You are currently viewing Susu Badan Kurang Semasa Haid

Susu Badan Kurang Semasa Haid

Susu Badan Kurang Semasa Haid

“Betulke susu badan kurang semasa haid atau period?”
Ramai ibu bertanyakan soalan yang sama kepada kami.
Terutama sekali ibu bekerja kerana risau dengan keadaan susu yang semakin berkurangan.

Artikel tentang susu ibu sikit disini (klik sahaja)

 

Mari kita teruskan pembacaan untuk memahami tentang penyusuan semasa haid.

Ibu yang menyusu biasanya lambat datang haid berbanding ibu yang tidak menyusukan bayinya.
Ada kemungkinan ibu tidak datang haid selama enam bulan atau satu tahun dan lebih. Ianya normal.

Ada juga ibu yang sudah datang haid, tetapi tidak konsisten secara bulanan.
Beberapa ibu yang hanya datang haid pertama (selepas sekian lama melahirkan) selepas anaknya berhenti menyusu!

Walaupun haid tidak konsisten ataupun belum tiba, ia tak bermakna kita tidak subur untuk kehamilan seterusnya.
Kerana penghasilan ovum berlaku sebelum haid.

letdown refleksBaca tentang let-down refleks disini

Adakah susu badan kurang ketika haid datang?

Haid yang datang tidak bermakna kita perlu berhenti menyusu.
Ada ibu yang risau, adakah susunya akan berubah rasa ketika ibu haid? Jawapannya ialah tidak.
Adakah susu ibu nya kurang nutrisi ketika ibu haid? Juga tidak.

Mungkin ibu mengalami sedikit perubahan pada kuantiti susu ketika haid berikutan perubahan hormon.
Akan tetapi, ibu digalakkan terus menyusukan bayi dengan lebih kerap bagi membantu mengekalkan susu ibu.

Ibu rasa tak selesa semasa haid?

Bila ibu tak selesa, hormon pengeluaran susu (bukan penghasilan) yang mungkin terganggu.
Jadi ada ibu yang merasakan susunya semakin sedikit.

Pertimbangkan faktor lain, dimana ibu mungkin ada terskip mengepam beberapa hari atau minggu lepas.

Atau baby dah mula makan solid food — susu mula sedikit kerana biologinya. Badan dah mula bersedia untuk ada anak seterusnya. Baby juga bersedia untuk makan.

 

Apa nak dilakukan ketika susu badan kurang?
💚 Teruskan menyusu seperti biasa.
💚 Fikir positif. Susu ada bila Allah beri. Minta banyak banyak dan selalu dari pemiliknya.
💚 Bercakap positif. Beritahu baby, cakap dengan suami, berbual dengan kawan yang berjaya menyusu di ofis dan juga dalam WhatsApp grup yang mahu belajar menyusu macam grup ni.

🚩Jangan tanya orang yang gagal menyusu. Bimbang jawapannya mendukacitakan kita.
💚 Ambil Milk Booster — The Milk Story mengandungi fenugreek. Kami combinekan dengan coklat sebab ramai ibu tak lalu dengan fenugreek. Ianya dapat membantu meningkatkan susu ibu.

susu badan kurang semasa haid

💚 Buat power pumping dan jangan skip mengepam di pejabat.

💚 Bagus kalau ada stok susu banyak dalam peti ais. Dapat membantu ketika sukar sebegini.

💚 Berhubung dengan kawan atau adik beradik yang menyusu — boleh minta susu nya untuk cover sekejap. Jangan risau ya ibu, mengandung, menyusu dan period adalah sebahagian dari kehidupan kita alami as a mother. Asalkan ada ilmu, we can do it together. Dengan izin Allah jua kan.

 

Link untuk mendapatkan The Milk Story disini

Leave a Reply