You are currently viewing Tiga (3) Tips Buat Stok Susu Ibu dari Lunatots

Tiga (3) Tips Buat Stok Susu Ibu dari Lunatots

Saya nak tanya ada tak tips untuk buat stok susu ibu?
Atau apakah waktu yang sesuai untuk mula pam dalam pantang?

Lunatots menerima banyak soalan dari ibu yang mahu mengetahui tips buat stok susu dan juga bila waktu yang sesuai untuk mula pam dalam pantang?

Ibu mesti risau bila baby menangis seakan-akan ibu tiada susu. Lagi-lagi diawal kelahiran (masa berpantang tu). Hati susah sangat kan?

Saya juga seperti itu, tambah lagi masa anak menangis. Masa anak menangis tu, kita sebagai ibu pun nak menangis sekali.

Tapi bila ada ilmu dan niat untuk menyusukan, inshaAllah ibu akan dapat mengatasi masalah susu ibu sikit. Sehingga kini di Lunatots, kami sering membantu ibu ibu yang mengalami masalah ini.

Disini saya kongsikan tiga tips untuk ibu membanyakkan susu semasa dalam pantang.

Tips Buat Stok Susu Ibu yang Pertama #1
Pam Susu Bermula Hari ke empat

Susu sikit

Ada ibu yang mahu beli pam susu masa baby dah lahir nanti.
Sebaiknya dapatkan pam masa pregnant supaya masa baby lahir dah tak kalut.

tips buat stok susu
Tidak mengapa jika ibu dapat pam sikit sahaja susu sebab susu ni untuk disimpan dalam peti ais.
Bukannya mahu beri bayi minum sekarang.

Susukan baby direct sahaja ya. Simpan susu dan campurkannya menjadi satu botol apabila sama suhunya dalam peti ais.
Naikkan ke peti ais beku selepas 3 hari.
Tandakan tarikh dan susu tahan 3 bulan dalam peti ais beku.
Goncangkan susu perlahan lahan supaya bercampur dengan lemak yang terlekat pada dinding botol.

Jangan gunakan susu ini semasa ibu bersama baby tau.
Ibu pam susu awal awal sebab nak bersedia kadang ada ibu yang anaknya jaundis dan perlu tinggal di hospital dan berlaku perpisahan sementara antara ibu dan anak.
Sebaiknya ibu susukan terus (directfeeding) ya sewaktu dalam pantang.

Tips Kedua #2
Pam Sebelah sewaktu Baby Menyusu

Ibu boleh practise untuk mengepam sebelah sewaktu baby menyusu sebelah lagi.
Ianya stimulation yang bagus untuk ibu menghasilkan susu apabila baby menyusu sebelah lagi payudara.

Letak pam susu dekat dengan ibu untuk memudahkan ibu mencapainya.
Susu ibu tahan sehingga 4 jam (suhu bilik) dan 7 jam (berpendingin hawa) sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Jangan bimbang dengan berapa sekalipun kuantiti yang terhasil ya ibu.
Pam sehari 3 kali — buat selang 8 jam. Katakan pukul 6 pagi, 4 petang dan 10 malam sebelum tidur.

tips buat stok susu

Tips Buat Stok Susu semasa Dalam Pantang yang Ketiga #3
Bertenang dan Tidak Menjangkakan Apa-apa

Minum segelas air kegemaran anda. Bertenang semasa dalam pantang seperti menonton Youtube Running Man haha.
Tiada kuantiti yang dijangkakan. Maksudnya, ibu bukan mahu banyak sehingga penuh botol 5 oz.

Atau botol besar 8 oz
Ibu cuma mahu mengepam susu supaya susu ini dapat ditinggalkan pada anak anak semasa ibu keluar berkerja nanti.

Pantang larang semasa menyusukan di link ini
Bila payudara bengkak, baca disini
B
ila dah mula kerja dan nak tahu berapa banyak baby minum di link ini 

tambahkan susu ibu

 

 

Leave a Reply