MOTIVASI IBU MENYUSU YANG TENGAH STRESS/DOWN
Sepanjang perjalanan saya membantu memberi motivasi ibu menyusu serta menyelesaikan masalah penyusuan ibu, banyak yang saya belajar.
Tulisan ini ditulis oleh Puan Siti ‘Aisyah dari www.nuhababy.com
Saya masih ingat lagi, antara masalah yang pernah dikongsi pada saya ialah, dari seorang ibu yang sedang belajar menyusukan anaknya secara direct kerana anaknya keliru puting.
Begini bunyi mesejnya.
” Dia (baby) mengamok.. xnak cup 😭” dan ibu ini memang sangat stress.
Selepas saya beri bimbingan & apa yang perlu dibuat. Saya selitkan juga kata-kata motivasi untuk bagi semangat pada ibu.
Saya kongsikan di sini juga, andai ada ibu yang sekarang tengah down dan stress untuk berjuang menyusukan bayi anda. Moga anda mendapat semangat juga.
Pertama #1 Balasan Motivasi Ibu Menyusu
Saya cuba bagi semangat dengan membalas,
——–
“Moga puan tabah. Puan, dalam usaha puan train anak ni.
Untuk elakkan stress, puan jangan letakkan matlamat yang terlalu tinggi. contohnya nak anak pandai hisap lagi 2-3 hari. (Result).
Result macam ni akan buat puan stress. Bila stress, puan pun tak tenang, susu pun akan terganggu & baby pun susah hati nak belajar sbb dia boleh rasa mak dia tak tenang & stress tu.
Sebab puan terlalu fokus hasil.
Kedua #2 Fokus pada Usaha Bukan Hasil
Sebaiknya puan fokus pada usaha. Puan, kita ni hamba Allah. Serahkan semua result & hasil yang kita nak tu, pada Allah. Hasil baby berjaya menyusu tu kerja Allah. Bukan kerja kita.
Kerja kita as hamba, berusaha puan.usaha tanpa lelah. Kalau puan fail dan tak berjaya. Usaha puan nak susukan anak tu Allah kira sebagai pahala yang sangat bernilai di akhirat.
Kalau puan fikirkan hasil sangat iaitu kerja Allah, puan akan lelah. Tapi puan kena fikir fokus lebih pada usaha.
Dan puan tak rugi sbb ganjaran pahala sgt besar untuk puan kalau puan usaha.
Allah pandang usaha puan.
Ketiga #3 Masalah ialah Peluang
Then seterusnya, puan kene fikir masalah puan ni bukan satu masalah tapi peluang. Allah uji puan sebab dia nak bagi peluang. Peluang apa?
Peluang nak kumpul pahala dan peluang untuk timba ilmu penyusuan. Peluang jadi ibu yang lebih kental. Peluang untuk belajar kenal anak puan.
Semua tu peluang yang baik & saya yakin ada hikmah Allah bagi ujian tu. Puan pun kene yakin.
Juga, tetapkan hati puan untuk sentiasa syukur. Pandang nikmat Allah bagi dan puan sebut nikmat tu sebagai tanda syukur. Elakkan merungut dulu.
Keempat #4 Bersyukur
Sebut macam ni puan, “Ya Allah aku syukur aku ada tangan kaki, mulut, badan yang sihat. “Ya Allah aku syukur baby aku sihat tak duk hospital (sebab ada mak lain sekarang tido kat hosp kene jaga anak sakit).
Ya Allah aku syukur ada anak (sebab ada mak yang bersalin anak meninggal)
Sebut kuat dalam hati akan kesyukuran puan. Sebut puan. Allah bagi suami, bagi dapat duduk rumah atau ada kereta atau apa sajalah yang puan dapat/ada sekarang.
Cuma sikit masalah untuk Allah uji. Puan kena kuat untuk tidak merungut, lebih tenang. Caranya ingat balik nikmat yang Allah dah bagi.
Bila puan merungut sangat, saya risau ia akan jadi penghalang kepada kejayaan puan nak susukan anak ni. Sebab bila merungut, ia tanda kita kufur nikmat.
Dan Allah dah janji dalam Quran.
“Barangsiapa kufur nikmat, azabnya amat pedih. Dan bagi hamba yang bersyukur, Aku akan gandakan nikmat lagi”.
Kelima #5 Mohon dari Allah
Kembalilah pada Allah puan luahkan segala masalah puan, yakin puan ada Allah untuk bantu.
Semoga coretan saya ini bantu tenangkan hati dan beri motivasi ibu menyusu.
Allah uji kita ada sebab & ikut kemampuan kita. Puan balik baca terjemahan Quran untuk tenangkan hati semula.”
