhatsApp Hotline Lunatots.

*Articles should not be construed as medical advice. Contact your health care provider with any concerns about yours or your baby’s health.

 

Leave a Reply