You are currently viewing 6 Tips Mengurangkan Jaundis dengan Susu Ibu

6 Tips Mengurangkan Jaundis dengan Susu Ibu

 

Perkongsian Puan Zatiha Nani Ishak, kaunselor susu ibu di FB beliau.

zni2
Cik Nani terpanggil untuk berkongsi tentang isu jaundis dan susu ibu. Ianya berdasarkan pengalaman Cik Nani untuk kedua dua putera. .
.
Selalu orang akan kaitkan susu ibu penyebab jaundis. Ianya TIDAK BENAR sama sekali. Cik Nani agak terkesan bila ada yang salahkan susu ibu bila anaknya terkena jaundis yang tinggi. 😢
.
Bukan susu ibu yang sebabkan jaundis anak tinggi, malah susu ibu lah penawar jaundis bayi. Cuma lambat atau cepat bergantung kepada berapa kerap dan rajin ibu susukan anaknya. .
Kenapa Cik Nani kata begitu, kerana jaundis ini terjadi pabila bilirubin dalam darah bayi baru lahir lambat disingkirkan. .
Hanya 1 sahaja cara untuk singkirkan bilirubin ini adalah dengan MENYUSU.
.
Anak perlu disusukan dengan kerap selang 1 jam sekali supaya bilirubin ini disingkirkan melalui najisnya. .
Saat begini, ibu harus tenang dan susukan bayi sebanyak mungkin. .
Sekiranya bayi diletakkan di bawah Phototherapy, ibu tidak dibenarkan untuk direct feeding, TIPS ini untuk ibu :
.

Perkara Pertama 
Maklumkan kepada nurse dan doc bahawa anak hanya minum susu ibu sahaja. Anak jaundis perlu disusukan dengan kerap dan nurse akan berikan mengikut sukatan.

Perkara Kedua
Ibu standby susu ibu dari ibu susuan. Siap siap letak 20ml setiap 1 botol atau bekas. Nurse akan berikan anak susu selang 1 jam dalam 20ml.

Perkara Ketiga
Ibu mengepam semasa dalam wad dan bekalkan susu yang dipam tadi kepada Nurse untuk diberikan pada anak.

Perkara Keempat
Bertenang. Bila ibu tenang, ibu lebih mudah untuk hasilkan susu. Rehat dan bangun mengepam selang 2 jam

Perkara Kelima
Makan makanan yang boleh mempercepatkan proses penghadaman bayi seperti anggur hitam, sengkuang cina dan macam macam lagi. .

Perkara Keenam
Ambil milk booster tambahkan susu dan beri tenaga dan juga ketenangan kepada ibu. .
Hanya susu ibu sahaja yang punya kuasa ajaib untuk turunkan jaundis anak tanpa memberi kesan sampingan kepada anak dengan IzinNYA.

Leave a Reply