You are currently viewing “Rina” Nama Pilihan Ryzal dan Maryam

“Rina” Nama Pilihan Ryzal dan Maryam

Siapa yang tidak kenal kan dengan selebriti popular media sosial dan juga Youtubers “DurianKimchi” Maryam Younarae dan suaminya Ryzal Ibrahim, beberapa hari yang lalu pasangan itu dikurniakan puteri sulung dengan “Rina” nama pilihan Ryzal dan Maryam.

Ryzal dan Maryam telah berkahwin pada 15 Ogos 2019, mereka menetap di Seoul seketika namun mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air pada September 2020.

"Rina" Nama Pilihan Ryzal dan Maryam
Maryam dan Ryzal bersama puteri sulung mereka

Berita yang menggembirakan tersebut telah dikongsikan melalui sebuah hantaran di laman Instagram Maryam yang menunjukkan beliau sedang mendukung bayi perempuannya itu di atas katil hospital. Terlihat riak wajah gembira Maryam yang tersenyum ketika bersama puteri sulungnya itu.

Bayi perempuan yang diberi nama “Rina” nama pilihan Ryzal dan Maryam itu telah selamat dilahirkan pada hari Khamis lalu, 20 Oktober 2021.

"Rina" Nama Pilihan Ryzal dan Maryam
Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim

Inspirasi “Rina” nama pilihan Ryzal dan Maryam

Menerusi blog OhMyMedia menyatakan dalam satu perkongsian di laman Instagram Ryzal Ibrahim bersepakat menamakan bayi perempuan mereka itu sebagai Rina. Nama Rina dipilih bersempena gabungan nama mereka iaitu Ryzal + Narae. Ini dapat dilihat berdasarkan kapsyen beliau:

“Assalamualaikum warahmatullah. Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya. Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak.” 

Sementara itu, menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Maryam Younarae turut memaklumkan bahawa dia dan bayinya berada dalam keadaan sihat. Selain itu, dia menzahirkan rasa syukur urusan bersalin dipermudahkan dan berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesejahteraannya.

Ikuti perkongsian lanjut dalam Youtube Drama Two yang memaparkan berita menarik tentang pasangan “DurianKimchi” itu.

Sementara itu Cik Min lihat rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja mereka dan mendoakan kesejahteraan bayi tersebut. Antara komen daripada rakan artis di laman Instagram:

“Alhamdulillah… Congratulation to both of you!!!!” – Erra Fazira

“Alhamdulillah, congratulation Ryzal dan Maryam” – Indah Ruhaila

Cik Min doakan selamat berpantang kepada Maryam Younarae dan semoga bayi Rina membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Bagi pasangan-pasangan lain yang juga baru mendapat cahaya mata, tahniah juga Lunatots ucapkan! Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply