You are currently viewing Susu Ibu Kurang – Apakah Puncanya? Jom Lunatots kongsikan..

Susu Ibu Kurang – Apakah Puncanya? Jom Lunatots kongsikan..

Apakah Punca Susu Ibu Kurang

Susu ibu kurang ataupun susu ibu sikit memang masalah yang mencabar untuk ibu.

Cabaran ibu bekerja dan menyusukan anak tidak sama dengan ibu yang dapat menyusukan anak secara terus. Kami di Lunatots memahami perasaan itu kerana kami juga seorang ibu. Ibu selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kan apatah lagi untuk anak yang masih bayi.

Mengetahui bahawa susu ibu adalah yang terbaik sebagai makanan pertama anak, ibu tak mahu putus asa.
Biar apapun cabarannya.

 

Namun bila tiba waktu susu perahan tidak mencukupi untuk anak — resah juga rasa dihati biar sebagaimana tabah sekalipun kan?

Ada 4 keadaan dan masa yang sering ibu rasa susunya berkurangan dari biasa. Puan Suraya Ali, perunding laktasi dari Lunatots membantu menerangkan secara ringkas 4 fasa ini dalam post kali ini ya.

FASA PERTAMA IBU RASA SUSU IBU KURANG #1
MASA BAYI MENANGIS DALAM PANTANG

Masa dalam pantang, baby kerap menangis jadi secara tak langsung, orang dewasa menganggapnya tanda ‘tidak cukup susu’. Ia boleh jadi pelbagai sebab seperti baby ketakutan, tidak selesa, mahu dipeluk atau kesunyian.

Tenangkan ibu dan ahli keluarga yang lain dahulu.

Ianya signal yang berjangkit diantara bayi dan orang dewasa. Kalau kita gelabah, bayi dapat merasakannya. Mereka pun akan serba tak kena dan semuanya serba kelam kabut.

susuibukurang

Gambar dari Google

Bertenang dan lakukan perkara ini sekiranya selepas ibu menyusukan bayi, dia masih lagi menangis :

  • Tukar lampin bayi dengan lampin yang baru. Mungkin dia tak selesa.

  • Ambil suhunya untuk memastikan dia tidak demam.

  • Tertiarapkan perut bayi diatas peha (kita duduk bersila) dan usap perlahan-lahan belakang badannya.

Berdoa dan berzikir mohon Allah bantu perjalanan penyusuan dan keibubapaan kita ini kan.

Ia boleh jadi anak kembung perut. Aktiviti mengusap perlahan-lahan belakang badannya dapat membantu melegakan ketidak sedapan perutnya. Perlahan-lahan ayun kaki kita untuk melekakan dan menidurkannya.

FASA KEDUA #2 MASA IBU MENGEPAM DAPAT SUSU IBU SIKIT DIDALAM PANTANG

Pernah tak sepanjang dalam pantang, ibu tak sempat mengepam langsung sebab baby asyik melekap? Lagi dua ke tiga hari nak masuk kerja baru ibu dapat mengepam. Itupun bila pam, dapat sikit je.

Sedihnya rasa hati! Pam pula dah beli beratus ringgit kan? Risau sangat pelaburan ini tak berbaloi.
Bila pam susu lepas baby minum, keluar titik titik je paling banyak pun 1 oz.

Sebenarnya susu ibu ini betul-betul follow konsep supply and demand. Bila ada demand, baru dia hasilkan.

Ibu boleh baca tips pilih breastpump yang bagus dari Lunatots di link ini (Klik sahaja)

Jadi kalau nak susu ibu banyak terutama bagi ibu bekerja yang nak simpan susu perahan banyak dalam peti ais sebelum kembali bekerja, ibu kena ikut panduan ini ya:

breast-milk

Gambar dari Google

  • Mulakan mengepam seawal mungkin semasa dalam pantang.
  • Teruskan menyusu 2 jam sekali. Mengepam waktu baby tidur.
  • Simpan susu yang dipam didalam peti ais sejuk. Lepas 3 hari combinekan jadi satu botol dan bekukan.
  • Jangan beri baby minum susu yang dipam. Ianya hanya untuk waktu kerja nanti.
  • Target untuk dapatkan sekurang-kurangnya 15 botol (iaitu bekalan 3 hari waktu bekerja nanti) di dalam peti ais dimana setiap satu botol berisi 3 oz.

FASA KETIGA #3
MASA IBU MENGEPAM DAPAT SUSU IBU KURANG DI TEMPAT KERJA

Bila ibu mula bekerja, jadual ibu dah berubah. Anak dah tiada disebelah yang selalu minta disusukan.
Ibu fokus kepada kerja dan kena mengepam susu setiap 3 jam.

Ianya tidak mudah namun dapat dilakukannya ya ibu.
Ambil masa 15 minit untuk mengepam kedua belah payudara untuk mengekalkan susu.

Ikuti panduan ringkas ini ya:

  • Guna pam double dan elektrik untuk memudahkan urusan mengepam ibu.
  • Simpan susu yang diperah didalam cooler bag atau dalam peti ais sekiranya ada di tempat kerja.
  • Campurkan susu yang diperah apabila ianya sama suhu.
  • Simpan semua corong didalam cooler bag tanpa perlu membasuhnya untuk menjimatkan masa.Basuh corong dan botol dirumah nanti.
  • Pam simpan ditempat kering untuk mengelakkannya rosak.

FASA KEEMPAT #4
IBU RASA SUSU IBU KURANG MASA IBU STRESS DENGAN TEKANAN KERJA

Waktu ibu stress dengan urusan kerja juga boleh menyebabkan susu kurang. Ada beberapa hari dalam seminggu yang ibu tak sempat mengepam susu ikut jadual 3 jam sekali.

Akibatnya? Beberapa hari lepastu susu ibu yang dipam berkurangan dari biasa.

Mau tak susah hati ibu. Urusan kerja lagi campur urusan anak.

Sabar ya ibu. Ikut panduan ini:

pamsusu

Gambar dari https://iamaworkingmomblogdotcom.files.wordpress.com

  • Mula mula sekali ibu kena relaks dan bertenang. Hormon gembira diperlukan untuk membanyakkan susu ibu.
  • Atur kembali jadual mengepam kepada 3 jam sekali di pejabat.
  • Bawa balik pam dan mengepam dirumah setiap kali selepas anak menyusu.
  • Ambil Milk Booster yang dicadangkan semasa susu ibu kurang iaitu The Milk Story 10 minit sebelum mengepam.

The Milk Story mengandungi coklat dan halba yang dapat merangsang pengeluaran susu. Rasanya juga sedap dan berkhasiat.
Mahu tahu lanjut tentang The Milk Story di bacaan ini.

susu ibu kurang

 

Leave a Reply