Tujuh (7) Tips Berhenti Susu Ibu (Susu Badan)
Ramai ibu bertanyakan tips berhenti susu ibu dengan bayinya yang sudah mencecah dua tahun atau lebih. Berhenti susu ibu atau susu badan adalah satu proses dimana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya dimana anak mula mengambil makanan lain selain susu ibu.
Pertama sekali, ianya adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah ditangan ibu dan anak itu sendiri dan bukannya disebabkan orang sekeliling. Ini amat penting untuk ibubapa fahami kerana ia melibatkan bukan sekadar perhubungan fizikal malah bagi tujuan kesihatan emosi.
Waktu Sesuai Berpisah Susu
American Academy of Pediatrics mencadangkan penyusuan susu ibu sehingga 12 bulan. Walaubagaimanapun bagi budaya Asia terutamanya Malaysia, penyusuan susu ibu berlangsung sehingga dua ke empat tahun.
Ibu boleh merancang untuk mula memisahkan susu ibu sekitar dua ke tiga tahun umur bayi.
Sebab Berpisah Susu
Terdapat banyak sebab yang membuatkan ibu mahu menghentikan penyusuan. Antaranya ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kanser dan memerlukan rawatan kimoterapi. Ada juga ibu yang merasakan letih untuk terus menyusukan berikutan jadual aktiviti kerja.
Terdapat ibu mengandung yang mahu berhenti susu ibu kepada anak yang lebih besar (walaupun tiada kajian perubatan mengaitkan keguguran dengan penyusuan susu ibu). Ibu dicadangkan berjumpa dengan konsultan atau kaunselor laktasi untuk rujukan dan khidmat nasihat.
Cara Praktikal Berpisah Susu
Perkongsian Puan Suraya Ali, Kaunselor Susu Ibu.
Kurangkan penyusuan susu ibu secara perlahan lahan dan bukan berhenti secara mendadak.
Ibu juga boleh mengurangkan bilangan penyusuan dalam sehari (contohnya pada waktu malam sahaja) berbanding sebelum ini. Proses ini membolehkan
susu ibu berkurangan secara perlahan lahan dan memberi lebih masa untuk anak anda menerima perubahan itu.
Bagi bayi berusia dibawah 1 tahun, anda dicadangkan mendapat khidmat nasihat
konsultan laktasi mengenai keperluan nutrisinya sekiranya penyusuan susu ibu dihentikan.
Namun bagi anak berusia di atas 1 tahun, pengalaman melalui tips berpisah susu ibu yang dikongsikan ini akan menjadi pengalaman
positif ibu dan anak untuk mula menggantikan perhatian anak daripada susu ibu kepada
pengisian emosi yang lain.
Namun begitu, cara berpisah susu yang sama mungkin memberi kesan yang berbeza kepada anak dan ibu yang berlainan.
Berikut disenaraikan cara praktikal tips berpisah susu ibu yang boleh membantu ibu memberhentikan penyusuan.
Tips Berhenti Susu Ibu yang Pertama #1
Jangan tawar dan jangan tolak
Cara ini merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan menolak namun lengah-lengahkan sekiranya anak mahu menyusu.
Konsep ini perlu digunakan bersama beberapa cara dibawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.
Yang Kedua #2
Mengubah rutin harian
Anak dan ibu mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contoh: Sekiranya anak suka minum susu semasa ibu duduk di sofa. Ibu boleh mengelakkan untuk duduk di sofa tersebut. Ubah rutin harian kepada mandi dahulu selepas pulang kerja berbanding duduk di sofa yang biasa.
Tips Berhenti Susu Badan #3
Pertolongan dari ayah
Ayah juga boleh memberi peranan seperti membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak meminta susu dari ibu)
Tips Bercerai Susu Ibu #4
Alihkan perhatian anak
Adakalanya apabila anak anda leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan dengan makanan snek yang berkhasiat seperti buah buahan atau roti. Ada ibu yang membawa anak ke
taman permainan pada waktu yang biasanya anak meminta susu (seperti pada waktu petang)
Tips Kelima #5
Melengah lengahkan waktu menyusu
Menangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahu mereka untuk menunggu sebentar (dan menggantikannya dengan aktiviti lain) juga berkesan.
Tips Keenam #6
Memendekkan tempoh penyusuan
Cara ini berkesan untuk anak berusia diatas 2 tahun.
Memendekkan tempoh penyusuan kepada
anak dengan cara memberitahunya ‘sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar’ perlahan lahan mengurangkan kebergantungannya dengan susu ibu. Tunjukkan jarum jam berhenti di angka berapa dan kita akan berhenti menyusu.
Tips Terakhir #7.
Memberitahunya secara berhemah
Anak berusia 1 tahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan, Tunjukkan contoh contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu dan anak anda pasti teruja diberikan
kesempatan berpeluang menjadi orang dewasa.
Bahaya Pemberhentian susu secara mendadak
Pemberhentian susu secara mendadak tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan keadaan tidak selesa untuk ibu dan boleh menyebabkan masalah penyusuan yang lain seperti mastitis berikutan susu yang tidak dikeluarkan.
Menyusukan adalah memberikan keselesaan dan keintiman antara ibu dan anak dimana tindakan perpisahan
yang mendadak boleh menyebabkan trauma emosi kepada anak.
Regardless of your reason for weaning, if you stop breastfeeding and just quit cold turkey, there are some pretty horrid consequences. A lot of mums who have decided to wean because they don’t think they have enough milk, are taken aback when they stop and then find just how engorged and painful their breasts can be.
Puan Suraya Ali, IBCLC