——
Sebenarnya, waktu saya taip mesej ini kepada dia. Saya sendiri menangis mengalir air mata.
Sebab saya faham peritnya seorang ibu nak mengandung, melahirkan dan mendidik anak-anak.😭😭😭
Kadang makan tak sempat, nak masuk toilet pun kalut..macam-macam.
——-
TIPS PEMAKANAN IBU MENYUSU
Apap yang penting untuk ibu menyusu ini sebenarnya ialah
1) emosi yang stabil
2) pemakanan sihat dan berkualiti
3) Demand iaitu pastikan baby menyusu atau pam susu jika di tempat kerja. Yang penting pastikan breast dikosongkan.
Makan sangat penting! Jangan sesekali skip makan kerana ia akan buat :
Badan ibu cepat letih, ganggu penghasilan susu dan emosi ibu jadi tak stabil.
Kena jaga makan.
——–
Pernah ada ibu hubungi saya, katanya susunya masih tidak meningkat walaupun dia telah amalkan pemakanan seimbang dan pam susu ikut jadual.
(Ibu ini bekerjaya dan agak sibuk)
Kenapa?
Sebab saya check semuanya okay.
At last 1 tips yang saya kongsi dan menjadi untuk beliau iaitu:
1) Elakkan ais & amalkan minum air suam. Sebaiknya minum air suam 30 minit sebelum pam susu.
2) Amalkan makan kurma dan bawa kurma dalam handbeg ke mana-mana.
Alhamdulillah, susunya mula banyak selepas itu.
Kurma ni, ibu-ibu. Tinggi kandungan iron, bagi tenaga segera, bagi protein dan banyak lagi khasiatnya ibu semua.
Air suam/panas memang bantu lancarkan salur darah, peredaran darah kita jadi lancar baru susu pun lancar!
——–
Petang ini, saya makan produk The Milk Story(TMS) dari Lunatots. Hadiah dari Puan Suraya Ali.
Terima kasih kak Suraya. Rezeki baby Furqan☺Suka sangat TMS ni.
Alhamdulillah, sejak minum Chocolate Drink TMS & makan Choc Bar, Oat Cookies & Choc Dates ni.
1) Memang bagi tenaga dan rasa kenyang. Badan tak rasa letih sangat bila menyusu.
2) Memang boleh rasa khasiatnya since dalam Chocolate Dates, memang betul-betul pure & original kurma yang dicelup coklat!
Yang best sebab kurma tu dah takde biji, isi kurma yang manis enak dengan celupan coklat. Tinggal ngap je!
Yelah pasal kadang malas nak makan kurma betul sebab ada biji kan, nak kene buang biji & basuh tangan.
Kali ni terus buka plastik dan ngap! Mudah dan pantas!
3) Mudah dan pantas! Ya, bila jadi mak menyusu ni, semua benda nak cepat. Termasuklah bab makan kan (penting) sebab mak menyusu cepat lapar tau!
Choc Drinks, terus buka & tuang air panas –> terus minum air coklat panas-panas yang enak.
Choc Dates –> terus buka dan telan kurma + coklat tanpa perlu keluarkan biji.
Oat Cookies –> terus makan. Dan rasa kenyang. Tak perlu nak ambil oat dan rebus/rendam air panas.
Pendek kata, terus rasa kenyang, hilang lapar, badan bertenaga untuk menyusu bila dapat makanan & minuman macam ni.
Nak buat breaskfast pagi makan dalam kereta pun boleh kan. Tak sampai 5 minit untuk siap hidangan & makan kenyang yang berkhasiat.
Dengan khasiat oat, kurma dan coklat! Memang buat saya rasa kenyang lagi tenang..sebab suka coklat kan!
——–
Akhir kata, jika anda ibu yang
1) selalu ter”skip” makan pagi/tak sempat makan kalut dengan anak.
2) Anak kerap melalak dan nak melekat je sampai susah buat kerja/sedia makanan
3) Dah skip makan, tak sempat sedia makan. Of coz perut lapar dan badan letih kan. Menyusu lagi.(sayalah tu!)
Memang andalah ibu yang sesuai makan & cuba The Milk Story ni! Sedap tau.
Masukkan dalam handbeg buat bekalan di tempat kerja dan kat umah.
InsyaAllah membantu. Anak saya, Nuha pun suka sangat Chocolate Drinks tu!
Thanks Kak Suraya & Lunatots untuk gift ini. Baby Furqan dan maknya suka😍😍
Korang nak jugak tak TMS macam saya? Boleh terus ke page The Milk Story tau!
Rugi kalau tak cuba tau!
(Boleh SHARE kan post ini untuk bagi motivasi pada ibu lain ya)