Ibu risau – Nak Tambah Susu Ibu di bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan hanya tinggal kurang 2 minggu lagi.
Bagi ibu menyusu yang pertama kali menjalani Ramadhan, pasti risau kan.
Kami saaaaaaangat memahami, kerana kami juga ibu menyusu yang nak tambah susu ibu biarpun di bulan Ramadhan.
Paling utama jika baby berusia di bawah 6 bulan dan hanya minum susu ibu sahaja.
Tapi tak apa, dengan ilmu yang ada, ibu pasti boleh lakukannya.
Kami di Lunatots percaya!
Cara Nak Tambah Susu Ibu
Kekalkan kuantiti
Sebenarnya jika dapat kekalkan kuantiti susu semasa bukan bulan Ramadhan pun dah memadai kan?
Ibu fikir positif ya.
Berpuasa tidak akan mengurangkan kualiti dan kuantiti susu ibu.
Komposisinya akan bersesuaian mengikut keadaan ketika itu.
Ibu mesti lakukan ini ya!
Tips Pertama Nak Tambah Susu Ibu #1
Minum air mencukupi
Ibu mesti jaga diri dengan cara minum air masak mencukupi.
Seeloknya 8 gelas sehari. Cara minum air sewaktu bulan Ramadhan dimana ibu berpuasa ialah :
1 gelas selepas berbuka
1 gelas sebelum solat Maghrib
1 gelas sebelum Isyak
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sewaktu bangun tidur
1 gelas sewaktu sebelum habis waktu sahur
Lagi 2 gelas, minum sewaktu susukan baby waktu malam – Letak dalam bekal air letak di kepala katil.
8 gelas air ini perkara asas untuk pembentukan sel-sel badan kita.
Sebelum Ramadhan menjelma boleh dapatkan The Milk Story segera ya ibu-ibu.
Klik disini untuk menghubungi Cik Luna melalui WhatsApp.
Terus ke www.themilkstory.com hari ini juga untuk promosi!
Ibu jangan abaikan ya!
Tips Ramadhan – Jika ada yang tak larat minum air kosong boleh gantikan dengan makanan bersup semasa berbuka dan bersahur.
Tips Kedua Nak Tambah Susu #2
Jangan skip mengepam
Bagi ibu yang bekerja, jangan skip mengepam setiap 3 jam di pejabat ya!
Biasanya jadual mengepam ibu ialah pukul 10 pagi, 1 tengahari dan 4 petang.
Sambil mengepam, boleh sambil tengok video anak-anak yang dapat menenangkan hati ibu.
Elakkan terskip mengepam ya.
Walaupun ibu tak rasa payudara bengkak, ibu masib perlu mengepam setiap 3 jam.
Kadang-kadang ada ibu yang terskip mengepam dan tak nampak efeknya dalam sehari ke dua hari.
Tetapi mungkin efek susu ibu berkurangan dilihat seminggu ke dua minggu selepas itu.
Jadikan mengepam sebagai rutin ya ibu!
Tips Ketiga Nak Tambah Susu Ibu #3
Makan kurma
Kurma sangat bagus untuk ibu menyusukan.
Ianya gula segera untuk ibu.
Sehari mesti makan 3 ke 7 biji ya.
Makan waktu sahur sebiji, berbuka sebiji dan juga sebelum tidur sebiji.
Selain dari tenaga, ia membantu ibu melawaskan perut dan meningkatkan susu ibu.
Choc Dates The Milk Story mengandungi halba untuk fungsi peningkatan susu.
Sejak 2011, The Milk Story by Lunatots telah banyak membantu ibu menyusu di Malaysia meneruskan penyusuan susu ibu.
Artikel tentang susu sikit boleh dibaca disini
Elakkan susu badan menjadi sedikit, baca ini ya!
Baca mengenai Milk Booster disini ya ibu!
Perkongsian Puan Zatiha Nani di dalam video di bawah ya.