You are currently viewing Suami Mesti Ambil Tahu : 10 Makanan yang Sering Ibu Hamil Mahukan

Suami Mesti Ambil Tahu : 10 Makanan yang Sering Ibu Hamil Mahukan

Pregnant women

Orang putih kata cravings kan.
Masa ni lah dahlah ibu hamil tak lalu makan, tekak rasa teringin nak benda tu juga.

Menurut kajian ibu ibu hamil, berikut adalah 10 makanan yang sering ibu mengandung mengidam.

Pertama #1
French fries atau kerepek kentang

Mungkin kerana mahukan rasa ‘umami’ atau pengalaman ‘puas makan’ fries atau chips dek kerana mabuk-tak-lalu-makan-apa-apa jadi rasa macam sedap sangat kalau dapat fries dan chips kan?

Kedua #2
Makanan pedas

Macam asam pedas, atau kari mamak.
Tak larat nak makan kalau tak rasa pedas.
Ibu hamil dan mengandung ni lain macam seleranya hahaha.

Ada juga yang teringin wasabi!
Rasa pedas sampai ke hidung itu sukar diungkapkan dengan kata kata.

Cuma kalau muntah lepas makan pedas adalah seksa 😅

Ketiga #3
Lemon atau sebarang rasa masam

Kalau dapat air teh lemon honey amboi sedapnya kan.
Masa minum tu sangat bahagia, masa mabuk tu terasa deritanya hahaha.

Keempat #4
Asam

Ini macam mesti ada dalam handbag untuk hilangkan rasa mual.
Bila dapat asam mesti rasa bertenaga macam dilahirkan semula.

Kelima #5
Coklat

Sembilan bulan mengandung, mesti makan coklat dari Behamile. Dengan perasa mint yang segar dirumuskan untuk ibu hamil.

Special kan ibu hamil dan menyusu di hati kami — Lunatots sejak 2008!

Behamile tak menyebabkan ibu gemuk kerana guna real chocolate dan kurang gula.

Keenam#6
Aiskrim

Nak benda sejuk dalam mulut iaitu aiskrim hahaha.
Kalau boleh nak setiap hari dapat aiskrim baru lega rasa di hati.
Salahkan hormon!

Ketujuh #7
Keju

Best nya dapat makan piza yang ada cheese crust itu.
Lepastu kalau dapat Mac and cheese pun sedap tabur Chili flakes sebab ibu hamil teringin benda pedas.

Kelapan #8
Daging

Best nya ada orang bawa kita makan steak kan. Kalau boleh daging segar hahaha.

Perasaan ibu mengandung ni macam love-hate relationship. Nak tapi tak larat.

Kesembilan #9
Ais

Dapat teh ais atau teh o ais amboi sedapnya.
Kalau boleh nak kunyah kunyah ais tu.

Maklumla dalam pantang tak elok makan ais jadi kena makan sekarang hihi.

Kesepuluh #10
Kopi

Wahhhhhh…penggemar kopi mesti mahukan kopi juga biarpun semasa hamil. Cik Luna pernah baca 3 gelas kopi sehari adalah selamat untuk ibu mengandung.

pregnant-cravings

Semoga membantu!

Leave a Reply